BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


14 Jan 2012

Zakat yang sering kita terlepas pandang

Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang zakat yang sering kita terlepas pandang khususnya bagi yang telah bekerja. Zakat yang saya maksudkan adalah zakat pendapatan dan zakat simpanan.

1. Zakat pendapatan.

Kadang-kadang kita terlepas pandang kerana beranggapan belum cukup nisab, tetapi sedarilah terutama yang ber gred 41 (cth : DG41), anda wajib berzakat seawal tahun pada tahun pertama anda bekerja.


Contoh pengiraan : 

A - Pendapatan dari semua sumber setahun:
       (gaji termasuk semua elaun ) biasanya cth :                                                           RM 33 000

B -  Perbelanjaan setahun
       1.Diri  (tetap)                                                                                                                      RM    8 000
       2.Isteri (RM 3000 untuk seorang isteri)                                                                RM   3 000
       3.Anak (RM 1000 untuk seorang anak) 2 anak :                                                  RM   2 000
       4.Nafkah ibu bapa ( cth : RM 200 sebulan)                                                           RM   2 400 
       5.KWSP (11% dari gaji tahunan)                                                                                  RM   3 630

       6.Caruman Tabung Haji (cth: RM 100 sebulan)                                                    RM   1 200
      JUMLAH                                                                                               RM 20 230


C- Pendapatan yang wajib dizakatkan (A-B)                                                              RM 12 770


D-  Zakat yang wajib dibayar kerana C melebihi nisab   ( RM 12 770 x 2.5%)           RM     319.25      


Untuk muslimat, samada bujang/berkahwin, tolakan perbelanjaan hanya untuk Diri, Nafkah ibu bapa, KWSP dan Tabung Haji sahaja. Nafkah ibu bapa yang ditolak mengikut apa yang diberikan kepada ibu bapa pada tahun tersebut, begitu juga dengan tabung haji. 

Tempoh setahun merujuk kepada kalendar hijrah. Kadar Nisab bersamaan 85gram emas semasa dan berbeza mengikut negeri. Untuk Pulau Pinang, kadar nisab adalah RM 10 000. Untuk negeri lain, boleh rujuk kepada Majlis Agama masing-masing.

2. Zakat simpanan

Ramai yang terlepas pandang tentang zakat simpanan.

Kaedah kiraan zakat wang simpanan

· Simpanan Tetap
Bagi pengiraan zakat simpanan ini, hendaklah dipastikan wang simpanan itu telah melebihi nisab bagi tahun berkenaan dan simpanan tersebut hendaklah mencukupi setahun Qamariah(354 hari). Maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

· Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul bagi simpanan tersebut.

· Simpanan dalam satu akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

· Simpanan dalam beberapa akaun
Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi atau melebihi nisab (nilai 85 gram emas), maka simpanan di dalam buku-buku lain, walaupun kurang dari nisab, wajib dikenakan zakat.

CONTOH:

Katakan simpanan :

Lembaga Tabung Haji (LTH) - RM10,000
BSN - RM1,000
BIMB - RM 500

· Oleh kerana simpanan di LTH telah melebihi nisab, simpanan lain secara langsung wajib dikeluarkan zakat iaitu :
2.5 % x RM1500.00 = RM37.50 (Pihak LTH telah membayar zakat di atas simpanan di LTH)

Untuk zakat simpanan, simpanan tabung haji hanya digunakan untuk menentukan samada melebihi nisab atau tidak, tetapi tidak termasuk dalam kiraan zakat.
Kenapa? kerana tabung haji membayar zakat untuk simpanan di dalamnya.
Jika ada sebarang kemusykilan, boleh bertanya di sini atau di Pusat Urus Zakat negeri masing-masing.


Wallahu 'alam.


sumber : PUZ P.Pinang             

8 ulasan:

Eyda berkata...

Assalamualaikum,

Lama tak singgah. :)

Menarik maklumat tentang zakat tu.

Benar Tu cikgu,

Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa zakat pendapatan adalah wajib bagi mereka yang sudah memiliki nisabnya. Fatwa ini telah disepakati di dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Jun 1997.

Tapi ramai yang tak ambil berat tentang hal ni.
Jadi untuk memudahkan kita kenapa tak masuk SPG (skim potongan gaji ) . Bukan setakat penjawat kerajaan tetapi swasta pun boleh.
Ana dh masuk SPG dan Alhamdulillah dah tak payah nak fikir-fikir lagi tentang nak bayar zakat. Ada juga sahabat ana yang potong terlebihi had, walaupun sedikit ttpi katanya sedekah ja.

Mari sama-sama kita potong zakat melalui spg. Semoga hidup lebih berkat , Biidznillah.

wALLAHua'lam

RuMaH TuA berkata...

Tingkatan orang yang bertaqwa itu adalah sentiasa mencari yang paling baik...

cun09 berkata...

salam dik...

kita selalu rasakan zakat itu bebanan tp kita lupa ia adalah utk menyucikan harta benda kita terutama hati kita...

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam...

Ya, SPG lebih mudah dan tidak perlu membayar sekaligus setahun.

Bayar lebih takpe nnti boleh diniatkn sedekah. Cuma SPG ni kena review stp tahun la supaya nilai yg dibayar sentiasa valid.

InshaAllah zakat akan meyucikan harta kita dan menambahkan rezeki kita.

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

InshaAllah, sama-sama kita menuju kepada tingkatan orang yg bertaqwa.

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~

Wsalam.

Harta kita ada hak yg perlu kita tunaikan. INshaAllah, dengan zakat harta kita akan bertambah.

kata kuncinya BERKAT.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Saya ada simpanan tabung haji RM8000 dan bank lain RM9000. Jumlah nya melebih haul. Jadi saya hanya perlu bayar zakat utk RM9000 aje. Adakah itu betul.?

Konfius

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam...

Tengok kepada nisab zakat pada tahun tersebut.

Contoh : jika nisob zakat adalah RM10000, maka zakat yang dikenakan

RM8000+RM9000 - RM10000 = RM 7000

Rm7000 x 2.5% = RM175

UNtuk lebih jelas, boleh rujuk pejabat zakat berdekatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails