BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


26 Okt 2011

Akhirnya dia mendapat hidayah

 
Semasa belajar di Cairo, saya mempunyai seorang kawan yang agak terjal, nakal dan tidak duduk diam. Apa saja berkenaan kenakalan, tanyalah dia. Dia juga terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia di sana waktu itu. Namanya, Zain (bukan nama sebenar).

Dalam kenakalannya itu, ada satu kelebihan yang dikurniakan pada dirinya - iaitu kebanyakan doanya dimakbulkan Tuhan (walaupun kami anggap itu semua secara kebetulan). Tetapi boleh dikatakan kebanyakan doanya itu adalah untuk orang lain. Maksudnya di sini, dia mendoakan kejayaan seorang rakan lain yang sudah tiga tahun tidak lulus periksa, dia mendoakan kesihatan seorang rakan lain yang menghidap penyakit berjangkit, dia mendoakan kewangan seorang rakan lain yang sudah dua bulan tidak diberi rezeki.

Kiranya semua doa itu dimakbulkan Allah SWT, cuma yang menjadi kemusykilan ialah dirinya sendiri tetap dengan kenakalannya - degil, suka mengganggu siswi, banyak tidur, tinggal solat dan beberapa keterjalan lagi yang susah untuk digambarkan.

Suatu ketika, saya dan rakan-rakan lain melakukan solat hajat khas untuk mendoakan agar si Zain berubah dan peroleh hidayah. Kami buat begitu kerana kami sayangkannya dan dia telah menjadi seperti adik beradik sendiri. Itulah isyarat kasih kami... berdoa untuk dirinya. Di samping itu, setiap kali selepas solat, saya juga tidak lupa untuk mendoakannya agar mendapat hidayah.

Lama kemudian, setelah habis belajar, kami semua pulang ke Malaysia yang kemudiannya terpisah kerana masing-masing dengan kehidupan sendiri. Sehingga pada suatu hari saya menerima kad jemputan walimatulurus. Saya baca kad itu dengan wajah tersenyum dan berkata dalam hati.
"Akhirnya doa kami untuk Zain termakbul juga". Di kad itu tertulis Majlis Perkahwinan dan nama mempelai... Zain dan Hidayah.

Zain telah memperoleh Hidayah!


** Artikel ini saya ambil dari Majalah Gen-Q Isu No. 03 muka surat 15. Artikel dipetik dari tajuk DOA sebagai tanda cinta di bawah sub tajuk Nostalgia Doa Suatu Masa.

4 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Asssalamualaikum...

terkejut ambo mase first baca artikel nie..ingtkan syeikh yg blaja di cairo..he3

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam.

Hehe, bakpo? tokcayo ko kalu ambo belajar di cairo mulo? napok sgt ambo ni jeng pada pndgn sheikh SUKRi.

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

yak tus..xdop nok sangka gtu. ambo pon ngaji xpndai xberani nok merendah2kan sahahat.tmbh2 syeikh seorang pendidik (",)

Al - Mu'allim berkata...

hehe. gurau je sheikh. ambo tahu sheikh ni berjurus, saja nak timbulkan suasana ceria.

Lagipun belajar di sini tak semestinya tak pandai. Ilmu Allah ada di mana-mana. kadang-kadang ada pada budak yang lbh kecik dari kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails