Back to the point. Ops, tercakap orang putih pula. NI mesti sebab makan burger semalam.
Kisah 1

"cikgu ajar anak saya kan?", tanya beliau sambil memberitahu nama saya.
"ya, kenapa dengan dia?"saya bertanya.
"owh, saya hanya nak beritahu, anak saya mungkin dah tak datang sekolah sebab saya nak ke Eropah. Saya akan bawa dia sekali. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana mengajar anak saya dengan sabar", terang beliau. Pelajar saya memandang kami dan mendengar perbualan kusyuk kami.
"Sama-sama. Bila dia akan mula tak datang sekolah?", tanya saya.
"Mungkin minggu depan bergantung kepada bila saya akan ke sana. Ini saya bawakan sedikit cenderahati kepada cikgu. Thank you ye", ucap beliau sambil menyerahkan sebekas Tart Nanas dan berlalu pergi.
Setiap cikgu dihadiahkan sebekas Tart Nanas yang sangat menyelerakan. Gebu, berkilat serta nampak menyelerakan apalagi tart Nanas tiba-tiba menjadi Biskut Raya kesukaan saya. Namun menjadi persoalan, halal kah pembuatannya kerana ianya pemberian dari Ibu berbangsa Cina itu.
Apabila saya bertanya kepada seorang cikgu yang turut mendapat hadiah tersebut, dia berkata "akak dah tanya siapa yang buat namun dia cakap kawan dia, tanya siapa nama kawan dia, dia tak nak bagitau. Akak tak berani nak makan. Akak dan serahkan kepada cikgu lain". Cikgu-cikgu Muslim lain yang dapat turut mengikut jejak akak tadi. Saya serba salah.
Akhirnya saya membawa pulang ke rumah dan berpesan kepada housemate supaya tidak memakannya. Bukan tidak mahu menyerahkan kepada cikgu non-Muslim di sekolah tetapi tak sampai hati sebab bimbang kalau si pemberi tadi tahu dan terasa hati. Dan Tart yang comel itu kami serahkan kepada jiran kami.
Kisah 2

"cikgu, nah kueh raya", ujarnya sambil menyerahkan sebekas kuih raya kepada saya.
"err, terima kasih. mari masuk kelas", kebetulan dia adalah pelajar kelas yang akan saya masuki.
Sesampai di kelas, belum sempat diucapkan SELAMAT PAGI, seorang murid menyerahkan sebekas lagi kepada saya. Kali ini maruku pula. Erm.. keduanya dari pelajar Hindu. "terima kasih...".
Aduh, banyak betul dapat makanan ni. Kalaulah boleh makan takpe juga. Akhirnya seperti biasa saya membawa balik ke rumah. Kali ini 2 bekas makanan ini saya serahkan kepada PakGuard yang menjaga kediaman kami.
Kisah 3

"Tak apalah, cikgu. terima kasih. saya puasa hari ni", terang saya kepadanya.
"Owh ye ke. Sorry sorry, saya tak tahu", jawabnya. Dia berlalu pergi sebelum kembali kepada saya.
"cikgu puasa apa hari ini?", tanya beliau.
"Owh, puasa sunat saja, Kan nak hari raya minggu depan", jawab saya ringkas.
"Ooo... raya nanti cikgu sembelih lembu tak?", tanya beliau lagi. Saya menjawab persoalan ini dan beberapa persoalan lain yang ditanya beliau tentang ibadah korban.
Kisah 4
"Petang? Boleh-boleh. Nanti lepas waktu sekolah, jumpa kat dewan", jawab saya.
Usai pemilihan murid, beliau berkata,
"terima kasih ye, cikgu. Nanti saya belanja makan. tapi kat kantin makanan tak sedap. nanti saya beli di luar", kata beliau kepada saya.
"tak apa la, cikgu. Lagipun memang saya nak main badminton pun hari ini", saya menolak.
"Ala, tak apalah. esok saya belanja ye. Cikgu dan cikgu seoran lagi tu", ujarnya.
"ya lah", jawab saya tingkas.
Esoknya selepas waktu sekolah, dia menyerahkan 2 bungkus mee goreng kepada saya dan berkata, "Terima kasih tolong saya semalam ye, cikgu. Ni ada 2 bungkus mee goreng, saya minta pelajar beli kat kedai di luar tu. Nanti berikan sebungkus kepada cikgu seorang lagi tu ye".
"Sama-sama, ala takde apa nye. Terima kasih juga ye belanja mee goreng ni", ucap saya kepadanya.
Beliau berlalu pergi. Saya terfikir, "bukankah kedai di luar tu non Muslim yang masak". huhu. Akhirnya kami meyerahkan bungkusan itu kepada pak guard sekolah.
Saya sebenarnya serba salah apabila diberikan makanan oleh mereka. Ya, berada di persekitaran begini kadang-kadang membuatkan kita serba salah dan tak tau nak cakap apa. Kena selalu berhati-hati dengan makanan yang diberikan oleh mereka kerana mereka menganggap Islam hanya mengharamkan anjing dan babi. Juga perlu difahamkan kepada mereka kerana tidak semuanya faham tentang itu.
12 ulasan:
serba salah.. janji pandai menjaga hati kan cikgu. :) nice entry
salam.
berkaitan pemakanan =D
i like. hehe
cikgu, tindakan cikgu tadi sume tu adalah baik. memang lah niat diorang baik tapi mostly non muslim ni ingat makanan haram yang kita tak boleh makan hanya 'babi' itu sendiri. bukan setakat org awam sahaja bahkan pelajar pemakanan non muslim pun kadang2 confuse dengan hal ini walaupun telah ada satu 'lecture' unt mereka. ragu-ragu, jangan makan tambah2 tak tahu d mana sumber makanan tu diperolehi. dan beri balik pada org yg non muslim tu kira ok lah sebab cikgu tak membazir dan mungkin dapat memanjangkan sedekah org tu (err..dikira ke? tak pasti)..
p/s: lagipun makanan yg dijual kat Msia yang banyak ni perlu dicek tanda halal nya dengan betul. even produk makanan yang selalu diambil oleh muslim sendiri, perlu 'aware'.
Assalamu'alaikum,
Kata peribahasa,
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi.......tapi.....
'yang ni' jangan merasa. ^_______^
Tulah... habbluminannas kena juga kita jaga walaupun bukan muslim.
Semoga dirahmati ALLAH.
Assalamualaikum...
serba salah, serba xkena, rasa bersalah. tp apa yg syeikh lakukan adalah yg trbaek utk semua. Pertamanya beringat dlm pemakanan halal haram kerna makanan yg halal dan haram jugalah antara penentu tahap keimanan seseorang. Keduanya dlm menjaga hubungan guru dgn ibubapa pelajar, guru dgn pljr, pljr dgn guru dsb (",)
semoga apa y kita buat mendapat keberkatan dan redha Allah s.w.t.
indahnya kehidupan seorang guru.. penuh warna warni.. :)..
محمد رازيق
Terima kasih.
Dilema seorang cikgu... nak kena jaga hati semua orang walaupun hati mereka tidak dijaga. :D
~cik rama-rama~
Wsalam.
Saya memang agak teliti tentang halal dan haram sesuatu makanan tersebut. walaupun sebungkus nasi lemak, tp jika ianya diberikan oleh non-Muslim, saya tidak akan memakannya kecuali saya tahu siapa membuatnya.
Cthnya tadi ada berpuluh bungkus nasi lemak di bilik guru untuk diberikan kepada semua cikgu, dan terselit nota ucapan terima kasih dan nama penyumbangnya cina. Tiada cikgu yang dapat menjamin kehalalannya, jadi saya tidak mengambilnya walaupun ada cikgu-cikgu muslim yang mengambilnya.
Makanan akan menjadi darah daging dan membentuk akhlak kita. Kehalalannya atau Tanda halal adalah perkara pertama yang saya titik beratkan. :D
~Eyda~
Waalaikumussalam.
Ameen. Terima kasih.
Yup, tak semua yang diberi tu, kita kena rasa walaupun nampak sedap. hehe.
~MUHAMMAD SUKRI SUPI~
Waalaikumussalam, sheikh.
Ameen.
betul tu sheikh. Kalu bab makan2 ni, meme kita kena jaga sb pembentukan akhlak juga hasil dari pemakanan. Kalu duk makan benda haram je, cmna akhlak nak sempurna.
Kita cuba terbaik untuk jaga hubungan dengan manusia:)
~LadyBird~
Kehidupan seorang guru ada pasang surutnya juga. Adakalanya gembira, adakalanya kita terpaksa makan hati dengan apa yang orang buat pada kita.
p/s: warni tu warna apa ye. siapa tahu? :D
Assalamu'alaikum cikgu. Bukankah harus memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam dengan syarat makanan tersebut halal serta bekas-bekas masakannya seperti pinggan mangkuk, periuk,sudu dan sebagainya adalah bersih lagi suci suci dari sebarang najis terutamanya najis mughallazah?
Mohon beri penjelas kepada insan kerdil ini ya.
Terima kasih cikgu..
Waalaikumussalam.
Bagaimana mungkin untuk kita tahu masakan tersebut halal dari segi bahan, pinggan mangkuk dsb?
Mungkin ada yang menggunakan alasan, 'tak wajib utk kita siasat', tp sanggupkah saudara/i memakan di kedai bukan Islam?
Saya tidak dapat beri penjelasan yg tepat dari sudut agama, namun saya berlepas diri dari perasaan ragu-ragu.
Wallahu a'lam.
Catat Ulasan