Air banjir semakin surut, ikan-ikan semakin kurang dapat namun alhamdulillah sudah dapat ikan keli yang agak besar dan sudah selamat landing di dalam perut. Juga , baru tadi dapat haruan yang agak besar di mana haruan itu sedang berehat di dalam gulai lemak di dapur. Sungguh, rasa ikan yang kita tangkap dan siang sendiri lebih sedap. Mungkin memakan hasil susah payah sendiri ditambahkan rempah kasih sayang bonda menyebabkan ianya lebih sedap. Bukan semua orang sanggup menyiang ikan darat kerana ianya lebih hanyir dari ikan laut.
Kesurutan (ada ke perkataan ini dalam BM) air di baruh menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif baru bagi mengisi masa cuti. Aktiviti mengecat baru separuh setel di dapur. Itupun adik gegurl bongsu yang buat dengan bonda. Saya tolong gitu-gitu je. Nak kena beli cat warna dulu sebab yang di cat tu baru cat alas. Lepas tu nak cat di bilik lagi. Sementara semua itu berlaku ada baiknya saya pergi bercuti.


Passport sudah siap, tiket sudah dicetak, hanya menunggu masa untuk berangkat. Apapun, kita merancang Allah jua merancang namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Moga selamat pergi dan balik. INshaAllah.
Ikutkan cuti ini ingin bercuti secara lone ranger ke Sabah lebih-lebih lagi Sabah lah satu-satunya negeri di Malaysia yang belum saya jejaki. Sahabat di sana berkali-kali menjemput saya ke sana dengan dijanjikan penginapan, pengakutan dan makanan di sana akan ditanggung. Namun, memandangkan ajakan sahabat ini lebih menarik, percutian ke Sabah ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian. Negeri-negeri lain sudah selamat dijajah sewaktu menjadi pengawai kerajaan dulu. Banyak outstation yang memerlukan saya ke terbang ke seluruh negara, jadi kesempatan itu digunakan untuk berjalan-jalan.
**timbul juga rasa risau untuk ke Indon buat masa ini kerana rakyat mereka pasti masih terluka dengan kekalahan sang Garuda kepada Harimau Malaya pada Sukan Sea yang lepas. InshaAllah, berkat doa sahabat-sahabat, segalanya akan selamat. (^_^)
14 ulasan:
assalammualaikum
Jauh pemandangan,luas pengalaman.
Singgah d langkawi,jgn lupa borong coklat dan minyak gamat.tmpt2 menarik d langkawi antrnya tmpt pmbuatn kilang gamat..pnglmn brharga "letak jari dlm minyak gamat yg sedang mengelegak.Dengan izin ALLAH,x melecur jari.sblm ni tgk d tv shj,dh mrasai baru tau.
Geopark pun best..cable car..makam mahsuri dan kalau nk shopping singgah Pekan Kuah.
Have a nice travel.
selamat bermusafir...seronoknya..
ehem..ehem.. cat rumah nak kenduri ke?? hehehe
seronoknya backpacking.. MO pon memang suka backpacking.. bermusafir menikmati keindahan ciptaan Allah swt.. MO pulak hujung tahun ni nak ke perlis bagi melangkapkan pengemabaraan ke seluruh Malaysia.. Hanya perlis je yang belum MO jejaki.. bermula tahun depan bolehlah panjangkan kaki ke negara jiran pulak.. :-)
semoga perjalanan cikgu dalam redha Allah dan semoga dipermudahkan urusan selalu.. ameen
Assalamualaikum wr. wbt..
Ya syeikh, ambo jeles la..duk kg bleh mane air bnjir, bleh g mukkat ike..pahtu plop nok g melancong..jgn melencong sudahlah..he3..semoga segala apa yang dilakukan sepanjang cuti sekolah ini memberikan manafaat kepada semua..
*jge lupo kongsi pengalaman gka g tgk LIMA nanti (",)
Assalamualaikum,,,
Bandung destinasi percutian keluarga pada tengah tahun lepas. Banyak factory outlet. Antara tempat yang ingat, Rumah Mode, Rumah Tas, Branded Club, Heritage, Pasar Baru, banyak lagi.... Kalau bole bawa balik jubah sepasang dua pun ok da. (^-^)y
"Moga Allah pelihara sepanjang perjalanan"
~NooR AzLen BinTi HaRoN~
Waalaikumussalam.
tQ.
INshaAllah akan melawat tempat2 tu. Pernah meeting n buat program kt sana. Last pegi sana 2thn lepas, moga ingat lagi jalan :)
Cuma makam mahsuri tu rasanya xg kot sb cam takde apa pun masa g hari tu.
~fatim M~
Terima kasih. Seronok atau tak belum tahu lagi :)
~Muslimah Optimis~
Yup, cat rumah utk kenduri. INshaAllah. Kenduri kakanda sbnrnya, tp kl ada peluang, adindanya pun nk join skali la :)
Ameen. Terima kasih atas doanya.
~MUHAMMAD SUKRI SUPI~
Waalaikumussalam wbt, sheikh.
Saja nak abiskn masa melawat tmpt oghe. Pasal g mmukat tu, biasala kita duk kg ni. Puye ni la nk make ike daratnyo.
Nak jeles gapo nyo, ambo baru skali ni nok g, tgk shbt kita, Rumah Tua tu, tahun lepas lg g. Meme ambo ketinggalan zame la. hehe (jange marah sahabatku, Rumah Tua)
InshaAllah kl ada kesempatan, ambo buat review pasal ni :)
~RuMah TuA~
Waalaikumussalam.
Wah, destinasi percutian keluarga lagi tu. Mesti meriah kan dpt pergi sekeluarga. Nape xcakap awal2 pernah g bandung. Kalau tahu awal, banak benda nak tahu.
Saya teringin ke Tangkuban Perahu dan Kawah DOmah yang sering disebut2 tu. Pergi tak sana hari tu?
Ameen. Terima kasih atas doanya ya
Assalamualaikum cikgu,
"Bagaikan orang dahaga diberikan
air"
"Bagaikan orang lapar di berikan
nasi"
satu lagi tertinggal
"Bagai orang ngantuk disurung
bantal" ",)
Itulah... ambil peluang yang ada dan rezeki jangan ditolak
Alhamdulillah.
Memang cuti yang seronok ....
Selamat ber'adventure'.
Ingat, bonda n ayahnda cikgu sedang menanti di rumah.
~Eyda~
Waalaikumussalam.
Er, sebenarnya ada sungguh ke pepatah yg saya tulis tu? hehe.
Alhamdulillah. Moga semuanya selamat. Mohon doanya ya.
Ayahanda dan bonda sentiasa di hati wlpun di mana berada.
salam ^_^
eerrrmmm akak juge dah p bandung, jakarta n puncak ^_^
ok laaa melawat tempat orang tapi masih lagi bumi ALLAH...kak ada p t. perahu, masa tuuuu baru lepas ada sedikit gegaran n kawahnyeee leh tahan asap keluaq...membeli-belah kurang w/pun kat sana org dok citer pasal tempat membeli...tp yg tak syok balik dr indon demam n muntah 1 minggu, org kata ayaq kureng bersih...
akak dah khatam sumer negeri kat m'sia thn lepas...last sabah jugee yg di pijak ^_^
selamat bercuti, abadi sumer kenangan eeerrkk, lepas niii tak tau lagi bila plak leh p ^__^
Wsalam.
Wah, mesti seronok ke banyak tempat kn? Kami hanya sempat menjelajahi sekitar bandar Bandung dan ke Tangkuban. Tidak sempat ke Puncak dan Jakarta kerana kami pergi sendirian. Tidak mahu terlalu berhabis kepada pengangkutan.
Yup, ada sedikit masalah kesihatan juga sekembalinya ke Msia.
Banyak perkara penting yang dipelajari sepanjang di sana. Universiti Kehidupan sangat indah.
Catat Ulasan