BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


21 Nov 2011

Nama saya Osman

Hari tu saya ada menulis tentang apabila non-muslim memberi makanan di artikel ini, namun sebenarnya ianya belum lengkap kerana kesuntukan masa. Saya ingin menyambung sedikit lagi untuk melengkapkannya. Ada kisah yang agak memalukan diri saya sendiri di sebalik kisah itu.
 Kisah 2

... Usai memberikan makanan tersebut kepada pak Guard itu, saya cuba bersikap peramah. Oleh kerana Deepavali baru saja lepas, saya bertanya kepada beliau,


"Deepavali hari tu ada ktmana?".


"Saya tak sambut Deepavali, bang. Saya Muslim, nama saya Osman", jawabnya.

Bagaikan terkena renjatan elektrik (mungkin la, sb saya takpernah rasa renjatan) saya terdiam seketika dan tak tahu apa nak dibuat. Nak ambik balik, bekas tadi sudah ditangannya. Buruk siku kang, naya je.

"err,..", dengan perasaan bersalah, saya cuba mnyusun kata untuk mengambil balik bekas tersebut. Bimbang beliau terluka dengan kata-kata saya tadi. Sudahlah menyangka beliau bukan Islam, diberi pula makanan yang diri sendiri rasa syubhah nak makan.

"sebenarnya bang, makanan tu diberi oleh bukan Islam, jadi saya tak tahu halal ke tak, jadi saya bagila kat abang sb...", saya cuba menerangkan dengan berhati-hati.

"tak apa, bang", pintasnya lalu menyambung, "dalam bab makanan ni, kita jangan was was bang. Kita makan je. tak apa, abang bagi je kat saya".

"pulak", hati saya bermonolog. Mudahnya abang ni berfikir. "kalau begitu tak apa la, bang. Saya pergi dulu. Maaf ye. Assalamu'alaikum", balas saya lalu pergi meninggalkannya.

Huh, punyalah hari-hari bersua muka, mengangkat tangan bila berjumpa, pernah juga bersembang sewaktu beliau meronda, tidak kusangka beliau rakan seakidah.

8 ulasan:

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

Assalamualaikum..

Situasi yang sama berlaku pada ambo hari nie. Sekitar jam 12.30 tghri, ambo bersama 2sahabat keluar utk makan tghr. Tertinggal seorang kat pejabat cz beliau masih ada kelas dan kami fikir beliau akan balik makan bersama zaujahnya. Namun seusai sampai kat kdai yg slalu kmi perlu, shbt kt pjbt call. Kebetulan abg hok jual nasi xbuka kedai. Kami berpatah balik utk ambk shbt y trtgl. Masuk je dlm kereta, shbt ambo berkata, " Pok Guard tu ore klate, kawe ingtkan ore bangla ko nepal". Ambo pon terkejut bilamana shbt berkata demikian.

*rasional yg ambo dpt adalah jgn kita melihat rupa seseorg utk menilai diri mrk. juga senantiasalah kita saling mengenali utk mengeratkan silaturrahim..

cun09 berkata...

salam ^_^

eerrmm akak penah juga terkena, bagi salam tp x djawab...tetiba ada org lain mai terus dia cakap cina ^_^,

***bukan sumer kita tengok cam melayu, kita ingat islam n bukan sumer kita tengok cam bukan melayu kita ingat mereka bukan islam***

RuMaH TuA berkata...

"Dalam bab makanan ni, kita jangan was2 bang"
=
Itu tandanya hal2 lain dia ambil berat...


"takut buruk siku" (^-^)y

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam, sheikh.

Perkongsian yang menarik.

Itulah, takleh nak judge org dari segi luaran. jadi kena saling tegur menegur supaya tahu dan tidak tersalah sangka.

Tok kelik tehe pukat ko?hehe

Al - Mu'allim berkata...

~cun09~
Wsalam kak.

Betul tu, kadang2 kita terkompius dengan mereka. Segan juga bila berlaku gtu. Rasa bersalah sangat walaupun tak sengaja.

Bila saya ceritakan pada housemate, mereka pun terkejut, pastu gelakkan saya kuat2..huhu

Al - Mu'allim berkata...

~RuMaH TuA~

Yup, betul tu. Sebab tu saya biarkan saja sebab dia YAKIN. tp rasa bersalah tetap ada sb kita rasa xleh makan, kita bagi kt rakan seakidah..hurm..

*takkan nk ambik blk*

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

xkelik..ambo xcuti supo cikgu cikgi..he3

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Owh, xpo sheikh. berkhidmat utk agama. hehe.

Ambo dah 2 3 kali turun doh. Byk jg ike ni. Uje2 gni, ike tgh galok.tp gak, air napok koho naik nih.

Alhamdulillah, umah ambo meme tinggi n xnaik air.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails