Hinaan dan pujian adalah lumrah dalam kehidupan ini. Bahkan ia sering menjadi makanan harian bergantung kepada kehebatan, kedudukan, pangkat mahupun harta kekayaan seseorang. Orang yang berpengaruh sering dipuji dan dijulang sehingga apa yang dikatakan oleh mereka dijadikan pegangan dan diambil serius walaupun kadang-kadang jelas apa yang dikatakan itu salah. Pujian yang berlebihan akan berubah menjadi ampu, apalagi jika dilakukan dengan niat tersembunyi.
Sesetengah kita berbangga bila dipuji dan berasa diri mereka hebat. Mereka rasakan penghargaan yang diberikan oleh manusia samada pingat, pangkat dan gelaran adalah kerana kehebatan dan kecerdasan mereka. Jika itu yang kita fikirkan, sebenarnya kita telah tersasar jauh dari hal yang sebenar. Sebenarnya penghargaan manusia kepada kita itu bukanlah kerana jawatan kita, atau kehebatan kita mahupun kecerdasan kita tetapi satu-satunya yang membuatkan diri kita dihargai oleh manusia lain adalah kerana ALLAH MASIH MENUTUP AIB KITA.
DEMI ALLAH, jika Allah membuka segala pintu KEAIBAN DAN KEBURUKAN KITA, ketika itu tiada sesiapa yang mahu pedulikan kita, bahkan kewujudan kita di dunia ini tidak disedari. Kita juga pasti akan dihina dan dipandang serong oleh masyarakat. Oleh itu, jangan terlalu berbangga dengan pujian dan penghargaan manusia, sebaliknya bersyukurlah kepada Allah kerana masih menutup keaiban dan keburukan kita.
Kita akan berasa sakit hati dan kecewa jika dihina. Amarah kesan dari penghinaan itu kadang kala menimbulkan pertelingkahan dan permusuhan. Barangkali berasa diri sangat mulia sehingga sangat benci kepada penghinaan. Usah dikecewakan dengan hinaan kerana penghinaan orang kepada kita masih lebih bagus berbanding dengan kejelikan kita. Penghinaan orang itu sebenarnya masih ringan berbanding yang sebenarnya. Oleh itu jangan kita terlalu tergugat dengan kejian dan hinaan orang.
Pujian juga satu ujian, jangan terlalu bangga. Seharusnya kita tidak tergugat dengan kejian orang, dan tidak terpengaruh dengan pujian orang.
Wallahu 'alam

6 ulasan:
assalamualaikum cikgu,
info yg sgt berguna
kak ati pun takut sgt dengan pujian
dan baru saje di landa ujian dari Allah...
alhamdulillah harap semua baik2 akhirnya
Salah satu tanda orang yang takbur adalah suka menerima pujian tapi tidak suka memuji orang lain...
&
Tanda seseorang itu telah dapat hakikat ikhlas ialah apabila dikeji tidak marah, dipuji tidak riya'"
"Sentiasa mengharap redha Allah"
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih pena cikgu kerana mengingatkan diri ini..
Dugaan Allah itu ada dua jenis..
Satu dalam bentuk dugaan yg memeritkan.. Meluluhkan hati seperti kekecewaan atau kesusahan..
Yg kedua adalah dugaan yg menyenangkan.. Seperti pujian, harta dan kemewahan..
Bukan mudah untuk mendidik hati dan membentuk diri.. Tapi insyaAllah, dgn izinNYA, boleh..
Yg penting kita harus selalu beringat dan mengingatkan.. Sama2 berusaha untuk hidup dalam biah yg soleh.. insyaAllah..
hmm.. Saya harus lebih banyak berdoa pada ALLAH..
jzkk ya akhi..
assalamualaikum wr. wbt..syukran atas perkongsian cikgu. bila dibaca entri ini, ia semacam terkena kepada diri sendiri. bila dipuji perasaan riak muncul dlm diri..walhal pujian itu adalah milik Allah yang Esa. Bia dihina kecewa...padahal hinaan itu baik untuk membaiki diri sendiri..Insya Allah sama2 kita membaiki diri
Assalamualaikum cikgu
Kadang-kadang termakan juga pujian atau kejian orang pada saya. doakanlah hati saya tidak terpengaruh lagi
Salam...
Kadang2 pujian juga sgt bermanfaat untuk membagkitkan semangat atau meneruskan pekerjaan yang baik...
Tapi haruslah berpada2 spy ia tdk terlepas dari limitnya..
Catat Ulasan