Andai inginkan kebahagiaan setahun semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun tanamlah pokok, andai inginkan kebahagiaan seratus tahun didiklah manusia
Pages
BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH
15 Mac 2011
Terima kasih sahabat
Terlebih dulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada sahabat sekalian yang tetap sudi berkunjung ke Pena Cikgu walaupun sudah lama saya tidak menulis di sini. Sangat banyak yang saya ingin saya kongsikan terutama tentang kehidupan baru saya di sekolah baru. Mungkin ada yang boleh diambil pengajaran dari perkongsian tersebut.
Sebelum melangkah lebih jauh, saya ingin menyatakan bahawa saya sekarang bertugas di Penang. Walaupun agak kekok untuk berada di sini kerana murid-murid yang terdiri dari kaum lain lebih majoriti, namun saya akan cuba bertahan lebih lama, sekurang-kurangnya sehingga saya dapat habiskan Master di USM. Saya berkira-kira untuk menyambung pengajian di Pusat Islam kerana difahamkan oleh seorang sahabat, Pusat Islam ada menawarkan pengajian Master dan PhD ataupun jika tidak dapat, di School of Education pun boleh.
Walaupun agak janggal di sekolah kerana majoriti pelajar adalah non-Muslim, namun saya agak teruja dengan kehidupan di luar sekolah. Ketepikan soal makanan kerana saya sekarang cuba mengamalkan makan nasi sekali sehari dan saya memang tidak kisah dengan makanan. Saya makan apa saja yang boleh dimakan asalkan halal. Saya teruja dengan program pengajian di Masjid. Beberapa masjid menjadi perhatian saya terutama yang mengadakan kuliah secara konsisten. Walaupun tidak setiap waktu saya bersolat di Masjid, namun pengisian yang dijadualkan amat menarik.
Masjid seperti di Bukit Minyak, Masjid Permatang Janggus, Masjid Batu di Permatang Pauh sangat hebat pengisiannya terutama Masjid Batu. Masjid Negeri juga tidak ketinggalan apalagi antara pengkuliah itu orang yang saya kenali agak rapat sebelum ini. Paling menarik kuliah tafaqquh yang ditawarkan di Masjid Negeri setiap sabtu di mana kitab-kitab yang digunakan adalah sama dengan kitab yang saya belajar di kampung halaman dulu seperti Jauhur Mauhub dan tafsir Nur Ihsan. Tidak ketinggalan kitab 'aqidah najih dan matla'ul badrin. Kursus haji setiap ahad juga amat menarik minat saya walaupun terpaksa meredah perjalanan yang jauh untuk ke sana.
Perancangan saya sekarang adalah untuk kembali aktif kepada gerak kerja Islam seperti mana di Lembah Klang dahulu. Saya rindukan kehidupan dulu bersama-sama sahabat. Walaupun di sini saya tidak bersama sahabat yang dulu, namun saya optimis untuk bertemu dengan sahabat yang sefikrah di sini. Ini yang perlu diperkemaskan sebelum saya mula memikirkan secara serius tentang Baitul Muslim yang sering ditanya oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah selamat menjadi zauj mahupun walid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Selamat buat Pena Cikgu,
Mudah - mudahan Pena Cikgu menjadi asbab hidayah Allah hantar di sana.
"Hidup tanpa PERJUANGAN adalah hidup dalam keaiban"
assalamualaikum warahmatullah.. syukran atas ziarah cikgu dan selamat kembali .:) semoga terus sampaikan ilmu bermanfaat disini bersama redha allah.
salam...
teruskan perjuangan dik ^_^
assalamualaikum...
owh..jadi org utagha jugak..
Moga terus brsemangat dalam mendidik anak bangsa.
salam.. entri tentang blog anda di sini:
http://abuhanif186.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html
~BaiTil a'tiQa~
Ameen. terima kasih atas mutiara kata tersebut. sgt membina
~Cik As~
Waalaikumussalam. insha Allah, sama-sama terus berkongsi ilmu
~cun09~
Terima kasih kak. sama-sama teruskn perjuangan.
~Noor AzLen~
Waalaikumussalam.
Ye, skg menjadi org utagha lak, mana tahu lepas ni bertemu jodoh di sini:)
Wlaupun begituu, bahasa utara sudah lama sebati dgn diri sejak di kampus uni lg.
~to'wan~
wsalam.
Terima kasih tok...
Jazakallah
assalamualaikum...
Amin ya rabbal alamin..moga brtemu jodoh di sana..
Jemput2 ke Negeri Jelapang Padi nnt
Noor AzLen BinTi Haron,
Waalaikumusaalam.
Terima kasih atas doanya. Ameen.
Jelapang padi dekat saja tp kebanyakan sahabat di sana merantau ke tempat lain :)
InshaAllah awal bulan sekolah akan menghadiri perkahwinan adik seorang sahabat di sana.
Catat Ulasan