BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


19 Jan 2011

Saya dan rokok : episode 1

Jika kita bertanya kepada perokok sebab mereka merokok pasti kita akan mendengar pelbagai sebab dan alasan. Nak hilang lugar, untuk kepuasan, lambang kemachoan, bergaya dan berbagai lagi boleh diberikan namun paling utama adalah disebabkan ketagihan dan berkenalan mereka dengan rokok adalah disebabkan oleh pengaruh dan faktor ingin mencuba.

Saya tidak ingin bercakap tentang kandungan rokok secara khusus dan kesan-kesan serta akibat buruk dari merokok kerana ianya boleh didapati dengan mudah di internet dan website Kementerian Kesihatan Malaysia, namun apa yang ingin saya tekankan adalah pengalaman dan kisah hidup saya bersama golongan yang merokok.

Anak seorang perokok


Saya dibesarkan di dalam keluarga seorang perokok iaitu ayah saya sendiri. Saya masih lagi ingat di waktu sekolah rendah, kerap juga saya diminta oleh ayah untuk membelikannya rokok DUNHILL. Itulah rokok kesukaan ayah dan saya lah yang kerap diminta olehnya untuk membeli rokok kerana waktu itu tiada lagi penguatkuasaan kanak-kanak di bawah umur di larang membeli rokok. Kotak-kotak rokok yang kosong ayah simpan dan aturkan di atas pintu bilik. (Kulit 'emas' di dalam kotak rokok itu saya gumpal jadikan bola untuk dimainkan bersama kawan-kawan).
iklan bola kertas

Kadang-kadang saya pelik, kenapa orang suka merokok. Sedapkah? Bukankah membazir? Usia begitu sifat ingin tahu sangat tinggi namun untuk bertanya ayah saya tidak sampai hati+tidak berani, lalu perasaan itu hanya berlegar-legar di dalam fikiran saya. Aktiviti petang sewaktu usia sebegitu, jika tidak bermain buaian atau bola sepak di taman permainan, saya menolong bonda membakar sampah, Saya masih ingat, di luar pengetahuan bonda, saya cuba untuk merokok menggunakan cebisan akhbar yang digulung.

Pertama kali mencuba, saya pelik kerana tidak dapat mengeluarkan asap. Saya terfikir, apakah hanya rokok sebenar yang boleh keluar asap dari mulut? Kemudian baru saya perasan bahwa yang saya lakukan adalah meniup rokok, bukan menghisap, kemudian saya mencuba lagi dan hasilnya amatlah teruk. Saya terbatuk-batuk dan mata saya menjadi merah. Saya membuang kembali rokok buatan itu dan meluru ke paip untuk berkumur dan membasuh muka. Sejak itu tidak pernah sekali pun timbul keinginan untuk merokok bahkan saya tidak suka kepada baunya.

Rokok itu haram

Alkisah apabila masuk ke Sekolah Menengah, saya belajar tentang bahaya rokok dan hukum rokok adalah haram. Ketika itu juga sudah mula diperkatakan hasil jualan untuk yahudi, jadi pengharaman bukan hanya kerana bahaya bahkan kerana ia bakal dijadikan peluru untuk membunuh umat Palestin. Saya jadi resah, ayah seorang perokok, jadi bagaimana untuk saya selesaikan masalah ini. Saya hanyalah seorang anak kecil yang baru menginjakkan kaki di bangku sekolah menengah, bagaimana mahu menasihati ayah? Tidakkah nanti dianggap kurang ajar dan mahu mengajar orang tua.

Saya cuba menggunakan 'fatwa' dan penyelesaian sendiri dengan menyembunyikan rokok ayah. Saya meletakkan di tempat lain supaya ayah tercari-cari namun kaedah ini tidak berjaya. Ayah membeli rokok lain dan satu pembaziran bentuk baru berlaku di situ. Kaedah ini memang tidak sesuai untuk perokok. Nasib baik juga ayah tidak tahu perbuatan saya itu, jika tidak sudah pasti teruk dimarahi kerana ayah memang garang. Itu persepsi saya ketika itu.

Untung juga sifat bonda agak lembut. Saya menggunakan perantaraan bonda untuk menasihati ayah supaya tidak nampak kekurang ajaran. Pulang ke rumah saya bercakap bersendirian dengan bonda dan menjelaskan segalanya tentang rokok kepada bonda untuk disampaikan kepada ayah. Itulah yang saya lakukan setiap kali pulang dan cuba mendapatkan maklum balas dari bonda. Kata bonda, ayah sedang cuba berhenti apabila mendengar penjelasan itu namun kata bonda bukan senang untuk berhenti begitu saja.

Saya paling gembira mendengar kata-kata bonda apalagi suatu ketika, semasa pulang ke rumah saya menjumpai gulungan rokok daun di rumah. Kata bonda ayah sudah tidak membeli DUNHILL lagi dan beralih ke rokok daun. Juga beransur-ansur juga meninggalkan rokok daun juga. Lama saya tidak ambil peduli tentang itu. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan sekotak rokok DUNHILL di rumah. Menurut bonda, ayah kembali ke rokok DUNHILL. Saya tidak tahu hendak cakap apa lagi, namun tidak berhenti untuk berusaha membantu ayah.

Ayah kembali merokok

Ayah kembali kepada DUNHILL tidak lama. Ini kerana tidak lama selepas itu ayah masuk hospital kerana disyakki denggi. Mana boleh merokok di hospital, peluang ini digunakan sebaiknya untuk ayah melepaskan diri dari rokok. Alhamdulillah, selepas itu ayah sudah tidak merokok lagi walaupun dengan rokok daun sekalipun sehinggalah sekarang. Jika tidak silap, sudah lebih 10 tahun ayah tidak merokok bahkan langsung tidak rasa ingin merokok apabila melihat atau terbau rokok.

Untuk berhenti merokok,  perlu ada keinginan sendiri dan sokongan orang sekeliling. Berdasarkan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1995, rokok adalah haram namun kalau sudah kaki rokok, ada saja alasan mereka.

InshaAllah, akan datang saya akan sambung tentang kisah imam dan wanita yang merokok.

14 ulasan:

nuraishah_abuhasan berkata...

alhamdulillah
^_^

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih saudari nuraishah.

Itulah, saya berasa sgt bersyukur kerana ayahanda mampu meninggalkannya.

SHM berkata...

capai juga matlamat untuk berhenti merokok...alhamdulillah...perkara yg pntg perlu utk berhenti rokok ialah bersungguh-sungguh. Jika tidak, berhenti rokok hanyalah azam yg sia-sia...

hamba ALLAH berkata...

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, ternyata ayahanda muallim dapat meninggalkanya, segalanya terletak pada diri kita sendiri untuk mengubahnya, seronok baca kisah ini, teringat masa zaman kanak-kanak dulu.
Jazakallah dari perkongsian ni dik..
Barakallahu fik

Sidratul Muntaha berkata...

Susah nak cari lelaki yang tak merokok zaman sekarang.
Saya tak tahu rasa rokok dan kadang-kadang ada rasa teringin juga.tapi nauzubillah.perempuan merokok sangat tidak sopan dan bukan budaya kita.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Susah nak komen bab rokok ni.
Biasanya kalau merokok, orang kata dapat ramai kawan.

Teringat zaman kecik-kecik dulu, ada satu iklan rokok kat TV kata: Gaya, Mutu, Keunggulan.

Biasa rokok dikaitkan dengan orang lelaki. Tapi orang perempuan pun ada juga merokok. Tak tahulah pula apa baiknya merokok pada mereka.

Usaha kerajaan memaparkan visual ngeri akibat rokok juga nampaknya kurang memberi kesan kepada mereka.

Alhamdulillah saya sendiri tidak merokok, walau pernah mencubanya ketika kat universiti. Nampak tak menjadi. Alhamdulillah.

TQ

Al - Mu'allim berkata...

Benar SHM,

Untuk berhenti merokok, keazaman yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh sgt penting.

Berapa ramai orang yang berazam utk berhenti merokok, tetapi tidak bersungguh melawan ketagihan.

Al - Mu'allim berkata...

Wa'alaikumussalam kak.

sama-sama. Sungguh kenangan ketika kanak-kanak sangat indah. Maklumlah, ketika itu fikiran tidak berapa terbeban sgt.

Alhamdulillah, ayahanda dapat berhenti merokok kerana usaha sendiri di samping sokongan keluarga.

Al - Mu'allim berkata...

Saudari sidratul Muntaha.

Saya tidak dapat menafikan kata-kata saudari.

Alhamdulillah saudari berjaya menahan dari melayan rasa ingin mencuba yang sia-sia itu.

Budaya merokok semakin menular di dalam masyarakt kita. Jangan terkejut betapa ramai perempuan merokok skg samada secara terbuka atau tersembunyi.

InshaAllah saya akn berkongsi pada episode seterusnya.

Al - Mu'allim berkata...

waalaikumussalam Cikgu Lai.

Terima kasih atas pandangan.
Ya, motto itu sangat terkenal dulu dan sering diiklan di TV. selain itu, ia menjadi penaja bola sepak Malaysia.

Merokok sudah semakin menular di kalangan perempuan termasuk pelajar.

Alhamdulillah. Tahniah kepada cikgu kerana tidak merokok.

Pena Maya berkata...

Assalamualaikum
bukan sekadar rokok
semua ketagihan yang lain
susah dihentikan
jika tiada keinginan dan iman .

apa2pon perkongsian yang baik
terima kasih
alhamdulillah.

SHM berkata...

Anda ditag. Jika berkesempatan, jawablah..

http://solldesouza.blogspot.com/2011/01/ga-kasperskye-dari-fariszazcom.html

Al - Mu'allim berkata...

waalaikumussalam.

Terima kasih atas komentar Pena Maya.
Benar sekali apa yang dikatakan oleh saudara.

InshaALlah, sama-sama kita menjaga keimanan kita.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih kerana menge'tag' saya. Pertama kali rasanya di'tag'. InshaAllah saya cuba jawab nanti. Tgh duk fikir ttg nasyid tu.

Ingat nak letak muhasabah cinta, tp syaratnya pula nasyid dari Malaysia :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails