BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


12 Jan 2011

Muhasabah cinta

video

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... 
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... 
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

lirik disalin tampal dari sini
Hayati liriknya. Moga beroleh manfaat

Mendengar alunan lagu ini mengingatkan saya kepada allayarhamah adinda yang tersayang yang pergi meninggalkan kami pada tahun lepas. Berkali-kali allayarhamah mendengar lagu dan setiap kali itulah juga allayarhamah mengatakan lagu ini sesuai dengan keadaanya. Allayarhamah agak lama sakit namun saya sebagai abang kagum dengan kekuatan yang ada padanya. Saya sendiri tidak pasti apakah saya akan sesabarnya.

Inilah dendangan dan halwa telinga yang memujuk dirinya di kala sudah kekeringan air liur membaca kalam Allah dan bergurau senda dengan adik-adiknya yang lain. Sesekali mengadu kepada saya  tentang sahabat-sahabatnya yang tidak bertanyakan khabar walaupun  seringkali juga saya melihat sahabat-sahabatnya datang. Bahkan keluarga kami mengenali latar belakang sahabat-sahabatnya secara lengkap sehingga ada yang memanggil bonda dan ayahanda saya, sebagaimana saya memanggil.

Banyak mutiara-mutiara hikmah dan nasihat-nasihat dititipkan buat adinda-adindanya yang lain sebelum pergi. Antaranya adalah harapan beliau kepada adindanya yang ini. Walaupun terlantar sakit, namun allayarhamah masih menguatkan diri untuk bangun dan berjalan sendiri menggunakan tongkatnya. Pernah juga cuba menjodohkan saya dengan sahabatnya tetapi saya tidak mengambil serius kerana mereka semua seperti adik-adik saya juga. Banyak sebenarnya rahsia yang kami kongsikan bersama. Saat dia pergi meninggalkan kami, saya tiada di sisi, namun saya redha dengan ketentuan Illahi walaupun air mata mencurah-curah tanpa sedar. Allayarhamah sudah lama bersabar dengan sakitnya lalu Allah yang Maha Penyayang mengambilnya kembali ke Rahmat-Nya. Dalam sedih saya tetap bersyukur kerana allayarhamah pergi dengan tenang.

Moga kita akan bertemu lagi di syurga kelak.

Duhai diriku, saban hari kamu melihat berita kematian, bagaimana kamu begitu yakin giliran kamu bukan selepas ini. Giliran kamu bila-bila saja. Bersedialah dengan pelawat yang datang melawat kamu 70 kali sehari itu.

8 ulasan:

SHM berkata...

sabarlah...susungguhnya setiap yang hidup itu akan merasai mati..selepas ini, giliran kita pula akan menyusul...

Insan dhaif berkata...

Salam 'alaik..

Semoga roh adinda muallim termasuk dalam golongan hamba-hambanya yang beriman..ameen Al-Fatihah buatnya.

Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Insya'ALLAH, semoga kematian kita kelak juga dalam keadaan beriman pd ALLAH dlm ucapan kalimah Toyyibah 'La ilahaillallah Muhammadurrasulullah' ameen..ameen.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih akhi SHM.

InshaAllah, Allah tidak menguji melainkan yang mampu kita hadapi.

Dah tukar nama ke?

Al - Mu'allim berkata...

Salam 'alaik kak.

Ameen. Moga kita sama-sama termasuk dalam golongan beriman juga nanti.

Terima kasih atas hadith tersebut. Sangat membantu. Moga kami sekeluarga mendapat syurga atas ujian ini.

Sama-sama kita berdoa moga moga pengakhiran kita adalah kalimah La ilahaillallah. Ameen

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah untuk arwah adik cikgu.

P/S:Hidup kita macam roti.Tiba masa akan expired.

Sidratul Muntaha.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih sidratul muntaha.
roti sekurang-kurangnya kita tahu expired date, tp nyawa kita xtau.

Apapun yang penting selalu bersedia.:)

Eyda berkata...

Assalmu'alikum,
Sememangnya nssyid ni salah satu kegemaran saya. Juga mengingatkan saya kepada adik yang sedang terlantar kt hospital kerana sakit. Namun ALHAMDULILLAH semakin pulih kini.

*Hati sentiasa berdebar bila mengingatkan saat akan 'dijemput ke sana' nanti. Bila, di mana, bagaimna...... ALLAH..

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam ukhti.

Innalillah. InshaAllah, moga adik saudari makin sembuh seperti sediakala. Ameen

Walaupun kita sihat, namun mati itu bila-bila masa boleh menjemput kita. Moga dipengakhiran kita kelak adalah kalimah 'Lailahaillallah'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails