BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

12 Apr 2011

Cikgu ambil nyawa murid. Apa cerita sebaliknya!!!

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

12 Jan 2011

Muhasabah cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... 
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... 
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

lirik disalin tampal dari sini. 
Hayati liriknya. Moga beroleh manfaat

Mendengar alunan lagu ini mengingatkan saya kepada allayarhamah adinda yang tersayang yang pergi meninggalkan kami pada tahun lepas. Berkali-kali allayarhamah mendengar lagu dan setiap kali itulah juga allayarhamah mengatakan lagu ini sesuai dengan keadaanya. Allayarhamah agak lama sakit namun saya sebagai abang kagum dengan kekuatan yang ada padanya. Saya sendiri tidak pasti apakah saya akan sesabarnya.

Inilah dendangan dan halwa telinga yang memujuk dirinya di kala sudah kekeringan air liur membaca kalam Allah dan bergurau senda dengan adik-adiknya yang lain. Sesekali mengadu kepada saya  tentang sahabat-sahabatnya yang tidak bertanyakan khabar walaupun  seringkali juga saya melihat sahabat-sahabatnya datang. Bahkan keluarga kami mengenali latar belakang sahabat-sahabatnya secara lengkap sehingga ada yang memanggil bonda dan ayahanda saya, sebagaimana saya memanggil.

Banyak mutiara-mutiara hikmah dan nasihat-nasihat dititipkan buat adinda-adindanya yang lain sebelum pergi. Antaranya adalah harapan beliau kepada adindanya yang ini. Walaupun terlantar sakit, namun allayarhamah masih menguatkan diri untuk bangun dan berjalan sendiri menggunakan tongkatnya. Pernah juga cuba menjodohkan saya dengan sahabatnya tetapi saya tidak mengambil serius kerana mereka semua seperti adik-adik saya juga. Banyak sebenarnya rahsia yang kami kongsikan bersama. Saat dia pergi meninggalkan kami, saya tiada di sisi, namun saya redha dengan ketentuan Illahi walaupun air mata mencurah-curah tanpa sedar. Allayarhamah sudah lama bersabar dengan sakitnya lalu Allah yang Maha Penyayang mengambilnya kembali ke Rahmat-Nya. Dalam sedih saya tetap bersyukur kerana allayarhamah pergi dengan tenang.

Moga kita akan bertemu lagi di syurga kelak.

Duhai diriku, saban hari kamu melihat berita kematian, bagaimana kamu begitu yakin giliran kamu bukan selepas ini. Giliran kamu bila-bila saja. Bersedialah dengan pelawat yang datang melawat kamu 70 kali sehari itu.

11 Jan 2011

Saya ada pelawat setiap hari‏

Mohon maaf kerana kurang memberi perhatian semenjak dua menjak ini. Pada perkiraan saya, saya mampu untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari namun saya silap, saya tidak mampu melakukanya. namun saya akan cuba untuk terus istiqamah bagi memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.""

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

wAllahua'lam..

Ini satu lagi tazkirah yang saya perolehi dari email. Saya memohon maaf kerana masih tidak sempat untuk menulis sendiri samada peringatan atau isu semasa yang best. Kalau ada pun tentang banjir di kampung halaman yang sahabat-sahabat boleh dapati dari media massa. Itu pun banjir sudah beransur pulih dan kehidupan inshaAllah akan kembali seperti sedia kala.

Sahabat-sahabatku, pernahkah kita peduli tentang pelawat yang sentiasa menziarahi kita ini? Apa yang pasti suatu kehadiran pelawat ini bukan saja-saja bahkan untuk menjemput kita bersamanya. Cuma waktu dan ketikanya tidak kita ketahui. Setiap kali pelawat kita datang, apakah kita bersedia untuk mengikutinya atau bagaimana cara kita 'melayannya'?

Kita tidak tahu bila kita akan mati, justeru persiapan perlu lah kita buat bermula sekarang. Syarat mati bukan semestinya sakit. Ada orang mati sewaktu sihat walafiat. Syarat untuk mati bukan mesti tua kerana berapa ramai orang muda yang mati. Bahkan ada yang masih bayi atau kanak-kanak pun mati samada didera atau sebagainya.

Bila menyebut tentang dera, saya teringat berita semalam tentang kanak-kanak yang mati dengan 73 kesan penderaan. Kecederaan dalaman termasuk kerosakan organ yang teruk dipercayai didera walaupun laporan awal yang dibuat kononnya kanak-kanak itu lemas. Apa mungkin ibu tiri yang kejam itu tidak sedar perlakuannya itu diperhatikan oleh pelawatnya?

Moga semasa pelawat itu datang menjemput kita, kita dalam keadaan sedia dan cukup segala amalan sebagai bekalan di sana.

22 Dis 2010

3 benda ikut mayat ke kubur

Tak tahu kenapa 2 3 hari ini banyak perkongsian yang saya lepaskan dari draft artikel saya. Barangkali sudah terlalu lama ianya disimpan di sini sehingga tidak tahu mana satu yang harus didahulukan. Lebih baik lepaskan saja apa yang ada sebelum bertambah serabut untuk siarkan artikel yang mana satu dulu.

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang akan mengikut kita ke kubur. Ianya merupakan kupasan dari hadith baginda Rasulullah SAW untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita lebih sedar dan ingat tentang mati. Maaf sebab saya lupa matan hadith ini. Mohon sesiapa yang tahu, share kt sini.

3 perkara yang akan ikut kita ke kubur, 2 darinya akan pulang semula dan satu daripadanya akan tinggal bersama-sama kita dan menemani kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails