Mohon maaf kerana kurang memberi perhatian semenjak dua menjak ini. Pada perkiraan saya, saya mampu untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari namun saya silap, saya tidak mampu melakukanya. namun saya akan cuba untuk terus istiqamah bagi memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.""
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.
wAllahua'lam..
Ini satu lagi tazkirah yang saya perolehi dari email. Saya memohon maaf kerana masih tidak sempat untuk menulis sendiri samada peringatan atau isu semasa yang best. Kalau ada pun tentang banjir di kampung halaman yang sahabat-sahabat boleh dapati dari media massa. Itu pun banjir sudah beransur pulih dan kehidupan inshaAllah akan kembali seperti sedia kala.
Sahabat-sahabatku, pernahkah kita peduli tentang pelawat yang sentiasa menziarahi kita ini? Apa yang pasti suatu kehadiran pelawat ini bukan saja-saja bahkan untuk menjemput kita bersamanya. Cuma waktu dan ketikanya tidak kita ketahui. Setiap kali pelawat kita datang, apakah kita bersedia untuk mengikutinya atau bagaimana cara kita 'melayannya'?
Kita tidak tahu bila kita akan mati, justeru persiapan perlu lah kita buat bermula sekarang. Syarat mati bukan semestinya sakit. Ada orang mati sewaktu sihat walafiat. Syarat untuk mati bukan mesti tua kerana berapa ramai orang muda yang mati. Bahkan ada yang masih bayi atau kanak-kanak pun mati samada didera atau sebagainya.
Bila menyebut tentang dera, saya teringat berita semalam tentang kanak-kanak yang mati dengan 73 kesan penderaan. Kecederaan dalaman termasuk kerosakan organ yang teruk dipercayai didera walaupun laporan awal yang dibuat kononnya kanak-kanak itu lemas. Apa mungkin ibu tiri yang kejam itu tidak sedar perlakuannya itu diperhatikan oleh pelawatnya?
Moga semasa pelawat itu datang menjemput kita, kita dalam keadaan sedia dan cukup segala amalan sebagai bekalan di sana.

8 ulasan:
Ya Allah, sebelum ni tak tau plak malaikat maut datang menjenguk saya 21 minit sekali...terima kasih kerana berkongsi na..
Terima kasih atas perkongsian ini dan memperingatkan saya di kala saya terlupa.
Beribadat seolah - olah kita akan mati esok...
"Nsyaallah"
assalamualaikum
trima ksh ats pringtn trsebut:-)
Sama-sama SDS.
Moga beroleh manfaat dan sama-sama bersedia.
Sama-sama PD.
Moga pengakhirat kita adalah husnul khatimah~ Pengakhiran yang baik
Ya, Baitil a'tiQa...
InshaALlah pasti lebih rajin dalam beribadah, kalau tidak mampu rajin juga, beribadatlah seolah-olah kita akan mati kejap lagi.
waalaikumussalam Noor Azlen.
sama-sama. Moga beroleh manfaatnya.
Catat Ulasan