BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


17 Jan 2011

Antara kasih dan kasihan : Mana patut didahulukan?

Terlebih dahulu saya nak minta maaf kepada para penanya soalan di formspring di sidebar sebelah. Saya tidak dapat memberikan jawapan sebagaimana yang dikehendaki. Ada yang saya abaikan soalan tanpa jawapan dan ada juga saya jawab secara umum lebih-lebih lagi soalan yang berkaitan dengan biodata lengkap saya. Cukuplah rasanya serba sedikit yang saya ceritakan di sini. Adapun soalan-soalan yang berkaitan hukum hakam, saya bukan seorang ustaz, saya hanya membantu mencari link dari org yang berautoriti untuk menjawab. Soalan tentang pandangan, saya cuba kongsikan namun ianya bukanlah mewakili kaum lelaki atau kaum guru dan sebagainya tetapi hanya mewakili diri saya sendiri. Mohon kemaafan sekali lagi dari sahabat-sahabat. Kadang-kadang ada yang saya tinggalkan untuk dijawab dalam bentuk artikel.

Antara kasih dan kasihan?

Mengapa perlu dipisahkan antara keduanya? Bukankah keduanya saling berkaitan? Mana mungkin datangnya kasihan kalau tidak ada kasih, tetapi kadang kala mungkin hanya ada kasihan tetapi kasih tidak ada. Susah kan nak faham kalau tidak diberikan contoh. Sebenarnya apabila menyebut tentang kasih, kita kalau boleh jangan menyempitkan kasih itu hanya untuk pasangan lelaki dan perempuan. Ia luas dan lebih dari itu.

Apakah makna kasih pada kita? Seorang ayah yang melihat anaknya tidur di pagi hari tidak sanggup mengejutkan untuk solat subuh, apakah itu kasih atau kasihan? Sebenarnya itu adalah kasihan bukan kasih.

Seorang ibu yang melihat anaknya yang sudah menjangkau usia terbaring keletihan kerana lesu berpuasa sepanjang hari, apakah mahu kasihan kepadanya dengan memberi makanan ataupun memujuknya bertahan yang secara langsung menunjukkan kasihnya untuk melihat anaknya ke syurga.

Begitulah kadang kala kita tidak dapat membezakan antara kasih dan kasihan sehingga kita keliru mana satu yang perlu didahulukan.

Jika bercakap tentang hubungan lelaki dan perempuan pula, pada saya seorang lelaki tidak pantas mengahwini perempuan itu hanya disebabkan rasa kasihan dan simpati semata-mata. Ini secara tidak langsung pasti akan menyeksa perempuan itu apabila bergelar isterinya nanti.

Saya teringat kisah seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita untuk menutup aib wanita itu yang mengandung anak rakannya tanpa nikah. Saya tidak berniat utk membincangkan isu sah atau tidak nikah tersebut , cuma perkahwinan atas dasar kasihan ini membawa kepada kemudaratan kepada isteri apabila suami gagal mencintai isterinya.

Dari kasih timbulnya rasa kasihan tetapi tidak sewajarnya rasa kasihan itu menelan rasa kasih tersebut. Umpama contoh yang saya berikan di atas. Seorang ibu kasih kepada anaknya yang sedang nyenyak tidur, lantas menimbulkan rasa kasihan untuk mengejutkannya. Tidak boleh melayan rasa kasihan itu sehingga menelan rasa kasih tersebut. Rasa kasih untuk membawa anak ke syurga.

Ringkasnya mudah, rasa kasih akan membawa ke syurga tetapi rasa kasihan hanya akan membawa kepada tak sampai hati sahaja. jadi perlu dibezakan antara kasih dan kasiha namun tidak boleh dipisahkan. Rasa kasih boleh membawa kepada kasihan lantas akan menimbulkan rasa tak sampai hati. Dengan kata lain, rasa kasih itu perlu di dasari dengan keimanan. Ya, perlu didahului kasih namun tidak semestinya sampai kepada kasihan.

Soalan seterusnya soal beza suka, kasih, cinta dan sayang. InshaAllah saya cuba menjawab di artikel akan datang. Setiap orang bebas mengemukakan pandangan. Perbezaan pandangan tidak salah, yang salah adalah tidak mahu mendengar pandangan orang lain dan mendakwa hanya pandangannya yang benar.

6 ulasan:

Pemerhati Dunia berkata...

Sebenarnya, dalam perkahwinan, kalau boleh, janganlah termetri ikatan itu kerana kasihan.

Ia akan menimbulkan seksa pada kedua-duanya. Jika isteri yang berkahwin atas dasar kasihan pada suami, isteri juga akan menderita.

Bukan hanya pada suami, begitulah juga sebaliknya.

JIka sudah berkahwin, bukakanlah pintu hati untuk mengasihi, bukan hanya mengasihani kerana ia tidak akan kekal lama jika hanya perasaan mengasihani yang merajai hati.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas pandangan Puan PD.

satu pandangan yang tidak boleh dipandang ringan bahkan perlu diambil perhatian kerana diberikan oleh orang yang sudah berkahwin. :)

tp, kalau pintu hati tidak boleh dibuka, bagaimana ye? erm...

Pemerhati Dunia berkata...

Berbalik pada niat asal semasa diakadnikahkan. Perkahwinan bukan satu permainan. Bukan boleh main kahwin cerai sesuka hati.

Kalau saudara hendak tahu, orang yang memegang ajaran Kristian Katolik tidak dibenarkan bercerai dengan apa sebab sekalipun. Walau lelaki tersebut kaki judi, kaki arak etc (Berdasarkan pengalaman kawan saya). Tetapi kita beruntung Allah beri kita kelebihan untuk cerai/rujuk kembali.

Tetapi ia bukan boleh disorong tarik sesukahati...

Oh, rupanya Al-Mu'allim belum berkahwin ye.

Ini pada pendapat saya, pendapat orang lain saya tidak tahu.

alFaratisyah berkata...

Kasih & kasihan, secara peribadinya, dua sikap ini sudah makin luntur dlm diri mereka yg bergelar insan sekarang...

Kasih & kasihan bertukar benci & dendam krn ramainya insan yg menjadikan nafsunya sbg pemandu kehidupannya.

Suka, kasih, sayang dan cinta...Hakikatnya semuanya datang dari tempat yg sama...

HATI...hati yg hidup, hati yg sihat, hati yg dekat dgn Rabbnya akan sentiasa melandaskan rasa suka, kasih, sayang dan cintanya krn ALLAH, bukan atas sebab lain.

Mereka yg hatinya sihat...akan memandang dgn 'external eyes' dan 'internal eyes'...pandangan mrk jauh ke dpn...di mana tdk ramai mampu melihatnya & terkadang terlupa utk memikirkannya...iaitu destinasi terakhir kembara insan, saat bertemu Rabbnya.

Bilamana insan memandang dgn 'mata & mata hati...insyaAllah, seluruh kehidupannya, seluruh rasa yg ia miliki, hatta pada siapa pun jua...insyaAllah dgn nama Allah.

Walllahua'lam...sekadar pandangan peribadi dari insan yg terlalu banyak kelemahan.

Al - Mu'allim berkata...

Benar kata PD tentang penganut kristian.

Kawan-kawan saya yang kristian juga mengatakan hal yang sama. Bukan saja katolik, malah beberapa mazhab lain pun begitu jg.

cerai/ rujuk ini disertakan dgn pnduan oleh agama. Untuk kemudahan, bukan kesusahan.

Pendapat ini dari orang yang berpengalaman, tidak boleh dipandang ringan :)

Al - Mu'allim berkata...

Ukhti alfaratisyah, terima kasih atas kunjungan dan pandangan.

Pandangan ukhti bagi saya tiada salahnya. Jika tidak dilandaskan kepada keimaman, pasti kasih dan sayang itu akan membawa kepada ke jalan yang salah.

Moga kita sentiasa dalam redha Allah. Ameen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails