BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


21 Jan 2011

Jadilah isteri solehah

Selamat menjalani ibadah di penghulu segala hari ini. Seperti biasa, rutin harian saya pada hari ini adalah ke Medan Ilmu bagi mendengar kuliah jumaat yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar. Kuliah tafsir Tok Guru sangat menusuk dan menyentuh sanubari para pendengar dan perumpamaan yang digunakan beliau sangat kena dengan konteks semasa dan mudah difahami.

Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang kuliah jumaat atau pengisian yang saya dapat dari sana pada hari ini. InshaAllah akan datang kalau berkesempatan saya cuba kongsikan kuliah tafsir itu. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah tentang pengisian dari radio IKIM yang saya dengar dalam perjalanan ke Medan Ilmu pagi tadi.

Saya kurang pasti siapakah nama ustazah yang menjadi tetamu pagi tadi namun saya amat tertarik dengan perumpamaan yang beliau gunakan dalam menghuraikan slot beliau. Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya slot itu namun sedikit sebanyak saya cuba kongsikan apa yang saya dengar. Jika ada sahabat lain yang mendengarnya, sudilah kiranya menambah atau pun jika ada kesilapan atau kesalahfaham saya dalam memetik ilmu, silakan berkongsi di sini.Ia berkenaan tentang seorang isteri yang mempunyai suami yang tidak baik.


Kata ustazah, apabila seorang isteri melihat seorang suami orang lain yang kelihatan lelaki soleh ke masjid, jangan komplen kenapa kita tidak mendapat suami seperti itu. Melihat lelaki yang kacak atau kaya, terdetik "kalaulah dia suamiku". Kita sering mengharapkan yang sempurna dan yang baik itu menjadi milik kita, namun apakah ianya sesuai untuk kita? Perumpamannya adalah seperti jika kita ke pasaraya dan melihat satu baju yang sangat cantik, dan teringin memilikinya tetapi tidak sesuai dengan tubuh kita, apakah kita mahu membelinya? Fikirkan, kalau kita beli, apakah kita mampu memakainya? Memang baju itu cantik, tetapi tidak sepadan untuk kita jadi untuk apa kita membelinya. Lebih baik kita beli yang sesuai dan sepadan untuk kita.

Apa akan jadi jika kita memaksa pakaian itu pada tubuh kita? Sudah pasti menyakitkan kita dan merosakkan baju itu juga. Kalau begitu, lebih baik pakai pakaian yang sesuai dan selesa untuk kita walaupun kurang cantik dari yang kita lihat itu. Kalau seorang isteri itu mendapat suami yang tidak baik, itu adalah satu ujian buatnya. Harus diselidiki di mana kekurangannya sehingga suaminya seperti itu.

Kata ustazah lagi, sifat seorang isteri solehah itu bukan hanya mendidik anak-anak bahkan juga turut 'membimbing' suami. Jadilah solehah untuk mendapat syurga kerana itulah matlamat yang terakhir kita dan kehidupan di sana pasti lebih baik.

Mudahnya wanita masuk syurga.

Wanita nak masuk syurga cukup senang? Jaga solat, jaga puasa, jaga kemaluan dan taat pada suami, masuklah syurga pintu mana yang dia suka. Itu satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdurrahman Auf,

Rasulullah saw bersabda :

إِذَا صَلَّتِ المَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَصَنَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شَاءَتْ .
Jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kehormatannya dan menaati suaminya, niscaya dia masuk surga dari pintu mana saja yang dia inginkan.
(HR. Ahmad nombor 1661, hadits hasan lighairihi).

Sungguh mudah bukan? Namun berapa ramai yang dapat melakukannya. Saya memetik perkongsian dari IKIM ini untuk memberi pengajaran kepada saya sendiri juga bahawa apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk kita. Jika kita melihat pakaian yang cantik pada orang lain, tidak semestinya ia sesuai dan sepadan dengan kita. Walaupun kelihatan seperti pengisian ini untuk para wanita, saya melihatnya juga dari sudut berlawanan dan cuba sesuaikan dengan diri saya.

Namun itulah kita manusia, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan sifat hasad selalu menguasai diri. Hidup di dunia tidak lama, berusahalah untuk ke syurga.

16 ulasan:

SHM berkata...

mmg sifat manusia sentiasa tdk puas ap yg dmiliki. sma jga sprti sy..:D

ɐɥsɐɟ berkata...

terima kasih ats perkongsian ini :)

Bintun Sazali berkata...

Subhanallah..besnya dpt pi kuliah Tok Guru...masa sy sempat study kat Nilam Puri, skali pun tak pernah sy ke sana...Dah tergerak, tp takde rezeki..mungkin..hmm~


Apapun, syukran atas tazkirah ni. Bukan senang sbnrnya, wlpn nampak mudah. Bukan hanya dgn menjaga solat, taat pd suami, dll. Sbb luar dan dalam kena jaga..Hubungan dgn Allah, dgn manusia..byk yg perlu kita pelihara..smoga kita semua dpt menuju ke arahnya...

alFaratisyah berkata...

jazakallah atas perkongsian.

~selangkah bergelar seorang isteri maka seseorang wanita itu sebenarnya diberi peluang utk meraih pahala yg lebih byk.

~mudah utk masuk syurga dgn menjadi isteri yg solehah, namun tidak mudah utk menjadi isteri solehah. ramai yg terlalu mengharapkan kesempurnaan sang suami dan meminta berlebih-lebihan yg menambah beban sang suami.

ayuhlah saudariku, bersama kita membina diri, kerana menjadi isteri solehah itu tidak bermula nanti setelah kau bergelar isteri kepada dia itu dia, bahkan ia bermula sekarang, latih diri.

~practice makes perfect~

wallahua'lam

Al - Mu'allim berkata...

akhi SHM.

Bukan akhi seorang seperti itu. cara terbaik untuk atasi adalah bersikap qanaah dan bersyukur dengan apa yang ada.

Al - Mu'allim berkata...

saudari fasha,

sama-sama. moga bermanfaat

Al - Mu'allim berkata...

Ukhti Bintun Sazali,

Ruginya belajar di Nilam Puri tetapi tidak ke Medan Ilmu. Jaraknya tidak jauh pun. Apapun, inshaAllah akan datang moga dilapangkan waktu untuk ke sana dan diberi kesempatan.

InshaAllah. Terima kasih atas responnya.

Al - Mu'allim berkata...

Afwan ukhti alfaratisyah.

-Benar apa yang ukhti katakan. Namun tidak ramai yang mengambil peluang itu.

-inshaAllah, moga kelak ukhti dan sahabt-sahabat lain akan menjadi isteri solehah dan tergolong dalam golongan yang dapat memasuki syurga melalui pintu mana pun yang disukai.

Cik As berkata...

salam...
cik as berehat seketika utk mnghayati entri ustaz pada kali ini..alhamdulillah,perkongsian yg baik.. mudah sekali bila melihat perempuan utk masuk ke syurga tapi agar sukar bagi wanita kini utk mlaksanakannya.. semoga allah mmbantu kita semua akhawat dalam mnjalankan tugas sebagai zaujah nanti...insyaallah..

Cikgu Tie berkata...

Alhamdulillah...semoga perkongsian yang baik ini dapat dimanfaatkan bersama.

Al - Mu'allim berkata...

wassalam buat saudari cik As.

Jika sukar bagi wanita kini melakukannya, jangan jadi sebahagian dari mereka. Jadilah wanita muslimah solehah.

inshaAllah, moga dipermudahkan untuk menjalankan tugas sebagai seorang muslimah mahupun zaujah.

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas kunjungan cikgu.

InshaAllah, sama-sama kita manfaatkan.

HaDi berkata...

Salam...

Benar,,,
Wanita solehah seolah2 sebutir permata di selerakan kaca...
Kadang2 tangan hingga berdarah2 akibat tusukan kaca sewaktu mencari permata tersebut...Begitulah mungkin perumpaan yg boleh dibuat bg wanita untuk menggapai tittle solehah...

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam akhi Hadi.

Biar susah didapati, asalkan berharga.

LayyinuL Qalbie berkata...

salam alayk... menarik entrinya..
alhamdulillah.

saya kira ramai mengejar title seorang isteri solehah, bahkan mereka dr golongan biasa sekalipun..
namun, dalam dimensi fikiran saya, di sebalik mudahnya seorang wanita itu ke syurga spt dinyatakan, sukarnya melaksanakan fungsi sebaiknya, menyebabkan ramai terbabas ke neraka.. dan saya antaranya tidak terlepas dr perasaan takut itu.. takut akan 2 hal ini terutamanya spt dinyatakan dlm hadith: ramainya wanita sbg penghuni neraka krn mulutnya, dan krn derhakakan suami..
takut juga tdak cukup, andai tanpa amal dan implimentasi secara istiqamah.. nasihat utk diri terutamanya.
mudah2an kerana sentiasa takutkan azab siksanya ini, menjauhkn kita dr sifat mazmumah dan memotivasikan diri kita untuk melakar peribadi soleh/solehah

secebis perkongsian selembut hati,
layyinulqalbie

Al - Mu'allim berkata...

~LayyinuL Qalbie~

Wassalam.

Terima kasih atas komentar ukhti. Benar, ramai yang mengimpikan title solehah, tapi amal perbuatan tidak menjurus ke arah itu.

Ya, mmg tidak mudah, tp bukan mustahil. Sebagai manusia sememangnya kita sering melakukan dosa. Bahkan berasa tidak berdosa juga adalah satu dosa, namun sejauh mana mujahadah kita melawan nafsu dan syaitan.

InshaAllah, sama-sama kita usahakan untuk jadi yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails