BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


22 Dis 2010

3 benda ikut mayat ke kubur

Tak tahu kenapa 2 3 hari ini banyak perkongsian yang saya lepaskan dari draft artikel saya. Barangkali sudah terlalu lama ianya disimpan di sini sehingga tidak tahu mana satu yang harus didahulukan. Lebih baik lepaskan saja apa yang ada sebelum bertambah serabut untuk siarkan artikel yang mana satu dulu.

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang akan mengikut kita ke kubur. Ianya merupakan kupasan dari hadith baginda Rasulullah SAW untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita lebih sedar dan ingat tentang mati. Maaf sebab saya lupa matan hadith ini. Mohon sesiapa yang tahu, share kt sini.

3 perkara yang akan ikut kita ke kubur, 2 darinya akan pulang semula dan satu daripadanya akan tinggal bersama-sama kita dan menemani kita.


Pertama yang akan mengiringi kita ke kubur adalah ahli keluarga kita. Seramai mana ahli keluarga, saudara mara pasti akan ikut turut jenazah ke kubur samada jauh atau dekat. Yang dekat awal lagi sampai sedang yang jauh ditunggu juga walaupun kalau dia tak balik pun tak apa. Perlu diingat, seeloknya usahlah tunggu kalau lambat lagi dia nak sampai sebab menyeksakan mayat. Masa hidup patut berjumpa dan berkasih sayang, bukan bila mati baru nak tunjuk muka. Untuk apa tengok kali terakhir? Kalau untuk menunjukkan kasih kepadanya, lebih baik biarkan dia diuruskan secepat mungkin.


Saya sendiri sewaktu pemergian adinda awal tahun yang lepas. Saya tiada di sisi allayarhamah dan saya meminta bonda teruskan pengebumian tanpa menunggu saya kerana bimbang terlewat. Lega melihat diuruskan dengan cepat walaupun hati sedih tidak dapat melihat buat kali terakhir. Allayarhamah meninggal jam 5.30 pagi di hospital dan selepas siap semua urusan, bawa balik dan dapat ditanam jam 10 pagi.


Kedua adalah harta. Ya, harta juga ikut sama ke kubur samada kereta atau motor akan turut ke kubur tapi sudah pasti bukan si mati yang bawa tapi orang lain. Jika si mati adalah orang besar dan berpangkat, pasti pingat-pingat turut diarak dan dibawa ke kuburan. Penuh istiadat dan pelbagai upacara mengikut status dan kedudukan dalam masyarakat.


Ketiga sudah pasti amalan kita. Samada amalan pergi bersama jenazah kita mahupun ianya berada dalam fikiran orang yang mengiringi jenazah kita.


Samada "mujurlah dia ni mati cepat, kalau tak habis susah satu kampung" atau "alangkah ruginya umat ini bila sudah tiada lagi orang sepertinya di dunia ini",  bergantung kepada amalan kita. Ya, lihat dan nilailah amalan kita sendiri samada kematian kita menjadi kegembiraan atau kesedihan orang sekeliling.


Daripada 3 benda ini iaitu ahli, harta dan amalan, 2 daripadanya akan pulang kembali ke rumah iaitu ahli dan harta. Sayang macamana sekalipun isteri kepada suami, tetap akan pulang juga selepas siap tanam. Sekasih mana seorang suami kepada isteri, sudah pasti tidak akan ditanam bersama. Secinta mana seorang ibu kepada anak, tidak juga dikambus bersama. Semuanya akan balik. Begitu juga harta benda juga akan dibawa balik untuk digunakan oleh orang yang hidup atau dibahagi-bahagikan sesama waris. Yang tinggal hanyalah amalan yang akan menjadi penentu untung nasib kita di dalam kubur.


Jadi, bagaimana kita? Bagaimana peneman kita dikubur nanti. Sudah dibuat persiapankah? Ahli dan harta akan kembali ke rumah, tetapi itulah yang lebih kita beri perhatian berbanding amalan yang akan tinggal bersama kita. Wahai diri, ingatlah.

11 ulasan:

LadyBird berkata...

Bilakah kita akan dipanggil ke sana.. :( huhuhuhu

cukupkah amalan kita untuk membantu kita di sana? :(

Pemerhati Kehidupan Dunia berkata...

banyak2kanlah mengingati mati wahai diriku yang mudah lupa... Sy suka artikel sebegini, mengingatkn sy kala alpa urusan dunia...

Pemerhati Kehidupan Dunia berkata...

banyak2kanlah mengingati mati wahai diriku yang mudah lupa... Sy suka artikel sebegini, mengingatkn sy kala alpa urusan dunia...

BaiTiL a'tiQa berkata...

Maut itu pasti, hidup itu Insyaallah....

"Beribadat seolah2 esok kita akan mati"

aisyahHumaira berkata...

Assalamu'alaikum..

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini, adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Na'uzubillah..

Jazakallah atas perkongsian dari ya Al-Muallim

Al - Mu'allim berkata...

LadyBird

Bila-bila giliran kita. Persiapkan amalan kita untuk menghadapinya

Al - Mu'allim berkata...

Pemerhati Kehidupan Dunia,

Alhamdulillah, moga ianya dapat membantu kita meningkat amalan dan memperbaiki diri kita ke arah lebih baik.

sama-sama saling mengingati

Al - Mu'allim berkata...

Baitil a'tiQa,

InshaAllah, tiada lagi dosa berterusan jika kita berfikir begitu.

Al - Mu'allim berkata...

Afwan ustazah humaira.

sama-sama kita meningkatkan amalan ketaqwaan kita kepada Allah. moga segala perkongsian ilmu ini juga dapat membantu kita di sana.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Apa yang penting bagi umat Islam ialah perbanyakkan amalan yang diredhai Allah sebagai bekalan ke alam yang kekal abadi.

TQ

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam Admin P@P

Benar. hanya amalan yang akan menjadi bekalan hidup kita di sana nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails