Malam itu aku denganMu,
Mencari Kasih abadi,
Yang dapat menyinariku sepanjang hidup,
Yang dapat menawar segala lara,
Yang bisa menggembira dan menenangkan hatiku,
Sekian lama ku lupakan diriMu,
Tapi aku juga lemah,
Tak layak rasanya untuk memilikiMu,
Namun, tanpa diriMu
Aku tak mungkin dapat hidup
Kau yang beri cinta ini,
Kau yang kekalkannya,
Tiba-tiba aku yang robekkannya,
Cukup hanya sekali aku pernah berpaling dariMu,
Biarkan aku denganMu,
Biar aku selalu menemaniMu untuk berbicara,
Biar aku selalu bersamaMu,
Biar semua orang membenciMu,
Asalkan aku bahagia disampingMu,
Cinta..
Jangan pernah tinggalkanku lagi,
Aku tak terdaya tanpaMu,
Menagih kasih suci,
Aku tak ingin mencemarkannya kembali,
Biar cinta mekar di hati,
Biar aku rasai rindu itu,
Biar diriku tenang dengan adanya Kamu,
Kerana ku tahu Kamu merinduku jua,
Abadikanlah cinta ini hingga hujung nyawa
di akhir sana...
Nukilan : Ijlal Hariri
Puisi ini saya ambil di blog penulisnya. Kelihatan seperti tiada tajuk, jadi saya tinggalkan puisi indah ini tanpa tajuk juga. Adapun tajuk entry ini hanyalah rekaan saya sahaja walaupun dilihat seperti tajuk puisi. Sungguh sayu dan sebak membacanya menyebabkan saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabt sekalian. Amat terasa sekali membaca puisi ini. Seperti saya katakan sebelum ini, saya minat puisi walaupun tidak pandai mengarang. mungkin kelebihan saya bukan di sini.
Membaca rangkap kedua benar-benar membuat saya malu pada Allah. Kita sentiasa mengaku mencintai Allah namun seringkali kita merosakkan cinta itu dengan dosa dan maksiat kepada-Nya. Kalau pun tidak tahu malu kepada Allah, malulah kepada diri sendiri.
Tahniah dan terima kasih kepada penulis puisi. Moga kita semua mendapat pengajaran dari tulisan ini.
2 ulasan:
mmg indah kata2 puisi ini...seperti saudara, sy pun minat puisi, ttpi tiada bkt dlm seni pnulisan...
Mungkin SDS boleh cuba menulis dan sama-sama kita menilainya :)
Catat Ulasan