BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


10 Dis 2010

Kau yang bernama lelaki


Kau yang bernama lelaki
Seandainya suatu hari nanti
Melayari bahtera kehidupan
Takdirnya kita bersama
Usahlah diimpikan selaut sutera keindahan
Juga usah kau harapkan
kasih menggunung tanpa puncak
Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
Bukan 'Aishah
Juga tidak mencapai taraf Sumaiyyah Hafsyah
Wanita suci lagi terpuji

Kau yang bernama lelaki
Mengertilah dan waras keislaman
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang masih cuba bertahan
Dalam mengharungi dunia
yang palsu lagi menjijikan
Dan kemampuan diri yang tinggal sekurun cuma

Kau yang bernama lelaki
Demi keranaNya semata-mata
Tak kutagihkan apa-apa darimu
Cuma kupohon sebuah pengertian
Kesetiaan dan kasih sayang yang abadi
Bahawa aku adalah amanah buatmu
Seandainya tertulis di suratan azali
Yang kita akan bersama


Saya tidak tahu kenapa saya sukakan puisi ini. Sudah pasti ia bukan nukilan saya kerana dari puisi kita dapat tahu ianya ditulis oleh wanita. Yang lebih pasti ia bukan ditujukan khas kepada saya oleh penulisnya kerana saya tidak mengenali pemilihnya apalagi puisi ini saya jumpa di lembah maya ini tanpa sebarang nama pemiliknya.

Saya gemar membaca puisi walaupun saya tidak pandai menukilkannya. Bukan tidak pernah mencuba, tetapi kesudahannya pasti saya akan malu sendiri apabila membacanya semula. Walaupun ada sahabat 'memuji' nya namun saya melihat 'pujian' itu hanyalah sebagai 'nak ambik hati'. Mungkin.
Puisi memang menarik kerana ia menyampaikan sesuatu maksud secara tersirat tetapi mendalam. Bukan senang mengarang puisi, kerana itulah saya amat kagum dan 'jeles' kepada orang yang pandai mengarang puisi. Lepas ini saya bercadang untuk berkongsi puisi-puisi yang menarik untuk dikongsi di blog ini.

Saya agak terpukul denga puisi ini. Wahai wanita, lelaki tidak mencari kesempurnaan kerana kami juga mempunyai kekurangan, akan tetapi kami mencari wanita yang mampu melengkapi kekurangan kami itu. Kasih, sayang dan cinta jika dilakukan kerana Allah PASTI berkekalan sampai ke syurga. Bukan hanya dilafazkan 'kerana Allah' itu tetapi juga dizahirkan 'kerana Allah' itu dengan perbuatan dan tingkah laku.

p/s : Jika pemilik asal puisi ini ada membaca entry ini, mohon maklumkan kepada saya untuk saya kreditkan nama anda di sini. TQ

3 ulasan:

LadyBird berkata...

bagus tul puisi ni :)

cik as berkata...

ya,puisi memang menarik..:)

Al - Mu'allim berkata...

Ladybird dan cik as.

ya, memang menarik dan bgus puisi ini. Siapalah agaknya penulisnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails