BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


22 Dis 2010

Ajaibnya sedekah

Ni sambung dari artikel yang lepas. Pada mulanya saya ingin mencantumkannya namun kekangan masa menyebabkan saya terpaksa menulis secara berasingan. Apabila kita bercakap tentang sedekah atau pun hadiah, kita akan terbayang harta atau sesuatu milik kita akan berpindah ke tangan orang lain dan kita rugi. Ini kerana harta kita dilihat semakin berkurangan. Ya, sudah pasti kita akan mendapat ganjaran di akhirat nanti, tapi sebelum itu, di dunia lagi kita mendapat berkat darinya.

Jika kita bersedekah, harta yang kita keluarkan itu tidak hanya berhenti terhadap penerimanya sahaja, bahkan dari penerimanya akan berpindah kepada orang lain, seterusnya kepada orang-orang lain dan akhirnya akan kembali kepada kita semula. Ianya seperti satu kitaran bahkan mungkin kita akan mendapat lebih lagi. Harta yang hanya ada pada kita tanpa sedekah, tidak akan bertambah dan bergerak dalam kitaran itu pasti statik saja sifatnya.
Rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita bukan milik kita keseluruhannya. Ianya juga rezeki orang lain yang Allah berikan melalui kita untuk menambahkan pahala kita. Allah boleh berikan rezeki itu terus kepada orang itu, namun Allah memberinya melalui kita untuk memberi manfaat kepada kita. Contohnya apabila kita belanja kawan kita makan, usah kita terlalu bangga dengannya kerana itu memang rezekinya yang Allah berikan kepada kita untuk menambah pahala kita. Begitu juga jika orang belanja kita makan atau beri sesuatu hadiah, jangan cepat ucap terima kasih tetapi dahulukan ucapan itu dengan Alhamdulillah sebelum terima kasih. Allah yang memberi rezeki, namun melalui rakan kita. Saya ada beberapa kisah menarik mengenainya. Mari sama-sama kita hayati :)
Kisah belanja makan

Pernahkah sahabat-sahabat belanja kawan makan dan dibelanja makan oleh kawan? Nampak tak keajaibannya? Pernah tak sahabat-sahabat belanja kawan hanya makanan biasa tetapi dibelanja kawan yang lain makanan yang lebih hebat. Itulah hebatnya jika kita bersifat pemurah. Apabila makan bersama sahabat, saya sangat tidak suka makanan kami dikira asing2. Mesti dimasukkan dalam satu bil, samada dia bayar atau saya bayar itu perkara kedua. Jika beliau tidak mahu membayar saya yang akan bayar.

Saya pernah makan di gerai dengan seorang sahabat dan saya membayarnya, namun keesokan harinya seorang sahabat yang lain mengajak saya makan di restoran yang agak mewah dan beliau membayarnya. Ia seperti satu 'balasan'. Saya mempunyai seorang kawan yang agak berkira. Apabila makan bersama, pasti beliau mahu bayar asing2, saya amat tidak menggemarinya dan saya meminta waiter mengiranya sekaligus, beliau bertanya "siapa nak bayar?"

"biar saya bayar", kata saya. Beliau menganggukkan kepalanya.

Begitulah setiap kali kami bertemu sehingga kali keempat beliau meminta kepada saya untuk membayar. Sehingga ke hari ini apabila kami berjumpa pasti dia yang akan membayar sehingga kadang-kadang saya terpaksa ke kaunter untuk membayar kerana jika menunggu waiter datang pasti dia akan bayar.

Kisah lampu meja

Semasa mengunjungi sahabat di kolej kediaman universiti, beliau memberikan sebuah lampu meja untuk saya belajar kerana saya tinggal di rumah sewa. Kata beliau, ambillah kerana mungkin beliau tidak akan menggunakannya dan saya lebih memerlukan. Selepas beliau keluar kolej tersebut saya jarang menemuinya di bilik, kami lebih banyak bertemu di luar. Lebih kurang 2 tahun kemudian, saya ke biliknya dan mendapati beliau mempunyai lampu meja yang lebih cantik dari yang dihadiahkan kepada saya.

"beli yang baru ke?", saya bertanya dan menambah "lampu hari tu ada lagi kat kawe".

"taklah. ada kawan bilik sebelah bagi. Dia dah nak habis belajar". jawabnya. Subhanallah. Beliau mendapat ganti yang lebih baik.

Kisah Handphone

Adik perempuan saya masih di bangku sekolah menengah dan meminta sebuah handphone dari saya kerana saya mempunyai 2 handphone. Saya menghadiahkan kepadanya kerana menyedari keperluan beliau untuk berhubung dengan sahabat sekolahnya dan menelefon rumah.

Tidak lama kemudian, telefon saya mempunyai masalah, saya berhajat untuk membeli handphone baru. Sewaktu keluar bersama sahabat, saya memaklumkan saya ingin membeli handphone baru dan mengajak beliau bersama saya memilih handphone yang sesuai. Namun beliau mencadangkan saya mengambil telefon beliau saja kerana beliau mempunyai handphone baru yang dihadiahkan oleh adik beliau. Pada mulanya saya menolak, namun beliau tetap memaksa.

Saya terfikir, saya  hanya menghadiahkan kepada adik saya handphone biasa yang hanya mempunyai radio tetapi handphone yang dihadiahkan oleh kawan saya mempunyai kamera, boleh video call, 3G, boleh bluetooth, ada mp3,ada memori kad dan sbg yang jauh lebih canggih dari handphone lama saya. Berganda apa yang saya dapat berbanding apa yang saya beri.

Kisah duit belanja

Sejak bekerja, saya membahagikan duit gaji kepada beberapa bahagian, antara bahagian itu adalah untuk bonda. Saya biasanya pulang ke kampung setiap bulan, adakalanya sebulan lebih dan bahagian bonda saya berikan sebelum saya berangkat kembali ke tempat kerja. Saya lebih suka beri di tangan dan tidak pernah bank-in kepada bonda. Bagi saya beri duit ditangan bonda sendiri mempunyai significant yang tersendiri lebih2 lagi sambil mencium pipi bonda. Saya memberi sekaligus untuk ayahanda, sengaja tidak mahu mengasingkannya supaya jumlah nampak lebih besar :)

Suatu ketika saya terlupa untuk memberikannya kerana agak kalut. takut tertinggal bas, saya tidak sempat draw duit dan menyerahkan kepada bonda sebagaimana biasa. Bonda tidak pernah meminta sebenarnya bahkan selalu juga menolak kerana bonda masih bekerja namun sebagai anak, saya bagi juga. Oleh kerana tidak sempat, saya abaikan saja dan terdetik dihati, "takpelah, peruntukan bonda ni boleh buat beli benda lain". Allah Maha Besar, Tidak sampai seminggu saya kembali ke tempat kerja, motor saya buat hal yang tidak pernah dia buat sebelum ini. setakat, pancit, tukar minyak hitam, tukar plug tu perkara biasa, namun kali ini kerosakan di bahagian engine dan belanja membaiki mencecah ratusan ringgit. huhu, baik bagi pada bonda dari bagi apda pomen. Sejak itu, saya tidak pernah lupa bagi kepada bonda.

Bagi duit pada mak ayah itu berkat. Jangan abaikannya. Begitu juga sedekah-sedekah lain, ianya untuk membersihkan harta kita juga. Banyak lagi kisah menarik untuk dikongsi, namun saya rasa untuk kali ini cukuplah setakat ini. Banyakkan memberi ye.

6 ulasan:

alFaratisyah berkata...

Subhanallah...moga menjadi iktibar buat kita semua.

Al - Mu'allim berkata...

InshaAllah ukhti alfaratisyah.

Jadikan sedekah amalan seharian kita

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalamualaikum...

subahanallah...indahnya bersedekah.
sy turut punya pengalaman..
mmg benar..ajaibnya sedekah:-)
Biarpun hanya sedekahkn senyuman ttp gnjarn akn sedekah itu brlipat kali ganda:-)

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam saudari Noor Azlen.

Benar, mmg berlipat ganda ganjarannya namun manusia tetap tidak mahu mengambil pengajaran.

Apa yang dilihat, apabila memberi, hartanya mengalir kepada orang lain, mereka tidak nampak di sebalik itu. Alangkah singkatnya fikiran mereka.

Eyda berkata...

ASSALAMU'ALAIKUM CIKGU,
Maaf , kalau tak keberatan silalah ke link ini
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14229.msg195383#msg195383

InsyaALLAH , sama-samalah kita membantu.

Al - Mu'allim berkata...

waalaikumussalam Eyda.

Terima kasih.

InshaAllah, sama-sama kita membantu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails