BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


20 Dis 2010

Harta kita bukan hak kita

Harta ni ada beberapa jenis, harta alih atau harta tak alih. Ada harta dalam bentuk wang tunai, aset, liabiliti mahupun kebendaan. Sebut pasal harta, semua mahukan harta sehingga ada yang sanggup mati kerana harta. Harta jika digunakan dengan baik akan menjadi bekalan di akhirat namun jika sebaliknya pasti menjadi bahan bakar api neraka.

Seorang sahabat pernah berkata kepada saya. "hidup di Malaysia ni susah. Yang miskin ditindas, yang kaya dibunuh. Macam kes allayarhamah Sosilawati". Saya hanya diam dan terfikir, mungkin ada benarnya pendapat beliau. Secara mudahnya harta terbahagi kepada 3.

Pertamanya harta yang kita kita makan atau minum. Semua orang makan dan minum dan akhirnya makanan yang dimakan itu akan masuk ke dalam tubuh dan diproses sebelum dikeluarkan menjadi najis. Walaupun sesedap mana pun makanan yang dimakan, tetap yang akan dikeluarkan adalah najis yang tiada sesiapa yang mahu mengaku miliknya atau ingin disimpannya. Jadi, kenapa terlalu ghairah berbangga dengan harta yang akhir kesudahannya, kita sendiri tidak sudi untuk melihatnya.

Kedua adalah harta yang kita simpan yang mana harta-harta itu akhirnya menjadi buruk seperti pakaian dan sebagainya. Pakaian yang cantik yang kita berbangga dengannya suatu hari nanti akan menjadi buruk dan kadang-kadang dijadikan kain mengelap kaki. Ketika itu, mahu kah kita mengakui ia milik kita? Harta yang kita bersusah payah kumpul dan simpannya sebenarnya bukan milik kita tetapi milik waris. Kita mempunyai berpuluh ribu dalam bank mahupun menjejah jutaan ringgit, sebenarnya itu bukan milik kita tetapi milik waris yang menunggu kita mati untu mendapatkan duit itu. Malang sekali jika kita bermati-matian mengumpul harta sehingga mengabaikan agama, kemudian wang yang dikumpul itu menjadi milik orang lain.

Ketiga adalah harta yang kita sedekahkan samada nafkah keluarga, sedekah atau hadiah. Sebenarnya inilah harta kita yang sebenar. Walaupun dilihat seolah-olah harta itu terlepas ke tangan orang lain begitu saja, sebenarnya ia adalah milik kita kerana hanya secara zahir menjadi milik orang lain hakikatnya ia menjadi saham akhirat di sisi ALLAH. Umpama kita ke bank dan masukkan duit, kita dilihat memberikan duit kepada pekerja di kaunter bank, apakah duit kita lenyap begitu saja? Tidak, duit itu tetap milik kita dan kita boleh keluarkan bila tiba masanya. Begitu juga dengan sedekah kita, kita boleh balik duit kita di akhirat nanti.

Bahkan duit yang didermakan boleh berlipat ganda sebanyak 700 kali. Cuba bayangkan, RM 1 kita berikan dibalas dengan RM 700. Satu jumlah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bank di seluruh dunia samada di masa lalu atau masa akan datang. Kalau kita ada RM 1 dalam bank, 7 keturunan pun tidak akan meningkat kepada RM 700 tetapi kenapa kita terlalu berkira?

Cuba kita renungkan kembali, dah berapa banyak duit kita dalam simpanan akhirat kita? Kita hidup ni tak lama, jadi usahlah terlalu kedekut untuk menyumbang kepada tabung akhirat kita. Kadang-kadang di dunia lagi Allah kurniakan kepada kita ganjaran dalam keadaan tidak disangka. Itulah keajaiban sedekah. InshaAllah di artikel akan datang saya akan kongsikan keajaiban sedekah yang diluar pengetahuan kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar.

2 ulasan:

SDS berkata...

sgt bersetuju harta kita, tetapi bukan hak kita...entry yg sgt menarik utk dibincangkan...

Al - Mu'allim berkata...

Ya SDS.

kadang-kala harta boleh menyebabkan permusuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails