BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


4 Dis 2010

Aduhai wanita

Saya ingin berkongsi pengalaman menarik sewaktu bermusafir ke Lembah Klang. Sepatutnya dah tak dikira musafir kerana saya di sana melebihi 3 hari, tapi takpe lah sebab sebelum ke sana saya tidak berhajat untuk tinggal lama. Namun kerana kerinduan kepada sahabat-sahabat, saya panjang tempoh tinggal di sana kepada 10 hari walaupun niat asal hanya untuk ke sana dalam 3 hari sahaja.

Tinggal lebih lama di sana menyebabkan saya lebih masa untuk mengunjungi sahabat-sahabat. Saya memilih untuk menaiki pengangkutan awam walaupun ada motosikal kerana ingin merasai kesusahan rakyat marhein. Paling saya teruja adalah sewaktu menaiki komuter. Bukan saya tidak menaikinya namun inilah kali pertama saya menaikinya selepas pihak KTMB menyediakan koc merah jambu untuk wanita.

Saya memuji langkah KTMB yang begitu prihatin untuk menjaga kehormatan wanita dari dikotori oleh tangan-tangan gatal dan jahat. Saya amat bersetuju untuk diperkenalkan koc ini walaupun pada mulanya ada pihak yang memandang sinis terhadap cadangan yang baik ini. Koc tengah yang ditetapkan untuk wanita memudahkan mereka menunggu di ruangan wanita. Saya pada mulanya menunggu di ruangan itu juga namun baru saya sedar adanya papan tanda yang meyatakan tempat menunggu wanita. Nasib baik ketika itu orang masih tidak ramai.


Lama juga saya menunggu train yang lewat kerana masalah teknikal. Kelewatan train menyebabkan ramai yang menunggu. Apa yang mengejutkan saya, bila train datang, tidak ramai wanita yang memanfaatkan ruangan koc tengah tersebut. Mereka lebih memilih koc yang berdekatan dengan mereka walaupun berkali-kali pengumuman mengkhaskan koc tengah untuk wanita.

Sayang sekali mereka tidak mengambil kesemptan yang disediakan oleh KTMB. Mungkin alasan mereka koc tengah itu sesak, tapi apakah mereka lebih sanggup bersesak dengan lelaki di koc lain berbanding bersesak sesama mereka di koc tengah? Saya yang naik agak lambat melihat koc tersebut lebih menjadi tumpuan non-Muslim. Sebaliknya yang Mulimah lebih selesa beratur di koc lain. Saya akui ada juga Muslimah yang beratur di koc tengah.


Apapun saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada KTMB atas usaha murni  mereka dan berharap usaha ini dapat diteruskan oleh RapidKL. Oleh itu, para wanita diharapkan dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada KTMB dan RapidKL untuk menunjukkan bahawa anda MEMANG MEMERLUKAN koc wanita dan bas khas wanita itu.

Sebelum ini banyak aduan kononnya koc tengah dicerobohi lelaki lebih-lebih lagi lelaki warga asing, jangan hanya salahkan mereka jika anda sendiri yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan. Iklan kemudahan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda lebih-lebih lagi yang tinggal di Lembah Klang.

Moga mereka terselamat dari tangan-tangan jahat yang suka mengambil kesempatan.
 

4 ulasan:

alFaratisyah berkata...

~mungkin inilah antara natijahnya bila yang biasa menjadi luar biasa, yang luar biasa menjadi biasa...Islam sgt menjaga batas pergaulan antara lelaki & perempuan..namun mungkin kerana sudah lama disuntik dgn 'ghawzul fikr'...maka ikhtilat antara lelai & perempuan dipandang enteng & sepi.

~YA ALLAH..berikan kami hidayah-Mu,kuatkan kami...agar seluruh manusia kembali sujud pada-Mu

Al - Mu'allim berkata...

~ Benar apa yang ukhti alfaratisyah nyatakan. Barangkali sudah terlalu biasa, ia tidak lagi dilihat sesuatu yang pelik.

sebagaimana tidak semua wanita perlukan koc dan bas wanita, tidak semua lelaki juga mahupun koc yang bersesak dgn perempuan apalagi yang seksi2. Saya bersetuju jika ada yang ingin mencadangkan rapid bas for man.

~ Ameen. Moga doa ini dimakbulkan Allah.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sudah ada kemajuan dalam merealisasikan undang-undang dan peraturan agama.

TQ

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam

Alhamdulillah. Moga Islam akan kembali subur di dalam negara kita.

Ameen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails