Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah, mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu.Tapi pasti ada hikmahnya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah. Untung", begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada suatu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib Tok.Baru dapat nikmat,sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok penghulu tersenyum dan berkata: "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."
Tidak lama kemudian,kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka terkenal zalim dan tidak berkeperimanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan!Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!", arah ketua tentera.
Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!", kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."
SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah : ayat 216)
Sumber : SOLUSI ISU#19..(M/S 108)
**Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini. Things happen for reasons. InshaAllah, sama-sama muhasabah diri dan bersangka baik pada Allah.
