BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


30 Sep 2011

Cikgu dan tuisyen : Dilema saya

Ini sebenarnya sambungan dari post sebelum ini cumanya ia berkaitan dengan saya.
Ada 2 situasi yang saya hadapi dan jika ada cadangan mohon dinyatakan.
  Kelas Tuisyen Subjek UPSR di Rumah
Situasi 1

Saya sebenarnya tidak berasa suka mengajar tuisyen. Pernah juga diminta mengajar di pusat tuisyen namun saya menolak kerana mahukan waktu untuk diri sendiri. Namun kini saya diminta oleh seorang bapa dan ibu untuk mengajar anaknya. Anaknya sering saya temui di surau, walaupun tidak mengajarnya di skolah, namun sering kali bertemu menyebab dia sering berbual dengan saya. Dia adalah orang yang sama seperti saya ceritakan di sini.

"cikgu, ayah saya minta no telefon cikgu", katanya sewaktu saya mahu pulang dari skolah.

"kenapa?", saya bertanya.

"ayah saya berharap cikgu dapat ajar saya tuisyen", katanya. 

"erm... subjek apa kamu nak cikgu ajar sebenarnya", saya bertanya soalan yang sama dengan dulu.

"math, sains, english. boleh cikgu? Ayah nak tanya berapa cikgu kenakan untuk satu subjek", jawabnya.

"Banyaknya... susah juga ni. math saja ok x?", tanya saya.

"nnti saya bgtau ayah saya. cikgu bagi no telefon cikgu dulu", mintanya lagi.

Saya memberikan no telefon padanya dan berlalu pergi. Sekarang saya sedang memikirkan berapakah yang patut saya kenakan kepadanya. Saya tidak tahu rate yang berpatutan untuk negeri. Ingin diletakkan harga, risau jadi mahal pula.
Situasi 2

Situasi 2 ini tidak jauh bezanya dengan situasi 1. Namun bezanya ia melibatkan pengajian al-quran. Saya diminta oleh seorang pelajar untuk mengajarkan al-quran dan membantunya menghafal al-quran. Selepas beberapa kelas, rakan beliau turut ingin turut serta dan sewaktu kelas berikutnya rakannya itu turut membawa seorang adiknya menjadikan 3 orang. Saya tidak berdaya untuk menolak walaupun agak keberatan kerana tidak dapat memberi tumpuan secara total kepada setiap orang. Namun saya berharap jumlah ini tidak akan bertambah lagi. Saya mulakan mereka dengan mengajar iqra'.

Yang menjadi masalah apabila mereka bertanya,

"ustaz, mak tanya berapa nak bayar kat ustaz?", tnya salah seorang dari mereka.

"betul tu ustaz, mak saya pun tanya", celah seorang lagi.

sebenarnya ini bukan kali pertama saya ditanya, tetapi jawapan saya sebelum ini bukanlah jawapan yang mereka dan keluarga mereka inginkan. Saya tidak tahu berapakah rate berpatutan untuk negeri.

Saya sebenarnya pernah mengajar al-quran sewaktu di Lembah Klang, dan saya dibayar RM 30/jam. Setiap bulan saya dibayar RM 2++ untuk hanya 2x seminggu @ 8 jam sebulan. Saya tidak mungkin mengenakan jumlah yang sama kerana pada saya sangat mahal untuk mereka jadi saya serba salah untuk menjawab. Jawapan yang dapat saya berikan setakat ini adalah 

"ikut mak kamu la nak bagi berapa"

Namun itu bukanlah jawapan kegemaran mereka dan mereka pasti akan bertanya lagi sehingga saya memberikan jumlahnya. Sungguh saya tidak mampu menjawab. Saya tahu, pasti keluarga mereka juga keberatan andai saya memberikan perkhidmatan percuma. Itulah yang diberitahu oleh salah seorang dari mereka, bahkan saya rasa keluarga mereka juga seperti saya tidak mahu meneka2 jumlah yang sepatutnya mereka berikan kepada saya. Soalan ini pasti akan ditanya lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehingga saya memberi jumlah yang tepat. Namun saya juga tidak tahu dan jawapan saya akan tetap sama. Sepatutnya mereka lebih mengetahui kerana ini tempat mereka.

Ada cadangan?


16 ulasan:

baiTil a'tiQa berkata...

Assalamualaikum,
Kalau saya di tempat ibubapa budak2 tu, saya juga inginkan harga daripada mulut cikgu. Bimbang nilai yang diberi tidak setimpal dengan usaha cikgu.

"Nyatakan bayaran"

(",)

fatim M berkata...

Saya pun selalu ada masalah macam tu..akhirnya sya tolak untuk mengajar mereka. Kekangan masa juga membuatkan tak boleh mengajar tuisyen. Cadangan kalau situasi 1 mungkin boleh kenakan bayaran satu subjek rm30..sbulan 2-3 kali sahaja. Untuk situasi 2,mungkin boleh kenakan 1 jam=RM20. Hanya cadangan,moga Allah pmudahkan urusan cikgu.

Al - Mu'allim berkata...

~fatim M~

Terima kasih atas cadangan. Saya amat menghargainya.

Al - Mu'allim berkata...

~baiTil a'tiQa~

Waalaikumussalam, ukhti.

Tidak pasti mengapa komen ini terperangkap di dalam spam. Baru sedar.

Jika begitu, berapakah bayaran yang perlu ditetapkan? saya serba salah.

Tanpa Nama berkata...

salam... sebelum ini saya hanya memerhati namun terdetik untuk memberi cadangan di atas "dilema" yang saudara hadapi ini. nyatakan bayaran yang saudara inginkan. berapa jumlahnya? hanya saudara yang tahu. sbg cadangan kalau dah susah sgt, hmmmm esk pagi2 bangun dan bayangkan nombor apa yang terbayang di minda =)

Al - Mu'allim berkata...

~Tanpa Nama~

Wassalam.

Terima kasih atas cadangan ini walaupun baru kali ini terdetik untuk memberi respon. Walaupun saya tidak tahu siapakah gerangan pencadang ini, namun saya ucapkan terima kasih atas cadangan ini.

Hanya saya yang tahu?? huhu, kalau saya tahu, tidaklah saya berada dalam dilema ini.

Sebenarnya saya tidaklah mengharap sgt pada bayaran mereka, bahkan jika mereka tidak menanyakan, saya tetap akan mengajarkan mereka dengan senang hati. Mereka ingin mengaji kerana mereka nak, bukan suruhan ibu bapa mereka. Itulah yang mengujakan saya. Namun persoalan ttg bayaran yang menjadi masalah kerana ibu bapa mereka agak 'segan' mengaji percuma. bagaimana tu?

LadyBird berkata...

mak lady guru al-Quran.
Dia akan wat dhek kalau orang tanya sal harga bayaran, sebab dia kata dia ajar bukan untuk diupah..
kebiasaannya org akan bagi makanan contohnya seperti gula, milo, susu, ayam setiap minggu/ bulan. dan ada jugak yg langsung x bagi ape2. tapi mak lady x pernah menghiraukannya sebab dia ajar kerana Allah, tanpa berniat untuk menerima apa-apa balasan.

Tanpa Nama berkata...

segan.... hmmm law camtu saudara tetapkan harga sebulan/seminggu. law rm100 sbln camna? mahal sgt.. rm50 sbln.

Al - Mu'allim berkata...

~LadyBird~

Mungkin saya juga perlu buat dhek jika mereka bertanya lagi. Yup, kadang2 ada juga ibu mereka menghantar makanan kepada kami spt lauk dan kuih yang dibuat oleh mereka.

Tp, tula, tkut mereka akan segan bila terserempak dengan saya.

Al - Mu'allim berkata...

~Tanpa Nama~

RM 100 sebulan saya rasa terlalu mahal. RM 50? Walaupun agak reasonable bahkan ada orang meletak nilai tersebut di blok sebelah, namun saya masih rasa mahal. Sb tu saya serahkan pada mereka jika mereka masih mahu membayar.

Tanpa Nama berkata...

kalau saudara segan untuk mengambil jumlah wang tersebut, tidak salah rasanya jika saudara memanfaatkan wang yang diberi dengan mengadakan majlis tahlil di masjid/surau (walaupun wang tersebut hanya mampu untuk menyediakan teh shj), atau sedekah kat masjid/surau.. jadi saya rasa cara ni dapat membantu dilema saudara

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Untuk situasi 1, saya cadangkan RM20 untuk satu subjek (sekali seminggu). Untuk situasi 2 pula, saya cadangkan berikan secara percuma, dengan syarat mintalah mereka datang apabila Allah memberikan kelapangan waktu bagi cikgu. huhu.. maaflah kalau cadangan saya ni agak tak berapa nak rasional..huhu

Al - Mu'allim berkata...

~Tanpa Nama 12:13~

Terima kasih atas cadangan

Al - Mu'allim berkata...

~Tanpa Nama 12:43~

Alhamdulillah. Satu cadangan yg amat baik pd saya untuk situasi pertama.

Utk situasi ke-2, sbnrnya itulah yg dijanjikan semasa saya menerima permintaan pelajar tersebut. Tidak dibincangkn soal bayaran, tetapi saya sgt tekankan istiqamahnya dlm mengaji sbg prasyaratnya. Setakat ni, mengaji adalah setiap hari kecuali hujung minggu, itupun dia diminta baca sendiri di rumah.

Cadangan Tuan amat rasional. Cuma tu la, apabila bondanya bertanyakan bayaran, itulah yg menjadi masalah =).

Tanpa Nama berkata...

ehem..betul jg kata cikgu tu...huhu.. saya xberada di tempat cikgu jadi mungkin agak payah nak bagi cadangan yang praktikal skit. Rasanya, bila saya berada di tempat cikgu, saya juga mungkin akan mengalami dilema yang sama sebab saya agak lemah skit bab2 duit ni..mcm sensitif ja kn..[realitinya, saya xberani nak bagi tuisyen sebab saya xbrapa pandai nak buat budak (murid) jadi pandai.huhu] :)

Al - Mu'allim berkata...

~Tanpa Nama~

Tak pasti tanpa mana yang mana satu ni, huhu. tapi xpelah.

Yup, duit2 ni sensitif jg, namun kl dah org minta tolong serba salah jg. Bukan kita iklankan, tp org datang cari. Bak kata ustz skolah sy, bayaran tu mungkin juga boleh kita ambil berdasarkan masa kita untuk mereka, bukan hanya pengajaran kita. =)

Tp terpulanglah masing2. Saya ni simpati saja pada mereka, lgpn waktu petang skg ni agak free.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails