Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan sudah sampai ke penghujung. Boleh la merehatkan otak sebentar walaupun ditemani oleh buku-buku latihan murid untuk disemak. Tidak mahu lagi bertangguh seperti tahun lepas supaya kesibukan di sekolah tidak berganda.
Tak lama lagi, bermula lah kelas tambahan. Ini satu lagi 'bonus' untuk cikgu yang mengajar kelas peperiksaan. Moga murid-murid dapat hadir seperti mana mereka hadir ke sekolah. barulah semangat nak mengajar. Ni kalau separuh je hadir, nak mengajar pun rasa tak semangat.
Ada juga tawaran mengajar tuisyen di luar. Aduhai, saya sangat tidak berminat untuk mengajar tuisyen. Terasa bagai menggangu kosentrasi saya untuk dan mengganggu masa saya. Banyak perkara lagi boleh dibuat pada waktu itu. Hurm, namun ada juga yang tidak dapat dielak.

Tahun lepas seorang guru yang minta, tahun ni beliau ingin menyambung lagi. Katanya keputusan matematik anaknya ada peningkatan. Erm, budak tu yang cerdik sebenarnya. Kita 'jong' push je.
Tahun ni ada seorang cikgu yang lain pula minta ajar anaknya Mek Tam. Ingat kan anaknya nama Mek Tam, rupanya ajar Add math. Tak tahu pula orang panggil Mek Tam kat subjek yang saya duk sebut 'ek mek' sejak dari zaman sekolah dulu lagi. Aduhai, bila tolak. Beliau meminta lagi. katanya beliau tak meletakkan harapan tinggi pun pada subjek tu sebab beliau tahu anak beliau macam mana. Memang la tapi kita yang mengajar ni mestila kita nak yang terbaik kan. So, setakat ini terpaksa la bersetuju dulu. Moga akan timbulnya keikhlasan bila waktu nak mula mengajar nanti.
Percayalah ibu-ibu dan bapa-bapa. Sebenarnya tuisyen ni tak perlu pun. Cukup dengan apa yang cikgu ajar kat sekolah dan kelas tambahan yang cikgu buat.

