BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


4 Jan 2013

Tuisyen dan Mek Tam


Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan sudah sampai ke penghujung. Boleh la merehatkan otak sebentar walaupun ditemani oleh buku-buku latihan murid untuk disemak. Tidak mahu lagi bertangguh seperti tahun lepas supaya kesibukan di sekolah tidak berganda.

Tak lama lagi, bermula lah kelas tambahan. Ini satu lagi 'bonus' untuk cikgu yang mengajar kelas peperiksaan. Moga murid-murid dapat hadir seperti mana mereka hadir ke sekolah. barulah semangat nak mengajar. Ni kalau separuh je hadir, nak mengajar pun rasa tak semangat.

Ada juga tawaran mengajar tuisyen di luar. Aduhai, saya sangat tidak berminat untuk mengajar tuisyen. Terasa bagai menggangu kosentrasi saya untuk dan mengganggu masa saya. Banyak perkara lagi boleh dibuat pada waktu itu. Hurm, namun ada juga yang tidak dapat dielak.
Tak dapat elak tu apabila rakan-rakan guru sekolah kita yang meminta kita mengajar anak mereka. Sangat sukar menolak kerana setiap hari kita akan bertemu mereka di sekolah. Rasa malu mata pula kalau mereka bersungguh-sungguh meminta dan kita bersungguh-sungguh menolak.

Tahun lepas seorang guru yang minta, tahun ni beliau ingin menyambung lagi. Katanya keputusan matematik anaknya ada peningkatan. Erm, budak tu yang cerdik sebenarnya. Kita 'jong' push je.

Tahun ni ada seorang cikgu yang lain pula minta ajar anaknya Mek Tam. Ingat kan anaknya nama Mek Tam, rupanya ajar Add math. Tak tahu pula orang panggil Mek Tam kat subjek yang saya duk sebut 'ek mek' sejak dari zaman sekolah dulu lagi. Aduhai, bila tolak. Beliau meminta lagi. katanya beliau tak meletakkan harapan tinggi pun pada subjek tu sebab beliau tahu anak beliau macam mana. Memang la tapi kita yang mengajar ni mestila kita nak yang terbaik kan. So, setakat ini terpaksa la bersetuju dulu. Moga akan timbulnya keikhlasan bila waktu nak mula mengajar nanti.

Percayalah ibu-ibu dan bapa-bapa. Sebenarnya tuisyen ni tak perlu pun. Cukup dengan apa yang cikgu ajar kat sekolah dan kelas tambahan yang cikgu buat.

6 ulasan:

~fam~ berkata...

"Percayalah ibu-ibu dan bapa-bapa. Sebenarnya tuisyen ni tak perlu pun. Cukup dengan apa yang cikgu ajar kat sekolah dan kelas tambahan yang cikgu buat."

bungkuih la tusyen centre kalau semua parents baca blog cikgu kalkulus2012...

keh keh

Cik As berkata...

salam cikgu...:) apa kbr? moga sentiasa dlm lindungan allah taala. Lama dah xbrkunjung ke sini.. :) bila brkunjung ada je post yg bermanfaat dikongsi..:)

Eyda berkata...

Assalamualaikum,

Pernah seorang pengetua (sekarang dah jadi pengetua cemerlang dan dah tukar sekolah lain)
sekolah ana berpendapat yang sama. Kata beliau kelas tambahan (bukan saja tuisyen) pun tak perlu kalau guru-guru dah memberi ‘bekalan’ yang cukup dan sempurna di dalam kelas.
Dan hasilnya pun Alhamdulillah apabila pada tahun tersebut kelas tambahan tak digalakkan.
Namun terpulanglah pada guru-guru dan ibubapa.
Berikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar sekiranya dirasakan perlu.

wALLAHu'alam

Al - Mu'allim berkata...

~fam~

hehe.
pusat tusyen jangan marah ye

Al - Mu'allim berkata...

~Cik As~

Wsalam. Alhamdulillah. sihat
Alhamdulillah jika perkongsian di sini ada manfaatnya

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Tidak dinafikan adakalanya kelas tambahan perlu terutama utk remedial murid lemah.

Namun kadang-kdang kesian juga kat murid. Balik sekolah ada kelas tambahan, pas asar nak buat keje sekolah. Malam kena tusyen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails