![]() |
| gambar dari sini |
Namun, saya tertarik dengan doa keburukan ke atas orang Islam yang didoakan oleh beliau. Beliau mendoakan keburukan ke atas umat Islam kerana merasakan diri beliau teraniaya dalam isu ini. Lalu dibawakan kisah sahabat Saad bin Abi Waqas. Saya tidak mampu mampu berkata-kata.
Cuma saya teringat tentang kata-kata beliau ketika isu doa di stadium tahun lepas. Beliau dengan lantang tidak bersetuju dengan doa keburukan ke atas Muslim lalu mencadangkan doa kebaikan supaya orang itu berubah ke arah lebih baik. Itu lebih hampir kepada sunnah. Doa di stadium dulu sebenarnya bukanlah doa ke atas individu, tapi doa kepada organisasi, namun kini beliau sendiri mendoakan keburukan dan doa yang lebih teruk ke atas individu. Apa sudah jadi ustaz?
Sebab itu lah, bila kita tidak berada di tempatnya, kita sedaplah bercakap. Kita tak kena zalim sedapla kata "tak boleh doa keburukan", "kena doa baik-baik saja". Nah, sekarang apa sudah jadi? Bila kena atas dahi kita, bila kita terasa dizalimi baru kita gelabah cari hadith untuk justifikasikan tindakan kita. Lain kali jangan cakap beso. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga.

2 ulasan:
tak paham. mungkin sebab saya taknak paham. adeh.
~dee~
tak perlu faham pun takpe yang ni. tak masuk exam.
Catat Ulasan