BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


29 Sep 2011

Cikgu dan tuisyen : Edisi perlu ke tuisyen ni?

Zaman sekarang, tuisyen dilihat seperti satu keperluan yang wajib untuk pelajar yang ingin berjaya. Ibu dan bapa berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen sehingga mengabaikan aktiviti ko-kurikulum pada waktu petang. Alasan mereka, anak-anak mereka perlu tuisyen untuk lebih berjaya, lalu dihantar lah ke pusat-pusat tuisyen. tak cukup dengan itu, diberikan juga tuisyen individu bagi memantapkan akademik anak mereka.

Buat Duit Dengan Tuisyen
gambar hiasan
Para pengusaha pusat tuisyen pula giat menubuhkan pusat tuisyen dan cawangan-cawangan mereka dengan mengupah cikgu-cikgu sekolah sebagai pengajar mereka. Permintaan yang tinggi menyebabkan mereka begitu bersemangat walaupun mereka sendiri bukanlah seorang cikgu. Ya, ramai pengusaha tuisyen bukan seorang cikgu, tetapi mereka hanyalah menguruskan pusat tuisyen bagi menyediakan tempat bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari ibu bapa. Mereka mencari mana-mana saja cikgu yang mereka jumpa untuk menjadi pengajar. Ada kawan saya yang baru posting ke suatu tempat, semasa sedang mencari rumah sewa sebelum melapor diri, beliau ditegur oleh seorang 'kakak' dan apabila 'kakak' itu tahu beliau adalah cikgu (wlpun belum ke sekolah) maka ditawarkan untuk mengajar di pusat tuisyen 'kakak'tersebut. Pendek kata, dengan tuisyen kita boleh buat duit.

Sebenarnya bagi saya, tuisyen itu tidak perlu. Para pelajar cukup dengan memberi tumpuan di dalam kelas dan bertanyakan guru jika ada yang tidak difahami. Namun, jika ini berlaku maka gulung tikarlah para pengusaha tuisyen. Kecenderungan para ibu bapa mengejar bilangan A's anak dan ingin bersaing sesama rakan bagi menunjukkan anak mereka lebih hebat merancakkan lagi keinginan untuk menghantar tuisyen.

Sebenarnya saya kasihan melihat anak-anak mereka yang sudahlah kena belajar di sekolah waktu pagi, balik sekolah kena menghadiri kelas tuisyen pula, adakalanya sampai malam. Itu belum diperuntukkan masa untuk membuat kerja sekolah. Bila agaknya mereka dapat bersantai.  

6 ulasan:

CikGu Ma berkata...

mungkin jd trend ibu bapa sekarang, anak2 kena pergi tuisyen kalo nak scre A..tapi zaman saya dulu tak ada pun mcm tu tapi boleh jer score...

Al - Mu'allim berkata...

~CikGu Ma~

Betul andaian cikgu tu. Bilangan A's sangat diagung2kan skg.

Eyda berkata...

Assalamu'alaikum,

Pendapat ikhlas saya ,

Disebabkan mengajar di sekolah pendalaman
dimana 90% ibubapa sebgai petani.
Dari sudut pandangan inilah saya rasa tusyen memang perlu.
Kebetulan kami setiap hari mnjalani tusyen (kelas tambahan) kat sekolah.
Tak berbayar la. (ramai tk mampu nak ke tusyen brbayar).
Memberi penekanan pd matapelajran kritikal.
Kelemahan mereka dalam mtapelajaran tersebut mmg tinggi.


Pelajar2 ini mmg perlu sgt bimbingan dari guru.
Masalah persekitaran jg merupakan faktor di atas keperluan itu.
Bila ditanya "Kamu, petang2 buat apa kat rumah"
Banyak yg jwp " tolong ayah pi bendang"
Ada yang kata " tak buat apa"
"tak baca buku ka?"
lantas diam. Jadi kita fahamlah .

Betul tak semua mcm tu
Jadi bila buat kelas tambahan
Mahu ke tidak mereka datang juga.
Siap ugut lagi "Tak datang saya denda atau jumpa pengetua!"
(sayala ugut tuh :))
Walaupun terpaksa, mereka dtng juga.
Dapat juga belajr dr buang masa tak tentu hala.
Tambah2 nk PMR ni.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas pandangan ikhlas tersebut. Beruntung benar pelajar cikgu dapat seorang guru yang berdedikasi seperti ini.

Sebenarnya pada saya mereka masih tidak nampak kepentingan pelajaran itu. Itulah yang menyebabkan mereka seolah-olah terpaksa untuk datang. Alangkah seronoknya mengajar di sekolah pedalaman. Walaupun dari segi pelajaran mereka agak lemah, namun rasa hormat kepada cikgu itu tinggi.

Apapun, teruskan iltizam cikgu untuk terus mengajar dan berbakti kepada mereka.

LadyBird berkata...

waalaikumusalam cikgu.. terima kasih kerana sudi ke teratak picisan lady..

berkaitan dengan air liur anjing dan babi, mengiut kajian, air liur haiwan ini mengandungi bakteria/ virus/ parasit yang merbahaya kepada sistem tubuh kita. dan ia hanya mampu dibunuh dengan menggunakan air tanah. Allahua'lam.

p/s : maaf, saya letakkan jawapan saya di sini. berkaitan dengan tuisyen poerlu ke tidak untuk pelajar.. bagi saya tidak perlu. belajar di sekolah sudah mencukupi andai pelajar betul2 fokus.

Al - Mu'allim berkata...

~LadyBird~

Terima kasih atas jawapan tersebut sehingga bersusah payah datang menjawabnya di 'rumah saya' ini.

Terima kasih juga atas pandangan isu tuisyen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails