
Apakah amal kita sepanjang ramadhan yang lalu masih kita amalkan sehingga sekarang? Apakah perbuatan dosa kita sebelum ramdhan masih kita teruskan selepas sebulan kita bercuti? Apakah nafsu yang kita tundukkan sepanjang ramadhan lalu kembali mengawal diri kita menjelangnya takbir syawal? Jawapan itu ada pada diri kita sendiri.
Saya teringat cerita 2 orang sahabiyah tentang jodoh. Salah seorangnya saya kenali sewaktu membantu seorang ahli Parliman PAS mengadakan program. Ini kisah sewaktu saya menjadi pegawai kerajaan dan belum menjadi cikgu. Kebetulan beliau juga membantu dalam program tersebut. Beliau boleh saya kategorikan sebagai muslimah yang cantik dan solehah dari segi penampilan dan sifat malu yang agak tinggi. Namun jodoh beliau hanya beliau temukan usai program tersebut di mana suami beliau meng'approch' beliau melalui orang tengah selepas program tersebut.
Kata beliau, itulah lelaki pertama yang meng'approach' beliau dan beliau menerimanya kerana berasa sudah sesuai untuk berkahwin. Sebelum ini beliau tidak pernah ada hubungan dengan mana-mana muslimin dan beliau tidak pernah runsing memikirkan tentang jodoh kerana yakin ianya rahsia Allah. Lihat, begitu mudah beliau menemui jodoh apabila tiba masanya tanpa perlu runsing mahupun menjalani hidup berkapel.
Kisah kedua tentang rakan guru, beliau beberapa tahun lebih tua dari saya dan baru saja melangsungkan perkahwinan tahun ini. Ketika beliau menceritakan kisah perkenalan mereka kepada seorang guru yang lain, saya kebetulan turut ada di situ. Menurut beliau, lelaki itu dikenali beliau sewaktu lelaki itu hadir ke rumah beliau untuk kenduri. Beliau diperkenalkan oleh seorang kawan perempuan beliau yang lain kepada lelaki tersebut.
Setelah berkahwin, barulah beliau tahu bahawa lelaki tersebut adalah kawan sekolah beliau 10 tahun dahulu di mana mereka belajar di kelas bersebelahan tetapi masing-masing tidak mengenali satu sama lain. Walaupun satu sekolah, namun mereka tidak dipertemukan dan masing-masing tidak tahu itu adalah jodoh mereka sehingga 10 tahun kemudian. Itulah rahsia Allah yang akan kita ketahui apabila tiba masanya. Justeru, usah bertanya 'mana jodoh saya?' atau dengan kata perkataan lain 'bila nak kawin?'
14 ulasan:
benar..semuanya rahsia Allah...
Salam Aidilfitri,
Moga dipertemukan dengan jodoh yang baik...
Ermmm....
mungkin 'dia' tanya bila nak kawin tu bcoz xde soalan da kot?
(^-^)y
Jodoh, rahsia daripada rahsia dalam khazanah Allah...
assalammualaikum
rahsia ALLAH..tiba masanya akn "terbongkar" jua..
Jwpnku tntg p'kahwinan
Knp lmbt?
= Krn Allah tahu ms yg t'baik utkku
Dah b'punya? = Ya.. krn setiap org telah ditetapkan jodoh masing²
Siapa? = Nanti Allah akn p'kenalkan kpdku...
Bila? = Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti...
alhamdulillah,bagus perkongsian ini.
teruskan menulis dan menyebarkan keindahan islam krn-NYA.
dan trm ksh atas kunjungan saudara ke laman saya.
insan yg berusaha menjadi mua'llim,murobbi; adlh hrpn bangsa dan agama. allahu 'alam.
~fatim M~
Terima kasih atas kunjungan dan komentarnya.
~Rumah Tua~
Ameen. Jazakillahu khairan atas doanya. Saya sangat menghargainya.
Mungkin juga tiada soalan yg menyebabkan mereka bertanya demikian.
~NooR AzLen BinTi HaRoN~
waalaikumussalam.
InshaAllah. Jika tidak di dunia, di akhirat itu pasti.
~nadhirah~
Jawapan yang sangat tepat. terima kasih atas perkongsiannya.
~MUJTAHIDAH SOLEHAH~
Afwan jiddan.
InshaAllah, sama-sama terus menulis dan berkongsi untuk kebaikan semua.
Assalamualaikum..
Perkongsian yang baik. Dengar juga bahawa JODOH untuk kita sebenarnya yang DEKAT dgn kita.
Mudah2han dikurniakan JODOH yang baik dan ketentuannya adalah dari Allah S.W.T.
~Tulip Anggerik Ungu~
Waalaikumussalam...
Ameen. Moga kita semua mendapat yang terbaik untuk diri kita.
iye benar tu "jodoh" adalah rahsia allah..
"jangan letak tanda soal,dimana allah telah letak tanda titik noktah"
syuqran jazilan atas perkongsian yg amat bermanfaat itu ya :)
~EJA~
Afwan jiddan.
Moga kita semua beroleh manfaat.
Catat Ulasan