1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.
3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.
4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.
5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.
6. Jadilah cili
Semakin tua semakin pedas.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.
--Perkongsian dari email--









4 ulasan:
assalammualaikum
perkongsian yg mnarik..cerita di sebalik kewujudannya..]
mohon izin utk share ya akhi..
Assalamu'alaikum cikgu,
Dalam menanti bersinarnya Syawal dalam percutian ini , berjarak dari kerja2 yang memenatkan disekolah , berkesempatan saya utk mengintai blog cikgu .
Menarik bila membaca tentang falsafah buah-buahan.
Izinkan saya menambah
Jadilah seperti buah manggis
Walau kulitnya hitam
Isinya putih bersih lagi manis
InsyaALLAH semoga hati kita sentiasa bersih (Qolbun Salim) , redho dan ikhlas
~NooR AzLen BinTi HaRoN~
Waalaikumussalam,ukhti.
Silakan.
~Eyda~
Waalaikumussalam.
Terima kasih atas tambahan perkongsian tersebut.
Moga mendapat sesuatu yang bermanfaat semasa berkunjung ke sini.
Catat Ulasan