BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


14 Sep 2011

Law Ka Na Bainana?

Saya rasa setiap orang pasti pernah mendengar tentang rancangan yang sangat menarik ini. Sebelum ditayangkan secara harian sewaktu di bulan ramadhan yang lalu, saya hanya tahu rancangan ini melalui video seorang muslimah yang berpurdah menangis bila ditanya andai Rasulullah SAW ada bersama beliau, apakah yang beliau akan cakap kepada Rasulullah SAW. Subhanallah, begitu tinggi ingatan beliau kepada Nabi SAW sehingga menitis air mata apabila diajukan soalan seperti itu. Kita bagaimana?
Salah satu slot di dalam rancangan ini adalah mencipta satu situasi dan melihat bagaimana umat berhadapan dengan situasi tersebut samada mengamalkan ajaran baginda ataupun tidak. Cthnya ; seorang makcik menjatuhkan beg duit, lalu dilihat apakah yang menjumpai beg tersebut mengambil atau memulangkannya. Apakah seseorang itu akan mengucapkan salam apabila bertemu dan apakah akan mengalihkan halangan yang ada di jalanan.

Terima kasih kepada TV alHijrah kerana menayangkan rancangan ini sepanjang bulan ramadhan sewaktu sahur. Boleh juga menjadi tontonan masyarakat sambil menikmati juadah sahur. Dan sekarang Tv alHijrah meneruskan siaran ini untuk musim ke 2 pada setiap hari ahad jam 9.00 malam.

Apa yang menarik tentang rancangan ini adalah, ia tidak membawa kita kembali ke zaman Rasulullah SAW seperti kebiasaannya tetapi ia membawa Rasulullah ke zaman sekarang di mana andai Rasulullah SAW ada bersama kita, apakah perasaan baginda melihat umat di zaman ini. Itulah kelainan yang cuba di bawa.

Saya tertarik dengan pandangan seorang tokoh yang ditemubual di dalam rancangan tersebut yang merupakan salah seorang pencetus kepada rancangan ini, kata beliau kita tidak seharusnya berasa tidak layak berasa Rasulullah SAW dan para sahabat di akhirat nanti tetapi kita patut berdoa dan berusaha dengan meningkatkan amal ketaqwaan kita supaya akan bersama-bersama baginda Rasulullah SAW di akhirat nanti.

Kadang-kadang saya sendiri berasa pelik dengan orang yang sangat merendah diri sehingga berasa tidak layak untuk berdampingan dengan orang yang soleh. Seorang sahabat saya mengatakan seorang muslimah 'keberatan' untuk menerima beliau kerana kesolehan beliau dan berasa tidak layak bersama beliau. Padahal bagi saya, jika berasa diri mereka kurang beragama, itulah masa untuk meningkatkan agama. Bahkan jika rasa tidak layak itu kerana kurangnya amalan, tingkatkanlah amalan kita.

3 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

sebelum ini,mndgr coretan mgenai program ini oleh sahabat2 bloggers yg mncoretkn ttg program yg menarik ini..teringin juga ingin tonton rncgn ini.Namun sehingga sekarang d Muar masih belum mndpt liputan tv alHijrah.

tapi pnh dgr lagu rncgn ini..pnh mksd yg mnyentuh hati..

Eyda berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Kalaulah Rasulullah bersama kita kini...............

Macam tak terjawab.
Membaca pernyataan itupun hati rasa sayu.
Terus tercari video yg diperkatakan
Alhamdulillah dpat menonton,

Itulah...kalau benar , diri terlalu merindui kekasih ALLAH
Akan terasa satu macam perasaan yg tak terungkap dek kata-kata.

Masih tercari-cari dimana diri ini

Namun yang pasti ..
Rasulullah masih bersama kita .
melalui sunnah baginda....
Itulah Cahaya Petunjuk jalan

ps. Perah dengar mengenai rcngan Al Hijrah tapi tak pernah tengok sbb tak ada Astro... ",)

Al - Mu'allim berkata...

~Noor Azleen dan eyda~

Terima kasih atas komentar. Saya bekerja di Penang dan berasal dari negeri Kelantan. Kedua negeri ini juga tidak mendapat liputan alHijrah TV. Saya juga bukan pelanggan astro.

Saya menonton melalui webtv alhijrah yang boleh ditonton di laman web tv hijrah itu sendiri. Ukhti berdua juga boleh menonton melaluinya jika menggunakan streamyx mahupun unifi.

Namun, jika menggunakan broadband saya tidak menggalakkan kerana pasti penggunaan bandwith akan meningkat dan seterusnya line akan menjadi sangat perlahan.

just my opinion :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails