BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


28 Sep 2011

Iklan KPLI-SR j-QAF 2012 dan beberapa nasihat

Bermula semalam, permohonan online untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF telah dibuka. Saya mengalu-alukan permohonan sahabat-sahabat yang berminat dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk memasuki bidang perguruan ini.

Iklan ini hanyalah untuk KPLI j-QAF mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan bukan untuk KPLI yang biasa. Jadi, hanya bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas j-QAF sahaja yang ditawarkan. Untuk bidang-bidang akademik yang lain, saya difahamkan iklan untuk ambilan pada tahun depan tiada bagi memberi peluang kepada guru-guru GSTT yang diberikan tempat baru-baru ini. Mereka akan memasuki IPG selama setahun setengah bagi melengkapkan kelayakan ikhtisas sebelum bergelar guru GST. Wallahu a'lam, saya tidak dapat mengesahkan perkara ini kerana banyak versi yang didengar tentang ini.

Ingin saya ulangi nasihat yang mungkin berguna mungkin tidak. Janganlah memohon jika tiada minat mahupun memohon hanya kerana tiada pekerjaan yang baik kerana ianya pasti akan menyusahkan anda nanti. Menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru j-qaf tidak mudah apalagi perangai murid sekarang tidak seperti dulu.

Jika anda benar-benar berminat, tunjukkan minat itu kepada Ilahi dengan berdoa sesungguhnya untuk mendapat tempat pada ambilan kali ini JIKA IANYA TERBAIK UNTUK ANDA. Tiada guna anda dapat, namun ia bukanlah terbaik untuk anda. Ada yang mengeluh, berkali2 minta tetapi tidak dapat dan bila diajukan pertanyaan, berapa kali bangun malam memohon doa kepadaNya, berapa kali solat dhuha bagi memperoleh rezeki ini, berapa kali anda berdoa dalam sujud memohon pertolongan Allah, berapa kali berdoa dalam sehari moga diberi tempat ini, tiada jawapan lain melainkan senyuman tawar. Ya, inilah yang perbezaan antara calon2 yang memohon. Semua yang mengisi borang mempunyai peluang yang sama, yang membezakan antara mereka adalah paling hampir dan kerap serta rajin memohon doa dari Ilahi.

Apapun, keistimewaan guru j-QAF adalah pahala yang sentiasa mengalir apabila seorang murid itu berjaya membaca al-quran hasil didikan ustaz/ah. Masih terlalu awal untuk saya berikan tips mengikuti temuduga kpli atau lebih tepat lagi pengalaman saya dulu. Walaupun mode pengajian yang berbeza, namun pelaksanaannya tidak lari jauh. boleh juga dibaca untuk menambah pengetahuan.

wallahu a'lam.

4 ulasan:

CikGu Ma berkata...

assalamuailaikum...salam ukhwah..cikgu terserempak dgn saya di FB...saya plak terpandang blog cikgu (",)

sedikit komen saya tentang kata2 cikgu, "jangan buat permohonan kerana tiada pekerjan lain"..betol juga, ada dikalangan kawan2 saya apply sebab tak tahu nak keje ape lagi dah...(hanya menilai secara pandangan kasar) rasanya orang2 yg mcm ni telah menutup sebahagian jalan / peluang orang yg benar2 layak atau minat menjadi pendidik walaupun pemberi rezeki mutlak adalah Allah Ta'ala...wallhua'lam

MUHAMMAD SUKRI SUPI berkata...

asssalamualaikum wr. wbt..

perkomgsian yg bermanafaat.insya Allah ambo ingin gunakan pengalaman tuan blog sebagai pnduan ambo apply jqaf..dua tahun menunggu harap2 rezki ada dlm bdg agama ini.

Betul nasihat tuan, kita perlu betulkan niat kita utk apply jqaf kerna bidang tsebut adalah utk mendidik anak2 murid dgn didikan agama dan ilmu ukhrawi disamping niat yang ikhlas para pengajarnya..insya Allah..

*doakan ambo agar ado rezki dlm jqaf kali nie (",)

Al - Mu'allim berkata...

~CikGu Ma~

Waalaikumussalam.Salam Ukhuwwah.

Terima kasih atas komentar cikgu. Mungkin betul apa yang cikgu katakan itu. Apapun, Allah lebih tahu yang terbaik untuk mereka. Barangkali Allah rindukan suara mereka untuk terus berdoa dan terus berdoa.

Wallahu a'lam

Al - Mu'allim berkata...

~MUHAMMAD SUKRI SUPI~

Waalaikumussalam, syeikh.

Alhamdulillah, moga bulih wi manfaat ko demo gapo hok kawe tulih nih.

InshaAllah. kawe harap demo buleh kali ni. Banyok2 kan doa terutama di waktu mustajab doa spt sblm subuh, semasa hujan, semasa imam duduk antara 2 khutbah, selesai solat, semasa dalam sujud.

Sama2 kita bbetul niat masing-masing. InshaAllah.

Jazakallahu khairan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails