BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


12 Sep 2011

Apabila student tahu rumah cikgu...

Lama rasanya tidak berkongsi kisah hidup sebagai seorang cikgu. Banyak perkara yang berlaku sebenarnya tetapi tidak sempat untuk dikongsikan kerana tiada mood yang sesuai untuk menulis. Nak kata takda masa, memang tipu la sebab masa untuk fb ada je, masa untuk baca paper ada je, cuma masa untuk menonton tv hampir tiada kerana sudah tidak berminat untuk menonton tv.
Kisah 1

Alkisah usai solat maghrib di surau berdekatan rumah, saya ingin ke kedai membeli makanan. Kebetulan ada student sekolah saya turut ingin ke kedai, jadi mempelawanya menaiki motor saya. Sampai di sana dia membuat urusan dia dan saya dengan urusan saya. Apabila kembali ke motor, saya melihat beliau menunggu saya di sana. Ingatkan dia terus balik kerana rumah/surau dekat saja. Memikirkan isya masih lambat, saya bertanya,

"nak gi rumah cikgu tak?", tanya saya sebab takkan nak tinggalkan dia di surau.

"cikgu bagi ke saya gi rumah cikgu", tanya dia.

"dah cikgu ajak ni, apa pula tak bagi", jawab saya lalu terus menghala ke rumah.

Sesampai di rumah, saya hidangkan biskut raya yang masih berbaki di samping keropok yang saya goreng sehari sebelumnya. Oleh kerana malas nak rebus air, saya hidangkan saya peel fresh untuknya. Masuk je waktu isya, saya hantar beliau balik ke surau.

Esoknya sewaktu bersenang lenang di waktu petang sambil berehat-rehat (baca : tidur), saya terdengar orang memanggil 'cikgu...cikgu'. Oleh kerana bilik saya ajak jauh dari pintu, bunyi agak sayup-sayup, dan bila di buka pintu rupanya dia datang membawa sebalang biskut raya. katanya mak bagi. Aduh, biskut raya di rumah ni pun banyak lagi ni.

Selesai pada petang itu, saya pulang ke rumah dan terkejut melihat dia sedang menunggu saya bersama sepupunya. Sudahlah waktu maghrib hampir tiba, apala yang dia nak ni, getus hati saya.

"ni sepupu saya nak datang rumah cikgu juga", katanya sebelum sempat saya bertanya.

"erm, masuklah. dah nak maghrib ni, cikgu nak mandi dulu, kamu makanlah apa yang ada atas meja tu", saya meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

Usai mandi, kami ke surau dan selepas solat maghrib dia tiba-tiba bertanya,

"cikgu, mak saya minta cikgu ajar saya tusyen,boleh ke cikgu?", tanya beliau.

eh, sepanjang berjumpa kat surau tak pernah pula ditanya tentang tusyen, tetiba hari ni nak tusyen plak. Ni trick nak datang ke istana cikgu ke apa ni budak ni. Getus hati saya.

"err, tusyen? subjek apa kamu nak cikgu ajar", tanya saya.

"ntah, saya pun tak tahu", jawabnya. Memang pelik betul kamu ni.

nantilah kita bincang balik.


Kisah 2
Kisah 1 adalah tentang student sekolah saya. walaupun saya tidak ajar kelasnya tetapi kerana sering berjumpa dan kenal bapanya, dia jadi baik dengan saya. Kisah ke 2 ini bukan murid sekolah saya tetapi murid sekolah housemate. Beliau sering juga datang selepas kenal rumah dan kerap juga bondanya mengirimkan makanan dan juadah kepada kami.

Bahkan sebelum raya disediakan ole-ole raya untuk dibawa pulang. Haish, bujang-bujang begini mungkin tiada masalah untuk mereka datang namun bila sudah berkeluarga pasti mengundang rasa tidak senang isteri nanti. huhu.


Kisah 3

"eh, cikgu", tegur seorang budak cina.

"laa, rumah kamu di kawasan ni juga ke?", tnya saya kerana tidak pernah nampak budak ni.

"yela cikgu, rumah saya sana tu", dia menunjukkan arah rumahnya dan kami berbual sekejap sebelum saya meminta diri.

Amboi bukan main sopan lagi dekat rumah ye. Padahal kalau di kelas, dialah yang paling kecoh dan nakal. herm. budak-budak ni macam-macam lah.

6 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

seronok jadi cikgu sebenarnya..
walaupun tk prnh brgelar guru kepada anak2 murid ttp mndgr cerita drp cikgu2..byk pglmn pahit n manis lagi2 bila hari guru..

anak2 murid sudah sibuk sebulan lagi utk fikir hadiah bg dbrikan kpd guru yg tersayang.

Eyda berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Benar ukhti Noor Azlen
Memang seronok jadi guru
Dalam kepenatan
ada penawarnya. (^__^)

InsyaALLAH

Al - Mu'allim berkata...

~NooR AzLen BinTi HaRoN~

waalaikumussalam.

Benar tu, murid-murid sibuk benar memikirkan hadiah bila tiba hari guru. Teringt kisah adik bongsu yang tidak mahu ke sekolah jika bonda tidak mahu membeli hadiah untuk gurunya baru-baru ini.

Al - Mu'allim berkata...

~Eyda~

Waalaikumussalam.

Terima kasih atas kunjungan. Saya berbesar hati jika ukhti dapat menyertakan blog untuk kunjungan dan manfaat bersama :)

Eyda berkata...

Assalamualaikum .
Maaf cikgu,
Saya tk ada blog
x pandai dn tak mampu nk menulis
Maaf atas kelemahan saya.
Cukupla setakat membaca dan mengambil manfaat ilmu dr blog cikgu dan yg lainnya.
Alhamdulillah.
Maaf sekali lagi

Al - Mu'allim berkata...

~eyda~

Waalaikumussalam...

Owh, xpe. Moga pengisian di sini bermanfaat.

Terima kasih atas kunjungan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails