BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


12 Okt 2010

Menjadi guru bukan mudah & iklan KPLI-JQAF

Perguruan merupakan antara bidang yang diminati di negara ini. Entah mengapa saban tahun begitu ramai yang memohon untuk mendapatkan tempat di dalam bidang ini. Ada yang menjadikannya sebagai pilihan terakhir, ada yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa, ada yang dipaksa, ada yang terpaksa, ada yang minat dan bermacam lagi alasan. Hanya tuan punya badan boleh memberi jawapan. Sungguh, menjadi seorang guru terutama KPLI atau JQAF mempunyai cabaran yang tersendiri iaitu berupa pandangan serong dari guru-guru senior dan juga pensyarah-pensyarah IPG. Tidak kurang juga pandangan serong dari pelajar PISMP dan masyakat. InshaAllah akan saya kongsikan pada artikel akan datang asas kepada tulisan saya ini.

Banyak tapisan yang perlu dilalui untuk bergelar seorang guru. Saya cuba fokuskan kepada KPLI kerana saya kurang pasti laluan melalui PISMP mahupun JQAF sendiri. Untuk memohon KPLI seseorang itu harus mempunyai Ijazah tidak mengira bidang. Walaupun kerajaan berhasrat mengambil calon yang mempunyai ijazah dalam bidang tertentu, namun belum dikuatkuasakan setakat ini. Namun bidang yang diambil tidaklah lari jauh dengan kursus yang bakal diambil di maktab. Begitu juga cadangan pelanjutan temph KPLI dari setahun kepada setahun setengah belum dikuatkuasakan.

Usai mengisi borang,
calon guru akan dipanggil menduduki ujian MTEST. Setiap kali iklan, tidak kurang dari 70 000 yang memohon walaupun kekosongan hanya sekitar 2 000 sahaja. Calon yang lulus akan dipanggil temuduga untuk memasuki IPG. Jika layak, surat tawaran akan dihantar dan calon guru akan belajar selama satu semester dan semester kedua adalah latihan mengajar dan peperiksaan. Walaupun tempoh pengajian dikatakan setahun, namun sebenarnya tidak sampai kerana cuti sekolah adalah cuti bagi maktab. Pengajian adalah seperti sekolah iaitu jam 8.00pagi - 1 tengahari dan petang aktiviti kokurikulum seperti sukan, badan beruniform, pendidikan jasmani, olahraga mengikut hari-hari yang ditetapkan.

Selesai peperiksaan, calon akan dipanggil temuduga sekali lagi untuk perlantikan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) sebelum 'posting'. Lulus temuduga ini barulah di'posting', namun harus diingat, peperiksaan juga perlu lulus. Kadangkala keputusan 'posting' keluar sebelum keputusan peperiksaan. Jika gagal, perlu resit exam tersebut.

Berjaya 'posting' bukan bermakna anda adalah guru tetap kerana anda perlu mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Kursus ini mengandungi assignment dan peperiksaan. Lulus kursus ini barulah perlantikan anda akan disahkan. Kebiasaannya keputusan KISSM hanya akan diketahui selepas setahun. Perjalanan anda belum terhenti lagi kerana anda baru disahkan perlantikan, bukan disahkan dalam perkhidmatan. Untuk membolehkan anda disahkan dalam perkhidmatan, anda perlu mengikuti Kursus Biro Tatanegara (BTN) dan sokongan Guru Besar. Ia biasanya mengambil masa 1-3 tahun bergantung kepada prestasi di sekolah yang dinilai oleh GB. Jika semuanya ok, barulah anda akan disahkan dalam perkhidmatan. Betapa berlikunya laluan menjadi seorang guru. Saya sendiri belum mengikuti BTN kerana giliran belum tiba. Bahkan guru-guru senior pun belum lagi mengikutinya. Alhamdulillah, KISSM dan temuduga perlantikan sudah selesai walaupun masih ada guru-guru senior masih menunggu giliran mereka.


Artikel ini mungkin akan disambung lagi, dikesempatan ini saya menjemput para sahabat dan pembaca yang berkelayakan untuk memohon memasuki bidang ini. Ikhlaskan niat anda supaya apa yang kita lakukan mendapat kebaikan bukan saja di dunia bahkan sampai akhirat. Jika ada sebarang soalan dipersilakan untuk bertanya.
sila klik untuk ke laman KPM

2 ulasan:

aisyahHumaira berkata...

Salam ya ustaz..

Menarik, apapun tugas seorang guru mmg besar cabarannya saya lihat, spt kata ustaz, perlu ade niat yg ikhlas semata2 kerana ALLAH utk pikul tanggungjawab yg besar ni..saya ada sepupu dan dia seorang pensyarah skrg ni UITM dungun, dan belum lg berkahwin, ramai student yg sygkannya, kerana dia bukan setakat mengajar tp lebih dr itu tujuannya, spt ustaz juga yg niatnya ingin memanusiakan student itu sendiri..bukan mengajar semata2..Allahu Akbar! murninya punyai niat spt itu..diterapkan nilai2 murni dlm diri anak2 didiknya, yg mana jika anak didiknya tidak pandai solat, baca quran dan sbgnya, beliau akan mengajarinya..pandangannya cukup jauh kedepan..Alhamdulillah saya betul2 kagum dgn caranya yg bukan semata2 mengajar ilmu dunia ttp juga ilmu akhirat diterapkan dlm diri anak didik belaiu..

Semoga ALLAH terus memberkati usaha2guru, dalam memanusiakan muridnya..Insya'ALLAH
p/s: sekadar berkongsi cerita..

Al - Mu'allim berkata...

Wassalam

Terima kasih atas perkongsian cerita ustazah. Sungguh, jika seorang menjadi pendidik, pasti disukai oleh pelajarnya berbanding jika seseorang itu hanya menjadi pengajar.

Yang penting adalah niat kita, jika kita berniat untuk mencari duit,maka duit itulah yang kita dapat, jika niat untuk mendapatkan nama maka namalah yang kita dapat, namun jika diniatkan kerana Allah,kita akan mendapat semuanya.inshaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails