BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


29 Okt 2010

Mengaku tetapi... Cinta tetapi‏...

*InshaAllah pengisian kali ini tentang kita yang mengaku, tetapi... dan  cinta, tetapi...
Pengisian ini diambil dari email, mudah-mudahan memberi pengajaran dan peringatan kepada kita

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

2 ulasan:

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.

Biasa kita mendengar pengakuan sebegini yang tidak diringi dengan amalan atau tindakan yang sewajarnya.
'Cakap tidak serupa bikin' tidak sepatutnya berlaku dalam urusan agama kerana kita berurusan dengan Allah.

Moga2 kita mendapat pimpinan Allah swt.

TQ

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam, cikgu

Terima kasih atas pandangan.

Itulah manusia. Sering kali lalai dan leka kerana itulah kita perlu saling ingat mengingati. Yang payah bila sudah diberi peringatan masih lagi buat tak tahu.

Moga, kita terhindar dari sifat orang yang 'cakap tak serupa bikin'.
Ameen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails