BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


21 Okt 2010

selepas 10 tahun

Minggu lepas saya berpeluang menjejak kasih 3 sahabat lama yang lebih kurang 10 tahun tidak berjumpa. Mereka adalah rakan sekolah menengah yang mempunyai kisah hidup yang berlainan antara satu sama lain.  Sebenarnya saya masih lagi berhubungan dengan sebilangan rakan-rakan sekolah menengah terutama yang sama-sama berada di jalan dakwah. Sungguh, perhubungan di jalan dakwah itu sangat kukuh sehingga susah untuk diuraikan tetapi menjejaki kawan-kawan yang bukan di jalan ini juga adalah perlu kerana mereka tetap kawan kita. Oleh kerana sekolah menengah saya dulu adalah abs (all boys school), jadi tidak susah untuk berhubung kembali dengan mereka walaupun mereka sudah berkeluarga. Pertemuan dengan mereka bertiga adalah secara berasingan kerana mereka saling tidak rapat antara satu sama lain.

KISAH 1
Pertemuaan terakhir kami adalah selepas keputusan SPM dikeluarkan, jadi saya begitu ingin berjumpa dengannya lalu janji dibuat iaitu bertemu di kawasan rumahnya. Namun, saya jadi pelik apabila dia ingin mempercepatkan pertemuan tersebut sehingga sanggup datang ke rumah saya. Saya jadi 'buruk sangka' kerana pengalaman sebelum ini, jika ada rakan yang bersungguh-sungguh ingin berjumpa, pasti ada niat tersembunyi. Samada ingin memperkenalkan bisnes baru atau meminjam wang. Saya tidak mahu peristiwa sedih itu berulang.
Punyalah kita bersungguh-sungguh ingin bertemu mereka atas nama persahabatan, tetapi mereka bersungguh bertemu atas dasar bisnes.

Saya cuba bersangka baik dengannya tetapi harapan tidak terlalu tinggi. Alhamdulillah, tiada bisnes diperkenalkan dan sepanjang bertemu tiada sebarang urusan bisnes dibincang. Bahkan dia tidak terlibat dengan sebarang urusan bisnes. Walaupun masing-masing hampir tidak mengenali antara satu sama lain, namun selepas itu bersembang seperti kawan rapat yang lain.

Topik biasa yang dibincangkan apabila anak teruna bujang bersembang adalah tentang jodoh. Dia yang suka bergurau sejak di sekolah mengaju soalan klise ni sejak awal pertemuan lagi. Apa yang ingin disimpulkan di sini adalah rakan kita di sekolah menengah walaupun sudah lama tidak bertemu namun untuk bertaut kembali amat mudah. Pada saya rakan seperti ini perlu didekatkan kerana mudah untuk menariknya ke jalan dakwah. Dia sempat mengeluh kekecewaan dengan seorang rakan sekolah kami yang berkahwin tetapi hanya menjemput 'geng surau' sahaja dan bukan orang sepertinya. Siap lagi memberi amaran supaya saya tidak melakukannya apabila sudah bertemu jodoh suatu hari nanti.

KISAH 2
Sahabat ini saya masih berhubung semasa awal-awal di kampus, namun selepas itu seperti ada jurang pemisah yang memisahkan kami. Barangkali kerana saya bekerja di KL menyebabkan sukar untuk bertemu walaupun pada hari raya. Beliau baru saja melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun yang lalu.

"Seronok kawin ni, ada orang pedulikan kita, berkongsi masalah dengan kita dan masak untuk kita.", beliau cuba mengapikan saya. Katanya oleh kerana sama-sama bekerja, beliau tidak terlalu menekan isterinya supaya memasak selepas balik bekerja kerana tahu kepenatan isteri. Nampak macam suami soleh kan?:) Namun katanya sebenarnya beliau akan makan selepas waktu pejabat sebelum menjemput isteri.

Apabila sampai di rumah dan si isteri bertanya, "abang sudah makan?", jawab saja "belum."

"Takpe ke lambat ni", tanya si isteri.

"takpe2, 'take ur time'", katanya sambil bersandar di atas kerusi di depan televisyen. hehe.

KISAH 3
Kawan yang ini agak unik. Saya belum berkeluarga tetapi dia sudah mempunyai 2 isteri dan 2 orang anak. Seorang dari isteri pertama dan seorang dari isteri kedua. Nampak hebat! Katanya isteri kedua sedang mencarikan calon isteri ketiga untuknya tanpa diminta. Saya tidak berminat untuk berbicara soal ini dengannya tentang soal itu.

Katanya hidup berumah tangga banyak duit perlu dihabiskan terutama apabila mempunyai anak. Apa yang dilakukannya adalah apabila anak berusia seminggu, belilah baju yang bersaiz sebulan. Apabila sudah sebulan, belilah yang bersaiz 3 bulan danseterusnya. Itu dari segi pengurusan kewangan baju. Dari segi pampers katanya, carilah yang murah kerana kualitinya sama saja. Adapun susu, susu ibu adalah terbaik sehingga umur 2 tahun.

Seorang belum berkahwin, seorang beristeri 1 dan seorang beristeri 2.  Bagi yang sudah berkahwin sibuk menyuruh kita berkahwin dan memberi tips tanpa diminta :) sementara yang belum kahwin, walaupun ada juga bercakap soal jodoh, namun perbualan lebih kepada isu lain yang lebih santai. Walaupun begitu, saya amat menghargai pandangan dan tips yang mereka berikan. Itu kisah mereka? Kita bagaimana agaknya nanti?

Kesimpulannya, peliharalah persahabatan kerana membinanya mudah namun memeliharanya sulit sekali.

6 ulasan:

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum Cikgu.
Sudah menjadi adat agaknya, apabila berjumpa rakan/kawan lama, antara persoalan yang popular ialah; sudah kahwin ke belum, kalau sudah kawin tanya pula berapa anak.

Kalau belum kawin, tanya bila nak kawin.

Tapi memang seronok bila lama tak jumpa, lebih2 lagi kalau dah 5 tahun tak jumpa macam cikgu...
Banyak cerita yang boleh dikongsi di samping dapat menjalin semula silaturrahim yang tergendala dek kerana masing2 ada komitmen dan tugas masing2.

Apa pun perlu juga berhati2 agar apa yang dibicarakan itu tidak membawa kepada perkara2 yang boleh membawa kepada fitnah dan bohong atau mengadu domba.

Wallahua'lam, sekadar perkongsian.
Salam ceria, semoga dalam peliharaan Allah swt.

Al - Mu'allim berkata...

waalaikumussalam, cikgu

Terima kasih atas pandangan dan nasihat cikgu. InshaAllah kita sama-sama berusaha menjauhi perkara2 fitnah, bohong dan adu domba itu.

Alhamdulillah, setakat ini perbincangan masih terkawal dari perbuatan keji itu.

Terima kasih sekali lagi atas respon cikgu

Nurulfazlina Ain Rasol berkata...

Berusaha menjadi yang soleh untuk mendapat yang solehah... adat biasa dalam kehidupan. Perbincangan perkara tersebut tidak kisah, tapi jangan sampai terlalai. Banyak lagi isu2 perjuangan yang perlu dibincangkan.

~Teruskan perjuangan untuk ISLAM~

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih atas pandangan ukhti. Saya sangat menghargainya.

- Memang benar, 'Berusaha menjadi yang soleh untuk mendapat yang solehah', namun ia bukan suatu KEPASTIAN.

- Apabila berkawan dgn org yg tidak berada di jalan dakwah, sgt sukar untuk membincangkn isu perjuangan. Apalagi antara mereka mempunyai pandangan politik yang pelbagai. Jika ditimbulkn isu itu, mungkin mereka tidak lagi berminat untuk berjumpa pd ms akan dtg.

Lihat saja pndangn mereka kpd 'geng surau' seperti KISAH 1, mereka menyimpulkn geng surau akan bkwn dgn bdk surau saja. Saya berusaha utk menghapuskan pndgn ini.

Sy berharap agar kita turut mengambil berat dan berkwan dgn mereka yang tidak mengikuti usrah atau tidak berada dalam jln dakwah.

n

Kepada muslimat yg berada di jln dakwah,moga antunna turut mendampingi mereka yang 'free hair', bdk 'huha huha' dan bdk2 biasa dan bukan hanya geng dgn bdk2 yg sama fikrah. Sungguh, kdg2 mereka itu berasa spt ada gap antara geng mereka dgn geng usrah.
Mereka adalah mad'u kita.

wallahu 'alam.

Komentar ini adalah bersifat umum.

InshaAllah moga sama-sama terus istiqamah dalam gerak kerja Islam.

Nurulfazlina Ain Rasol berkata...

Syukran jazilan Kathira....

Alhamdulillah... ana juga menghargai pandangan nta. Insya ALLAH sama-sama praktikkan.

- Hanya pesanan unutuk diri dan semua, singkap kehidupan sebenar untuk mendapat hikmahnya.

-usrah tak sepertinya bentuk formal. Sedar tak sedar kadang2 dengan sahabat2 yang tak sama fikrah pun kita berusrah. Bentuk dakwah kena kreatif. Jangan mengambil kekurangan sebagai tanda aras kelemahannya. Carilah kekuatan yang ada sebagai penghargaan kepada diri. Lebih-lebih lagi remaja sekarang. Banyak sangat tanggungjawab yang perlu kita fikirkan serta laksanakan untuk penerapan ISLAM. Maka, bermulalah dengan rumah dengan keluarga....

~sekadar pandangan dari orang yang masih belajar ilmu kehidupan~

Al - Mu'allim berkata...

Afwan jiddan ukhti.

-inshaAllah. sama-sama kita ambil hikmah dan pengajarannya.

-Terima kasih atas nasihat. Benar, kadang-kadang kita terlalu rigid sehingga usrah dilihat sesuatu yg membosankan.

Namun ia tidak semudah yang dikata (memberi alasan lebih mudah:)

Teringat pesan naqib masa berusrah lama dahulu. "usrah bermula dengan kaffaratul majlis dan diakhiri dgn alfatihah" iaitu bagaimana usrah itu diaplikasikan dlm kehidupan.

Mungkin tidak semua menerimanya namun sy agak bersetuju dgn pndangan ini.

InshaAllah kita sama-sama belajar dan saling memberi nasihat.

wallahu 'alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails