BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


16 Okt 2010

Apabila murid tidak boleh ditegur

Saya tidak pasti samada wajar atau tidak menyiarkan video ini di blog. Perasaan saya berbelah bagi kerana ia boleh mengaibkan bangsa sendiri apalagi pelakunya adalah Muslim. Namun setelah berkali-kali saya memikirkan, saya memutuskan untuk menyiarkan sahaja sebagai iktibar sekaligus dapat memberi pengajaran kepada kita. Pada mulanya ingin 'blur'kan  video ini, namun kerana kurangnya kepakaran dan ketiadaan softwaresesuai, saya pulangkan kepada sahabat2 untuk mengeditnya. Tambahan pula, video ini bebas didapati di Youtube.

Siapa yang harus dipersalahkan?  Pasti ramai yang menuding jadi kepada guru kerana 'pelakon'nya berpakaian seragam sekolah. Keruntuhan akhlak dan kurang cemerlang pelajar lazimnya guru yang akan dituding sebagai penyebab samada oleh ibu bapa maupun segelintir masyarakat. Namun,berlainan pula jika pelajar itu cemerlang,pasti ibu bapa berasa bangga dan beranggapan didikan mereka berkesan dan semua tertumpu kepada ibu bapa dan bertanya 'bagaimana cara mendidik anak'.

Zaman sudah berubah. Murid-murid sudah semakin kurang ajar dan akhlak mereka sukar dibentuk. Sungguh saya melihat disiplin murid sekarang sudah tidak dapat digambarkan lagi lebih-lebih lagi Melayu yang mengaku beragama Islam. Jika dulu hanya sekolah-sekolah menengah di bandar, namun sekarang sudah merebak ke sekolah rendah dan mula masuk ke kampung. Apabila dikenakan tindakan disiplin, pasti akan datang surat saman dari ibu bapa yang berlebih-lebihan mendakwa anak mereka didera.

Saya bernasib baik kerana mengajar di sekolah rendah. Masalah disiplin tidak seteruk di sekolah rendah tetapi tetap pening dengan kerenah pelajar yang jahat. Bagi saya,kenakalan pelajar adalah biasa dan saya boleh menerima kerana mereka sedang membesar dan belajar. Itu adalah normal namun pelajar yang jahat sangat tidak boleh diterima lebih2 lagi mereka mendapat pembelaan dari ibu bapa. Saya tidak pelik jika mendengar guru-guru senior berkata
"Aku dah tak peduli dah apa budak ni nak buat, yang penting aku masuk kelas depa dan ajar depa. Depa nak belajar atau tak nak belajar tu depa punya pasal". Itu adalah kerana mereka sudah muak dengan masalah disiplin pelajar yang sering dibela oleh ibu bapa. Mana tidaknya, jika dikenakan tindakan, pasti ada ibu bapa yang datang menyerang guru.

Ramai SAHABAT saya yang pernah mengalaminya. Berdepan tindakan ibu bapa yang melaporkan kes kepada polis kononnya anak mereka didera walhal anak mereka itu JAHAT. Ada juga SAHABAT saya yang mendapat surat lawyer hanya kerana memulas telinga pelajar yang jahat.Anehnya pelbagai tuduhan dikenakan oleh bapa pelajar itu yang cuma seorang driver lori.

Apabila kejahatan ini semakin menular di sekolah rendah, saya menjadi risau. Kata guru-guru senior sewaktu praktikum dulu "kamu tidak apalah, kamu masih baru,masih semangat lagi macam kami dulu la. Lama-lama kamu muak la" sering terlintas di fikiran. Saya berjanji pada diri sendiri untuk terus berusaha memanusiakan murid dan tidak jemu mendidik mereka serta bersedia menempuh sebarang dugaan dan cabaran. Jika tidak, apabila melangkah ke sekolah menengah, jadilah mereka seperti dalam video ini. Inilah hasil dari sekolah murid yang tidak boleh ditegur dan sentiasa mendapat pembelaan dari ibu bapa. Apabila sudah menjadi buluh, sukar untuk dilentur berbanding sewaktu rebung dulu.


Aneh sekali, kawan yang sepatutnya menolong kawan menjadi penghasut. Apakah tiada sedikit pun rasa bersalah dalam diri mereka?

5 ulasan:

aisyahHumaira berkata...

Assalamu'alaikum...

Sedih dan malu rasanya tgk video tu, mmg betul sudah diakhir zaman kita ni,..keruntuhan akhlak dikalangan pelajar semakin rosak, guru yg sepatutnya di hormati dah tiada hormatnya..

Kadang2 penekanan yang begitu serius kepada akademik dan keduniaan drpd ibubapa menyebabkan anak-anak semakin jauh dari agama Islam sehingga ramai anak muda jahil dalam perkara agama.

Sepupu saya yg pensyarah tu pernah cerita, ramai pelajar2 skrg ni celik IT dan celik korporatla tapi sayang sekali buta Al-Quran. Mereka tidak pandai solat, baca Al-Quran, tidak tahu rukun Islam, rukum iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu 'ain.

Sedih ye ustaz? melihatkan anak bangsa sendiri dlm keadaan begini apatah lg beragama islam..

UnGu VioLet berkata...

inilah fenomena skrg nie.. so sad..

Sharinginfoz berkata...

sekarang ni murid2 tak nak dengar kata cikgu jauh lagi nak hormat kan

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam ustazah Humaira

Terima kasih atas pandangan. Memang sedih bila ia dilakukan oleh anak bangsa sendiri.

Memang benar apa yang diceritakan oleh sepupu ustazah itu. Saya pernah bertanyakan pelajar kelas saya di tahun empat dan lima tentang solat. Mereka mengaku tidak cukup solat lima waktu malah ramai majoriti mereka tidak solat pun.

Kalau solat pun tidak dititik beratkan, apalagi yang nak kita harapkan dari mereka?

Al - Mu'allim berkata...

Ungu Violet,
sedih kerana melibatkan maruah bangsa dan agama kita. Namun tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Sharinginfoz,
Betul tu. Mereka besar kepala kerana dimanjakan oleh ibu bapa.Cikgu tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendidik tingkah laku mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails