BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


10 Okt 2010

Saya sangat gembira

Alhamdulillah. Hari ini saya sangat gembira walaupun kegembiraan ini sebenarnya adalah tidak perlu pun. Pagi tadi seperti biasa saya menonton Tanyalah Ustaz di tv9 bersama Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian yang juga merupakan Pensyarah KIAS menerusi tajuk Kesilapan dalam menunaikan ibadah haji. Ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke-5 dan wajib dikerjakan bagi yang berkemampuan. Seorang muslim yang beriman sudah pasti merindui untuk ke Makkah dan melawat baginda Rasulullah SAW.

Namun ancaman Allah terhadap orang yang mati tanpa menunaikan haji dari hadith yang dibacakan oleh ustaz amat menakutkan saya. Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :

" Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani "

Lalu saya terfikir, calon haji yang mendaftar untuk menunaikan haji sekarang sekarang akan mendapat giliran pada tahun 2030. Wah, apakah jaminan untuk kita hidup sehingga tahun tersebut? Alhamdulillah, email saya dijawab oleh Ustaz pada tadi. Kita mempunyai alasan di hadapan Allah jika sudah mendaftar tetapi meninggal belum sampai giliran untuk ke Makkah. Namun ada baiknya jika kita mempunyai lebihan wang, kita mendaftar menerusi pakej. Walaupun lebih mahal namun inshaAllah lebih cepat dari giliran tabung haji.
Saya teringin ke sana tetapi belum mendaftar. Terfikir juga apakah saya perlu mendaftar sekarang atau mungkin mendaftar selepas mempunyai calon isteri supaya nanti boleh sama-sama ke sana. Alangkah beruntungnya para pelajar Malaysia yang berada di sana kerana dapat menunaikan haji dengan mudah, apalagi umrah yang boleh dilakukan bila-bila masa saja. Saya termenung mengingatkan kembali borang Universiti Ummul Qura yang tidak sempat diisi usai SPM dulu. Walaupun bukan sesuatu yang pasti untuk dapat jika mengisinya, namun lebih tenang jika gagal selepas mencuba.

Moga kita akan terpilih untuk menjadi tetamu Allah nanti. Mendengar talbiah haji amat meruntun jiwa. Teringat kenangan menghantar ayahanda dan bonda di Kelana Jaya tahun lepas dan menjemput kembali di KLIA sebelum sama-sama terbang ke Kota Bharu. Sungguh manis kenangan tersebut walaupun hanya menghantar di Kelana Jaya. Melihat wajah ceria para jemaah haji dipilih ke sana dan kesayuan perpisahan sementara dengan ahli keluarga  adalah sesuatu yang indah. Ternyata seperti berkongsi perasaan dengan mereka apalagi hanya saya seorang yang menghantar di Kelana Jaya lantaran ahli keluarga yang lain melepaskan ayahanda dan bonda di Kota Bharu. Kebetulan saya pada tarikh tersebut tidak dapat pulang dan mengambil keputusan untuk ke Kelana Jaya.

Mengingati kenangan ini mengingatkan saya kepada adinda yang tercinta. Adinda lah yang bersungguh-sungguh meminta ayahanda dan bonda menerima tawaran Tabung Haji ini walaupun ayahanda dan bonda keberatan meninggalkannya yang sedang sakit. Moga adinda bahagia di sana. Ameen.

4 ulasan:

aisyahHumaira berkata...

Assalamu'alaikum ya ustaz...

Semoga sentiasa dlm rahmat ALLAH hendaknya..

Nampaknya saya akan pembaca setia disini, insya'ALLAH..byk ilmu, peringatan dan pengajaran yg bleh diambil disini..terima kasih ats segala perkongsian..ttg email tu, mungkin ALLAH blum izinkan utk sampai..salam takziah bt adk ustaz, tersentuh saya baca, Moga beliau dalam golongan hamba ALLAH berbahagia di alam sana..Ameen
Doakan saya agar keikhlasan sentiasa mengiringi bersama..
Dan maafkan saya andai ada salah dan silap..kerana saya akn berangkat ke tanah suci tidak lama lg..
Semoga ALLAH mengampuni segala dosa sebelum berangkat ke sana..Insya'ALLAH

Al - Mu'allim berkata...

Wa'alaikumussalam

Ameen.Terima kasih atas doa ustazah ke atas adik saya. Walaupun kami sekeluarga amat menyayanginya,namun Allah lebih menyayanginya dari kami.

Terima kasih juga kerana sering berziarah.Ambillah apa2 hikmah dan ilmu yang ada di sini. Jika ada kekurangan,jangan segan2 utk menegur kerana banyak lagi yang perlu saya belajar.

Tahniah juga kerana dipilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Sungguh bertuah ustazah dipilih untuk menjadi tetamu Allah. Tiada apa yang ingin dimaafkan namun sedikit pesanan dari saya supaya jadilah tetamu Allah yang paling istimewa di sana. Moga beroleh Haji Mabrur. Ameen.

Doakan saya juga.

Nurulfazlina Ain Rasol berkata...

Alhamdulillah... ana juga menontonnya... di sambung dengan Al-Kuliyyah... ana juga menanti je sana. Masih mengumpul duit. Semoga dipermudahkan untuk ke sana...

ana ucapkan tahniah atas penulisan ini. Alhamdulillah....

Al - Mu'allim berkata...

Alhamdullah

Terima kasih. InshaAllah moga kita juga akan mendapat jemputan untuk ke sana.

Setiap jiwa yang beriman pasti teringin untuk ke sana walaupun baru saja kembali. Bahkan ayahanda dan bonda sering menceritakan betapa rindunya kepada Masjidil Haram lebih2 lg apabila melihat rombongan haji yang baru berangkat thn ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails