Seorang sahabat doktor menjelaskan bahawa istilah HEART sebenarnya merujuk kepada jantung sementara HATI adalah liver. Mungkin benar kerana istilah itulah yang digunakan dalam perubatan. Ilmu perubatan dipelopori oleh Ibnu Sina dalam buku Qonun Fi-AtTibb adalah dalam bahasa Arab dan apabila kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tentulah terjemahannya mengikut bahasa yang betul. Jika tidak, pasti pakar jantung tersalah bedah hati.
![]() |
| gambar diambil tanpa kebenaran dari blog mencari-hati |
Salah satu hadith adamenyebut
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu.” – Maksud Hadis.
Ini menunjukkan peranan qolbu dalam diri kita. Namun jika dikaitkan dengan perubatan, jantung memainkan peranan mengepam darah ke seluruh badan dan kesihatan manusia kebiasaannya diukur pada jantung. Bahkan darah yang dialirkan dari jantung juga hasil dari sumber makanan kita yang menjadi darah daging. Namun kita tidak boleh melihat jantung fizikal saja, jantung spiritual juga perlu dilihat. wallahu 'alam. Saya bukan ahli tafsir hadith.
Barangkali para ustazah dan doktor kita boleh memperincikan lagi makna kedua organ ini. Kalau tidak salah, istilah hati di dalam bahasa arab disebut al-kabd ( الكبد )dan jantung barulah qolb(القلب). Sama-sama kita merenung kembali permasalahan ini.

1 ulasan:
salam.. pada pendapat saya yang tak berapa nak bijak ni.. hati dalam bahasa melayu merujuk pada 2 perkara.. yang pertama.. liver yang kita nampak.. kena tahu orang melayu pandai bedah membedah ni tahun bila.. hati dalam istilah orang lama merujuk pada tempat terbit perasaan.. tidak dapat dijelaskan di mana.. mengikut kata orang2 pandai.. hati itu berumah dalam jantung.. tapi tak tahu sejauh mana.. hence patah hati sakit hati.. hati berdebar2.. wallahu a'lam.. tapi yang saya faham sangat2 Qalbu itu jantung yang fizikal.. Hati yang rohaniah..
Catat Ulasan