BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


27 Okt 2010

Sketsa dua sahabat

Alkisah 2 orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu kerana masing-masing dengan hal sendiri. Suatu hari mereka bertemu di dalam keadaan yang tidak disangka-sangka di dalam sebuah dompet.

RM 1 : Eh, lama xnampak hang. Pehabaq?

RM 50 : Sihat je. Aku sibuk skit la ni. Banyak jalan-jalan, outstation sana-sini.

RM 1 : Tu dia... Bukan main lagi hang sekarang. Aku pun jalan-jalan juga, tapi xjumpa lak hang. Hang jalan-jalan tang mana?

RM 50 : La, ya ka? Aku cam biasa la. Disco, fun fair, shopping mall, konsert, stadium. Hang p jalan-jalan mana?

RM 1 : Ooo, patutla xjumpa. Aku p masjid, rumah anak-anak yatim, surau. Ni hang lama x kat sini?

RM 50 : Kejap je kot. Jap g mungkin ke Stadium Bukit Jalil. Okla wei, aku p dulu no. Assalamualaikum!

RM 1 : Waalaikumussalam. Ok2. Jumpa lagi. Aku pun nak p tandas awam ni.

Loghat di dalam sketsa ini hanyalah sekadar hiasan dan tidak bermaksud apa-apa. Namun sketsa ini tidak lain adalah sebagai pemberi pengajaran kepada mereka yang berfikir :-D

2 ulasan:

cikdib berkata...

comel sekali...
tapi ada maksud yang tersirat mungkin.....
kita sanggup keluar duit yang banyak untuk tujuan dunia....
tetapi sedikit sekali yang nak menggunakannya untuk tujuan akhirat....

sama-sama muhasabah diri

pernah mendengar bahawa harta yang kita belanjakan pada jalan Allah itu kelak akan kekal menjadi harta kita di alam akhirat...

Al - Mu'allim berkata...

~cikdib~

Itulah, kita sayangkan harta kita untuk kegunaan akhirat, padahal itulah harta kita yang sebanar.

Umpama begini...

Kita ke bank dan bank in kan duit di mesin cash deposit, kita tidak rasa kehilangan duit tersebut kerana yakin duit itu tetap milik kita dan boleh withdrawal balik.

Sama juga sbnrnya bila kita sedekah, umpama kita bank in kan duit kita dan kita akan dapat guna balik duit tu. Cuma nak keluarkan nnti, bila tiba di akhirat.

wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails