Amat malang jika ada umat Islam yang memilih tarikh tersebut kerana 'ong'. Jahil sungguh mereka itu,sudahlah begitu, tidak mahu menuntut ilmu. Bagi saya secara peribadi, tidak salah memilih tarikh tersebut namun janganlah dikaitkan dengan apa-apa yang istimewa kerana boleh mengganggu aqidah kita.
Lebih malang lagi apabila para ibu juga mahu mengambil 'keberkatan' tarikh ini apabila menunda dan mempercepatkan kelahiran anak mereka. Masya Allah, kejahilan apa yang menimpa umat ini? Tidakkah mereka sedar bahawa bukan saja nyawa anak, bahkan nyawa mereka juga dalam bahaya dengan perbuatan gila ini. Tarikh ini mungkin menarik pada tahun ini namun tahun hadapan sudah tidak cantik lagi.
Namun 10.10.10 mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh mangsa kemalangan ngeri yang berlaku di Melaka ini. Ini menunjukkan tiada apa yang istimewa bagi tarikh ini. Ada yang berduka, ada yang bersedih, ada yang bergembira.
![]() |
| Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam. |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan