BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


14 Okt 2010

Tips menjawab soalan bapa mertua

Awas!! Tulisan ini untuk Muslimin sahaja. Muslimat tidak digalakkan untuk membaca bagi mengelakkan rahsia ini terbongkar kepada bapa mereka. Namun jika mereka bersifat 'sporting' dan boleh menyimpan rahsia, maka boleh sama-sama berkongsi tips dan rahsia ini atau mungkin mereka boleh memberikan jawapan ini kepada calon suami mereka.

Amaran!! Tips ini sangat tidak sesuai untuk pasangan couple yang tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Sebenarnya ini bukanlah pengalaman saya kerana saya belum pernah menghadapi situasi ini. Ianya kisah yang berlaku kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Khalifah Umar ini adalah orang sangat adil dan wara'. Walaupun hanya memerintah 2 tahun lebih namun namanya harum sampai kiamat. Harum di dunia harum di akhirat. Bukan sebarangan orang dan keadilan beliau amat dikagumi samada oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Suatu ketika beliau melihat ada rantai di leher isteri baginda lalu berkata
"Tanggalkan lah rantai tu, kita letak di baitul mal. Biar jadi harta kerajaan"

"Kenapa, bang? Ini pemberian almarhum ayahanda saya", balas isteri baginda. Isteri baginda adalah anak kepada Khalifah Malik bin Marwan.

"Ya, abang tahu, disebabkan pemberian ayahandamu lah abang menyuruh kamu meletakkannya di Baitul Mal kerana sewaktu beliau menjadi khalifah, beliau mengambil harta secara syubhah. Jadi abang tidak mahu kamu menjadi isteriku tapi memakai harta syubhah. Tanggalkan dan letaklah di Baitul Mal. Itu pun kalau kamu masih mahu menjadi isteriku " jelas khalifah. Lalu isteri Khalifah Umar menanggalkan rantai lehernya dan meletakkannya di baitul Mal.

Tips menjawab soalan bapa mertua

Sewaktu beliau mengahwini anak Khalifah Malik bin Marwan, Khalifah Malik bertanya kepada beliau bagaimana cara ingin memberi nafkah kepada isteri.

"Ma nafaqo tu ka?" tanya Khalifah. Memberi nafkah adalah kewajipan sang suami kepada isteri isteri dan anak-anak. Apabila ayah kepada perempuan bertanya kepada Khalifah Umar, Khalifah Umar memberi jawapan orang yang bijak. Mungkin boleh digunakan oleh kita di zaman ini.

"Alhasanatul baina sayyiataini", jawab Khalifah Umar. Maksudnya cara saya belanja adalah kebaikan antara 2 keburukan. Apakah maksudnya? Sememangnya jawapan orang yang bijak memang sukar untuk difahami. ia memerlukan penjelasan khusus untuk memahaminya. Begitu juga bersoal jawab dengan orang yang bodoh, banyak yang tidak kita fahami.

Lalu Khalifah Umar Abd Aziz membacakan ayat alquran dari Surah al-Furqan ayat 67

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian". 

Tidak terlalu boros dan tidak terlalu kedekut. Perbelanjaannya sederhana antara boros dan kedekut. Kebaikan itu adalah sederhana dan maksud 2 keburukan itu adalah keborosan dan kedekut. Boros itu adalah sifat saudara syaitan dan kedekut juga adalah sifat yang buruk.

 "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Al-Israa’: 27)

Kita perlu bersederhana dalam berbelanja bahkan jika suami yang kedekut, isteri boleh mengambil hartanya sekadar untuk mencukupkan keperluan asas isteri dan anak-anak. Jangan ambil banyak sangat dan jangan ambil sangat. Ambil untuk sekadar mencukupi nafkah wajib saja, bukan untuk beli barang kemas.:D


Inilah kisah seorang khalifah yang bukan saja adil malah bijaksana. Berkawan orang yang bijak sedikit sebanyak kebijakannya tumpah kepada kita. Contohnya kisah Imam Abu Hanifah yang saya rasa ramai yang sudah mendengar kisah ini.

Kisah Imam Abu Hanifah memotong Epal

Suatu ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar anak muridnya ramai. Tiba-tiba datang seorang perempuan membawa sebiji epal dan diberi kepada salah seorang anak murid tadi supaya diserahkan kepada Imam Abu Hanifah.

Anak murid tadi membawa kepada Imam Abu Hanifah lalu berkata "seorang perempuan datang meminta diberikan kepada Tuan Sheikh epal ini".

Lalu Imam Abu Hanifah meminta seorang muridnya supaya membawa sebilah pisau. Beliau membelah epal itu kepada dua bahagian lalu berkata kepada anak muridnya "hantar kembali epal ini kepada perempuan tadi".

Sebaik menerima epal yang telah dibelah tadi, perempuan itu terus pergi meninggalkan majlis ilmu tersebut.
Semua yang melihat kejadian tersebut tercegang tidak faham apa yang berlaku. Tidak berlaku komunikasi antara perempuan tersebut dan Imam Abu Hanifah namun masing-masing faham tindakan satu sama lain.

Saya kesuntukan masa. InshaAllah saya akan menyambung cerita ini pada posting akan datang...

Pengisian ilmu yang saya dapati ini saya olah sendiri dari Majlis ilmu yang saya dengar tanpa mengubah maksud asal pengkuliah. Terima Kasih

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails