BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


4 Nov 2010

Muslimat jangan jadi Bimbo

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya. Kenapa saya menasihati muslimat supaya tidak menjadi bimbo? Ini kerana saya melihat semakin ramai mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari. Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.

Bimbo merujuk kepada perempuan yang cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijakan atau pendidikan. Sebenarnya ia adalah istilah Bahasa Inggeris dan untuk kefahaman yang lebih jelas, mungkin boleh bertanya kepada encik wikipedia di sini. Ya, ia sebenarnya adalah istilah untuk lelaki namun sekarang lebih meluas digunakan untuk perempuan sehingga jika ingin ditujukan kepada lelaki ia disebut male bimbo. Jika hanya menyebut bimbo, maka ia adalah merujuk kepada perempuan kerana mudahnya perempuan menjadi bimbo.



Wanita itu mudah cair apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar-debar jika selalu dipuji lebih-lebih lagi oleh yang berlainan jantina. Kerana itulah jangan terkejut jika membaca berita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini kerana mereka adalah bimbo. "Ala, bukan semua wanita camtu". Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya cair.

Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah. Lihatlah kes pelajar sekolah yang hilang mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita. Kes ini tidak hanya berlaku kepada remaja mentah di sekolah namun turut melanda kepada mahasiswi universiti dan lepasan universiti. Mereka sanggup meninggalkan keluarga kerana mengikut lelaki bahkan sehingga sanggup ke luar negara. Kerana apa? Mereka bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.

Bagi pasangan kapel, kebimboan mereka jelas apabila mereka merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki. Ingatlah wahai muslimah, pegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu. Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, tunggulah yang lain-lain pula. Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sehingga kamu menjadi yang halal untuknya. Itu yang disentuh, apalagi yang suka bercakap sesuatu yang lucah.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita. Hanya perlukan kata-kata manis. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang langsung tidak hensem. Kenapa?Mereka adalah bimbo. Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki africa mahupun dari Lombok. Mereka di'sihir' dengan kata-kata kerana mereka adalah bimbo. Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kebimboan wanita.

Muslimat jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki. Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki. Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah buayafren anda (kecuali dia adalah suami anda). Jangan mudah tersipu-sipu dan jangan mudah berbunga-bunga dan perasan bila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memujia wanita lain. Jadi, JANGAN JADI BIMBO.
Ini adalah logo syarikat roti BIMBO di US

Berbeza dengan lelaki. ia tidak memerlukan pujian wanita untuk mengatakan mereka kacak. Tidak! Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding tidak cantik walaupun yang tidak cantik kuat memuji. Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak hensem. Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita. Mereka hanya memerlukan air liur untuk mendapatkan wanita.

Keterlaluan

Maaf jika saya dilihat menghina wanita. Saya rasa tidak kerana langsung tidak terlintas dihati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan. Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan IQ anda untuk menjadi bimbo. Saya tahu ini susah lebih-lebih lagi bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian. Apalagi yang mempunyai kapel pasti selalu inginkan pujian darinya. Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti tersipu-sipu. Itu kalau biasa-biasa, kalau dengan madah-madah berhelah dan berkali-kali, pasti cair.

Hati wanita lembut. Oleh kerana itu mereka mudah termakan pujian dan hati mereka juga penuh dengan kasih sayang kerana itu mereka mudah ditackle. Jika kita lihat muslimat yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi ta'ala) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama muslimat), jarang terlibat dengan couple dengan muslimin kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut. Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.

Bagi wanita yang sudah habis belajar atau ingin berumah tangga pula, mereka lebih melihat kepada pekerjaan lelaki. Lelaki yang memiliki ekonomi yang stabil lebih menjadi pilihan lebih-lebih lagi apabila usia mereka semakin meningkat. Mungkin ini akan dijelaskan dalam artikel lain pada masa akan datang.

Apa yang saya tulis ini bukanlah melalui kajian khusus atau pengalaman sendiri. Namun lebih kepada pemerhatian dan pengalaman rakan-rakan atau mendengar perbualan sesama mereka. Ada juga hasil pembacaan sehingga terpanggil untuk menulis. Sedih juga kerana kadang kala mendengar kata-kata "ala, pompuan ni puji skit, mula la cair". Puji sikit dah dapat nombor telefon. Alahai. Mudahnya mereka menjadi bimbo.

18 ulasan:

SDS berkata...

entry yg mnarik...kpd semua kaum adam dan hawa, jgn jadi bimboo...

alFaratisyah berkata...

jazakallah atas perkongsiannya.
~peringatan yg sgt bagus buat kami para muslimah
~moga membuka mata hati kami semua
~wahai saudariku yg ku sayangi krnNYA, peliharalah kemuliaan diri kalian, sungguh telah Allah tetapkan kalian di suatu tempat yg tinggi di sisiNYA
~andai kamu merasa jiwamu kosong, maka dekat & mendekatlah pada RABBmu..pasti kau kan rasai kasih sayangNYA yg luas...pasti kau rasai indahnya hidup...

wallahua'alam

SHIEmah Shiemillionaire berkata...

ok..i keep ur words in my mind n hati..

cun09 berkata...

salam sahabat

kalu di pikio betul2 memang tak leh nak nafikan, itulah muslimat zaman yg serba moden niiii...kekadang takut juga ....penah dengar tazkirah seorg ustaz, perempuan niii umpama budak-budak kecik, suka 'bermain'...

**semoga dilindungi oleh ALLAH**

Al - Mu'allim berkata...

SDs, ya Mudah-mudahan

Al - Mu'allim berkata...

Afwan ukhti alfaratisyah

- alhamdulillah. moga dapat menjadikan kita semua lebih baik.

- marilah kita sama-sama berusaha mengislahkan umat ini yang semakin hari semakin rosak akhlak mereka.

Al - Mu'allim berkata...

Alhamdulillah SHIEmah.

ya, nanti sampaikan juga keapda rakan-rakan yang lain ye.

Al - Mu'allim berkata...

Wsalam cun09

itulah yang ingin sy tekankan di sini. saya sedih jika melihat muslimat merelakan diri mereka dipermainkan dan diperbodohkan spt yang dinyatakan dalam perenggan terakhir.

Almaklumlah, sy mempunyai 5 org adik perempuan. Moga mereka semua dlm peliharaan Allah

cik as berkata...

jazakallah untuk statement ni,..menarik untuk semua muslimah bila membacanya..alhamdulillah,peringatan terbaik..
ustaz,moga dapat bagi banyak lagi perkongsian berunsur pengajaran ya..saya suka bila bergaul dengan orang yang berilmu sebab diri ini cukup lemah.. syukran.

Al - Mu'allim berkata...

Afwan jiddan cik as.

InshaAllah, saya akan berusaha untuk sentiasa berkongsi pengajaran di blog kecil ini.

Alhamdulillah jika apa yang dikongsi bermanfaat untuk semua.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Ain Zulaikha berkata...

ye betul tu.. entry ni sangat menarik.. hhu kalau mcm tu saya tak nak jadi bimbo.. saya dulu ye la.. orang puji berdebar2 je rasa.. haha.. sekarang ni tak da.. sekarang bila lelaki puji, " elehhh ayat " =)

Tanpa Nama berkata...

betul tu..so hati2 bila bersahabat..pastikan sahabat kta tidak merasa sedikit pun rasa sunyi..kalau x..mcm2 perkara boleh berlaku..lagi2 bila memimpin orginasasi islam'

Al - Mu'allim berkata...

To ain zulaikha.

Bagusla kalau mcm tu. Jgn terpdaya lg dengan pujian2 camtu. Moga rmai lagi wanita yg sedar n xjd bimbo.

"elehh ayat". Menarik jg respon ni. =)

Al - Mu'allim berkata...

To anon,

Benar, perkara ini dah berlaku kpd shbt sy. Moga kita saling mengambil berat tentang sahabat kita.

Pemerhati Dunia berkata...

Sebab itulah suami saya melarang saya untuk kelihatan cantik2 jika keluar rumah dan bekerja dan hanya kelihatan kemas dan bersesuaian shj. supaya lelaki tidak akan memuji2 saya dan saya tidak akan jd 'limbo' mcm yg Al-Mu'allim cakapkan. Saya simpan kata-kata dia dan snts beringat tp masalahnya, dia pula susah hendak memuji saya bila saya pakai cantik2 dan wangi2 di rumah untuk dia(^_^) takpelah, mungkin dia puji dalam hati agaknya (^_^)

Al - Mu'allim berkata...

Tahniah kepada puan (bolehkah saya memanggil begini atau bagaimana ya?) kerana mendapat suami yang sentiasa membimbing dan menegur ke arah kebaikan.

Sentiasalah ingat pesanan beliau dan jangan jadi seperti sesetengah wanita yang dahagakan pujian dari lelaki-lelaki yang tiada kaitan dengan mereka. Entah apa manfaat pujian itu buat mereka.

Berkenaan suami susah untuk memuji, saya 'no komen'. :)
Saya takleh nak cakap lebih-lebih sebab belum berkahwin. Entah2 lepas kahwin, saya pun macam tu jg.

Teringat kata2 seorang sahabat yg dah berkahwin, pujian lelaki bukan melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Jujur saya cakap, memang sebilangan besar muslimah suka akan pujian. Tapi, entah la..saya rasa kurang senang pula bila orang puji saya (rimas). Saya rasa macam orang yang memuji ni saja ja nak mengampu saya sebabnya perkara yang orang tu puji tentang saya, saya rasa macam tak betul (tipu) ja. Pada masa yang sama, saya juga takut akan jadi riak bila orang puji. Saya rasa diri saya macam pelik dan agak jahat ja (busuk hati) sebab, selepas mendapat pujian tu selalu ja terdetik di hati saya, "la...kenapa la dia ni tiba-tiba ja memuji ni..tak ada keja lain ka dia ni". (lebih kurang macam tu la yang saya fikir). Mungkin hati saya ni kotor, sebab tu la kut selalu slalu ja fikir bukan-bukan. Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada saya. InshaAllah. Ameen.

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam.

Moga Allah membersihkan hati kita semua. Ameen.

Bagus juga kalau tidak terpedaya dengan pujian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails