BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


28 Nov 2010

Tangisan seorang lelaki

Salahkah jika seorang lelaki itu menangis? Kata orang, kalau lelaki menangis, maka tak 'macho' kerana air mata dikatakan hanya sinonim dengan perempuan. Benarkah? "No woman no cry", kata Bob Marley. Air mata yang mengalir kerana takutkan Allah mampu memadamkan api neraka, namun air mata yang mengalir kerana kehilangan 'buayafren' atau 'gelifren' hanya sia-sia.

Saya tidak pernah menangis kerana membaca buku mahupun kerana menonton TV atau filem walau sesedih mana cerita yang dilakonkan. Kadang-kadang pelik mendengar orang yang menangis kerana menonton TV. Bagi saya, mereka semua tidak munasabah dan hanya membazirkan air mata.



Menjelang ramadhan yang lalu, saya melawat seorang sahabat di Lembah Klang. Apa yang menarik tentang sahabat ini adalah beliau merupakan seorang penggemar buku. Penuh di rak di rumahnya dengan pelbagai jenis buku. Walaupun begitu, amat sukar untuk beliau memuji atau menggredkan buku sebagai 5 star. Novel ayat-ayat cinta yang digilai oleh pembaca di seluruh nusantara ini pun hanya diberikan 2.5 bintang sahaja. Oleh itu, jika ada buku yang dicadangkan oleh beliau, pasti segera saya mendapatkannya.

Begitulah mahalnya penilaian yang diberikan terhadap buku. Begitu juga dengan tempat makan ataupun makanan-makanan, beliau juga mahal dalam menggredkan kedai makan atau restoran yang kami kunjungi. Oleh itu, jika ada kedai makan yang dicadangkan oleh beliau, saya tidak memandangnya dengan remeh. Itulah kelebihan sahabat saya ini, dalam bab buku dan makanan, beliau memang 'specialist' :)

Semasa kedatangan saya ke sana, beliau bertanya kepada saya, "Pernah baca buku Travelog Haji Karya Muhd Kamil Ibrahim?".

"Tak...", belum habis saya menjawab beliau menyambung dengan kata-kata

"Aku cadang hang baca buku tu. Aku dah baca dah, memang buku tu sangat bagus. Sebak rasa bila aku baca. Memang buku sangat hebat"

"Yeke?", saya hampir tidak percaya mendengar pujian menggunung beliau kepada buku tersebut.

Saya akui, banyak kali saya melihat buku tersebut semasa berkunjung ke MPH mahupun mana-mana kedai buku. Namun tidak tergerak langsung hati saya untuk menyentuh apalagi membeleknya. Saya menganggap buku itu 'biasa-biasa' saja seperti buku-buku lain. Namun mendengar komen beliau, saya begitu teruja untuk membacanya.

"Kalau nak baca, ada di rak kat rumah. Bacalah", kata beliau.

Ketika berseorangan di rumahnya, saya tergerak untuk membaca buku tersebut. Sehelai demi sehelai saya membaca, tiba-tiba terasa sebak. Tidak tahu mengapa, hati saya begitu tersentuh membaca pengalaman yang diceritakan oleh penulis buku tersebut. Tidak tahu bagaimana untuk diceritakan, pada mulanya saya hanya ingin membelek-beleknya sahaja kerana ingin keluar namun tanpa saya sedari saya telah membaca helaian demi helaian.

Ketika sampai ke bahagian beliau membawa isteri beliau mengucup Hajaral Aswad, air mata saya gugur dan saya menangis sambil menahan esakan. Mujurlah ketika itu tiada orang di rumah sahabat saya itu, jika tidak pasti saya malu sendiri. Saya mengenangkan betapa Allah Maha Berkuasa. Pintalah pada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Ya, sebelum ini memang saya sudah tehu tentang itu, namun pengalaman penulis buku benar-benar menempelak saya apakah sebelum ini saya benar-benar beramal dengan keyakinan saya. Akhirnya saya menitiskan air mata kerana buku. Namun bagi saya air mata itu bukan air mata kosong. Bacaan saya terhenti.

Buku ini menyedarkan saya betapa panggilan menunaikan ibadah haji merupakan panggilan dari Allah menjemput manusia menjadi tetamu-Nya dan saya ingin menjadi tetamu istimewa Allah seperti yang didoakan oleh penulis buku. Selain itu, mana-mana sahabat-sahabat yang akan ke sana, pasti saya berdoa dan bepesan kepada mereka supaya menjadi tetamu Allah yang paling istimewa.

Saya juga sedar bahawa tidak ada yang mustahil jika kita memohon doa kepada Allah dengan ikhlas. Yakin dan percayalah, betapa Allah mendengar setiap permohonan kita. Berdoalah samada di Makkah mahupun di Malaysia. Memang di Haramain ada Multazam, Raudhah, Arafah mahupun tempat-tempat mustajab doa yang lain, namun di Malaysia doa kita juga didengari. Berdoalah kepada Allah.

Saya mencadangkan kepada sahabat-sahabat untuk membaca buku ini samada anda pernah ke Makkah, akan ke Makkah, berhajat ke Makkah atau sesiapa saja. Buku ini sesuai untuk anda dan ditulis untuk anda. InshaAllah banyak pengajaran yang dapat diambil. Pada saya, buku ini ditulis dengan hati dan sampai ke hati. Walaupun telah habis baca buku kepunyaan sahabat saya ini, namun ia tidak menghalang saya dari ingin membeli dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi saya.

**Saya tidak bermaksud untuk mengagung-agungkan buku ini secara berlebihan, apalagi menganggap ia lebih dari Kalam Allah. Sesungguhnya tidak ada buku yang lebih agung dari Al-Quran. Namun saya hanya ingin berkongsi kelebihan yang ada dalam buku ini yang saya dapat dengan Izin Allah. Moga kita sentiasa dalam redha Allah sentiasa.

8 ulasan:

nuraishah_abuhasan berkata...

Assalamualaikum wbt..

Buku Travelog Dakwah, Meniti Hari Esok dari beliau juga sgt bagus.. Jika ada kelapangan, bacalah..

Tidak salah lelaki menangis.. Pada saya istilah 'tak macho' itu hanya pada mereka yg berfikiran sempit.. Allah menciptakan sesuatu pasti bersebab.. Hanya sesetengah lelaki terlalu ego.. Dan sesetengah wanita pulak terlalu sensitive..

Menangis menonton tv or novel juga tak salah asalkan bertempat.. Contohnya jika menangis kerana tersentuh dgn kisah kasih sayang ibu kepada anak, pengorbanan seorg bapa dan tangisan kesedaran melihat kisah2 yg menyedarkan dan mendekatkan diri pada ALLAH.. Malahan insyaAllah, kita dapat belajar sesuatu drpdnya..

Bukanlah tangisan hisdustan atau sedih kerana cinta.. Itu melalaikan dan tidak patut..

Lebih baik menitiskan air mata diatas sejadah drpd diatas sofa.. But, not all of it is bad..

Wallahualam.. Hanya pendapat dr seorg yg ilmunya terlalu cetek..

cik as berkata...

salam..
nampak menarik ni..saya rasa nak cari la..suka sangat buku2 yg mmberi tarbiyah dan meningkatkan iman..^_^

Yong Sofea berkata...

inshaAllah, saya nak cari buku tu. :)

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam wbt..

Terima kasih atas pandangan saudari...

Travelog Dakwah, menurut sahabat saya tu tidak sebaik travelog haji. Wallahu 'alam saya belum membacanya. Namun inshaAllah jika berkesempatan saya akan dapatkannya.

ya, tidak salah menangis kerana tersentuh menonton tv atau novel. Ia sememangnya sinomim dengan perempuan tetapi tidak kepada lelaki kerana lelaki biasanya tidak menunjukkan kesedihannya dengan cara begitu.

Bagaimanapun, ini hanyalah pendapat saya sahaja. Boleh jadi benar boleh jadi salah.

Al - Mu'allim berkata...

Ya Cik as.

Benar! buku ini sangat menarik. Jika cik as sukakan buku yang memberi tarbiyah dan meningkatkan iman, inshaAllah Travelog haji adalah salah satu darinya.

Al - Mu'allim berkata...

Yong Sofea, cari cari carilah buku tersebut.

InshaAllah yong sofea akan berpuas hati

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kalau berpeluang ke kedai buku nanti, saya cuba cari, ingin juga nak baca isinya..

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam

InshaAllahustaz akan puas ati dengan isi kandungannya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails