BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


3 Nov 2010

Keganasan Penyokong Bolasepak Kelantan

Kelantan sering dilabelkan sebagai pasukan yang mempunyai penyokong yang ganas, tidak berdisiplin dan pelbagai lagi yang buruk-buruk. Setiap perlawanan pasti lense kamera mencari kepelikan kelakuan penyokong bola sepak Kelantan untuk disensasikan. Walaupun ia turut dilakukan oleh penyokong pasukan lain, namun kes penyokong Kelantan berbeza.

Apa saja keburukan pasti ditonjolkan seolah-olah hanya yang buruk saja dilihat. Saya turut menyelar tindakan segelintir penyokong yang berlebih-lebihan namun tidak adil jika ingin menyalahkan semua yang lain. Kenapa tidak didedahkan juga tindakan liar penyokong lain jika ikhlas ingin mengekang tindakan ini?

Hakikatnya pemandangan dan gambar ini tidak selalu dapat dilihat di stadium menjelang perlawanan bola sepak.

6 ulasan:

alFaratisyah berkata...

Alhamdulillah..inilah yg menjadi antara asbab Allah memudahkan pasukan Kelantan menjuarai Piala Malaysia kali ni.
~Islam itu syumul, ibadah tdk hanya di masjid, bahkan bersukan juga boleh jadi datu ibadah kalau betul niat & caranya. Buku VT tulisan Hilal Asyraf mengulas sukan sebagai ibadah dgn perspektif yg lebih luas & menarik, memberi motivasi buat semua dlm melonjakkan Islam melalui sukan.

Wallahua'lam

Nur Areefah berkata...

media~

SDS berkata...

solat itu tiang agama, tdk kira dmana kita berada, solat ttp menjadi keutamaan dlm khdpn seorang muslim...

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih alFaratisyah.

Alhamdulillah.
Benar, ibadah itu luas, namun muslim sendiri yang menyempitkannya.

Antara sifat Islam adalah waqi'iyyah dan 'alamiyah. Bersolat bukan hanya di masjid tetapi di mana-mana saja asalkan bersih.

Al - Mu'allim berkata...

~Nur Areefah~

Media yg memanipulasi semuanya. Bergantung kpd kita untuk dimanipulasi atau tidak

Al - Mu'allim berkata...

Terima kasih SDS.

Benar begitu, namun sedih jg bila kadang-kadang orang yang selesa berada di rumah pun tidak solat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails