"Berqailulahlah (tidurlah pada tengahhari) kerana sesungguhnya setan tidak berqailulah." Tayalisi dan Abu Nu'aim dalam Tabrani , dinilai hasan oleh al-Albani, sahihul Jaami' 4431
Bagaimana kita tidur?
Dalam surah al-kahfi, Allah SWT berfirman
"Maka Allah menutup telinga mereka di dalam gua itu (menidurkan mereka), selama beberapa tahun"
Mengapa dikaitkan menutup telinga dengan tidur? Mengapa bukan mata? Bukankah kita tidur dengan memejamkan mata, bukan dengan kita menutup telinga?
Satu kajian yang dijalankan oleh saintis menunjukkan bahawa bukan mata kita yang menyebabkan kita tidur. Ada orang yang tidur sambil matanya terbuka, dan apabila kita menutup mata tidak semestinya kita tidur.
Menurut saintis tersebut, apabila kita tidur, ada satu saraf dari telinga ke otak yang di'putus'kan, itulah yang menyebabkan kita tidur. Apabila kita dipukul di bahagian tersebut kita akan pengsan (tidur) kerana ia telah diputuskan sementara. Demikianlah ayat Allah di dalam al-quran tetapi kita tidak sedar kerana kita hanya membaca bukan mengkaji.
Sering kali kita ingin mengaitkan sains dengan al-quran, setiap penemuan sains kita ingin kaitkan dengan Al-quran. Kenapa tidak kita mencari hikmah dari Al-quran? Seringkali penemuan dijumpai oleh saintis barat yang mengkaji sains dan kita hanya mendabik dada kerana kajian itu bertepatan dengan al-quran. Kenapa tidak kita yang mengkaji?
Cara tidur?
Bagaimana anda tidur. Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.(rujuk di sini)
Orang lelaki tidak dibenarkan tidur meniarap kerana dikatakan syaitan betina akan berada di bawah. Dari sudut sains pun bahaya kepada jantung jika tidur sedemikian. Sementara wanita tidak digalakkan tidur terlentang kerana dikatakan syaitan jantan akan berada di atasnya. Wallahu'alam. itu kata sang ustaz saya tidak lama dulu. Namun jika dilihat dari sudut tersurat pun, memang bahaya bagi wanita yang tidur terlentang.
Apa yang ingin saya jelaskan di sini hanyalah bagaimana kita tidur. Ianya bukan dengan mata seperti yang selalu kita fikirkan, tetapi sebenarnya telinga. wallahu'alam
2 ulasan:
tq sbb berkongsi info yang berguna ini...
sama-sama.
moga kita mdpt manfaat darinya
Catat Ulasan