BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


7 Jan 2011

Mengapa teriak? Hati tidak berjarak….‏

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:
 
“Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?”
 
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: “Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak.”
 
"Tapi…” Sang guru balik bertanya, ” Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?”
 
Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.
 
Sang guru lalu berkata: “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat."
 
Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
 
"Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.” Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:
 
“Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?”
 
Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.
 
Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani
bangkit untuk memberikan jawapan. ” Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak.
 
Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan. ” Sang guru masih meneruskan:
 
“Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu.
 
Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda.”
 
Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Ini adalah petikan dari email. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. 

5 Jan 2011

Jika cinta...

Semasa sibuk mengemas, saya bertemu sebuah buku yang di dalamnya terdapat satu MUTIARA KATA yang indah untuk saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di sini. Buku ini kepunyaaan allayarhamah adinda yang hampir setahun pergi meninggalkan kami. Moga allayarhamah bahagia di sana. Saya amat tertarik dengan ayat terakhir itu. Terimalah MUTIARA ini sebagai perkongsian dari seorang sahabat kepada sahabatnya.

"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah cintaku hanya pada-Mu
agar tiada cinta lain yang menawanku. Jika rindu adalah rasa sakit, jadikanlah rasa sakit itu untuk aku selalu merindui-Mu, hingga hujung nyawa menunggalkan rasa di hatiku hanya untuk satu cinta. Bila tidak mampu aku menyintai-Mu, ke mana harusku sembunyikan wajahku bila berjumpa-Mu Ya Robb..."

Mungkin ada yang pernah membacanya. Ya, ke mana ingin kita sembunyikan wajah bila berjumpa Allah jika di dunia ini tidak mampu kita menyintai-Nya.

Cinta? Apa yang kita faham tentang cinta?
Berapa kali kita menepati janji semasa mengadap-Nya 5 x sehari?
Berapa kali kita mengingatinya dalam sehari? Seminggu? Sebulan?
Berapa kali kita memohon dia kepadanya? Apakah kita tidak berhajat kepada-Nya?
Berapa kali kita memohon ampun ke atas dosa yang kita lakukan setiap hari?
Berapa kali kita bangun malam bersunyian dengan-Nya?
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Berapa kali kita...
Orang bercinta pasti rindu akan pasangannya.
Orang bercinta pasti selalu ingin bersama pasangannya.
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...
Orang bercinta pasti...

ya Allah, jadikan aku seorang hamba mencintai-Mu lebih dari segalanya.

p/s : semalam mimpi buruk. Moga ianya hanya mimpi dan tiada apa2. ya Allah, aturkan kehidupan kami dengan panduan dan pedoman-Mu dunia dan akhirat.

1 Jan 2011

2011 : Ahli maksiat vs ahli ibadah

Belum pun sampai sebulan kita menyambut tahun baru Hijrah, datang pula tahun baru Masehi. Ternyata tahun ini lebih diingati oleh umat berbanding tahun Hijrah. Masing-masing mula melakukan persediaan dan memasang azam tahun baru. Sudahkah azam tahun lepas dilaksanakan dengan jayanya?

Moga kehadiran tahun baru ini memberi perangsang atau menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi yang lebih baik. Sebenarnya tidak perlu menunggu tahun baru untuk berubah, bila-bila masa pun boleh berubah, tetapi bolehlah kalau ingin menjadikan permulaan tahun sebagai titik tolak perubahan. Itu lebih baik dari tidak berubah langsung.

Moga malam ini tidak berlaku aktiviti yang tidak berakhlak seperti tahun-tahun lepas. Kebiasaan tahun-tahun lepas, pagi tahun baru pasti botol arak bertaburan, sisa-sisa kondom bersepah di jalanan dan juga kaki-kaki botol terbaring di tepi-tepi jalan. Anak-anak muda leka berkumpul kononnya menunggu detik 12 malam. Pada kali ini saya hanya menyambut detik itu di rumah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Maklumlah, saya di Kelatan pada tahun ini berbanding sebelumnya saya di Lembah Klang.

Rindu pula aktiviti menyambut tahun baru di Lembah Klang. Pada malam tahun baru atau malam merdeka, saya biasanya berada di dataran Merdeka atau KLCC. Bersama sahabat-sahabat kami turun sebagai duta penyelamat untuk mengedarkan risalah mahupun menyertai gerakan 'amal makruf nahi mungkar' bagi menangkap pasangan couple untuk dibawa ke Masjid bagi sesi kaunseling.

Bagi merasai 'kegilaan' remaja ibu kota, saya lebih suka menaiki LRT untuk ke sana. Terasa kaget juga melihat anak-anak muda dengan pakaian yang pelbagai. Sudahlah saya menjadi perhatian mereka kerana berbaju melayu untuk ke sana. Ternyata pengalaman itu mahal harganya. Moga sahabat-sahabat yang meneruskan agenda ini akan terus thabat dan sabar menghadapi kerenah remaja ini. Mereka jahil, pimpinlah mereka ke jalan Ilahi.

Pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang menghalau, ada yang melawan namun ada juga yang menangis. Entah menyesal, entah takut. Untung juga bergerak berkumpulan, tidaklah kita takut dengan mereka yang cuba bertindak melawan. Konon hak asasi peribadi. Bagaimana nasib negara di masa hadapan jika begini sikap anak muda bakal pelapis kepimpinannya.

Moga akan ada perubahan dalam sambutan tahun baru mahupun sambutan hari kemerdekaan. Benar kata pak ustaz. Tahun baru : Ada ahli maksiat memanggil bala, ada ahli ibadat memohon keampunan. Kita dalam kategori mana?

31 Dis 2010

Haid : Bukan wanita saja perlu tahu

Apabila disebut tentang darah haid, wanita-wanita pasti berasa malu kerana beranggapan ianya hal peribadi mereka dan para lelaki pasti tidak berminat untuk mengendahkannya kerana beranggapan itu bukan masalah mereka. Ini mungkin disebabkan persekitaran masyarakat kita yang melihat perkara itu sebagai kotor semata-mata sehingga menimbulkan malu bagi wanita untuk membicarakannya.

( Hal ini sama dengan term 'seks'. Pada asasnya, seks adalah sesuatu yang terhormat, bahkan mereka sendiri lahir hasil hubungan seks namun ia dilihat sebagai sesuatu yang lucah kerana persekitaran masyarakat kita sendiri yang melucahkan seks itu tersebut )

Oleh kerana malu tidak bertempat ini menyebabkan mereka tidak mendapatkan ilmu secukupnya tentang haid dan kesannya amatlah besar terutama terhadap ibadah mereka. Sudah pasti sukar untuk menentukan mana darah istihadah, mana darah haid, bila dikatakan istihadah, bila dikatakan haid dan sebagainya. Soal solat, puasa dan haji pasti bermasalah jika tiada pengetahuan mengenainya. Itu belum lagi bab untuk mengajarkan kepada anak-anak mereka nanti apabila bergelar ibu. Bagaimana ingin mengajar anak jika diri sendiri tidak faham tentang masalah ini?

27 Dis 2010

Wanita Meminang, Berkapel Dan Pertunangan Menurut Islam

Berkapel & Displin Dalam Bertunang
 kapel
Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini


Jawapan
 
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah Maha Bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

22 Dis 2010

3 benda ikut mayat ke kubur

Tak tahu kenapa 2 3 hari ini banyak perkongsian yang saya lepaskan dari draft artikel saya. Barangkali sudah terlalu lama ianya disimpan di sini sehingga tidak tahu mana satu yang harus didahulukan. Lebih baik lepaskan saja apa yang ada sebelum bertambah serabut untuk siarkan artikel yang mana satu dulu.

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang akan mengikut kita ke kubur. Ianya merupakan kupasan dari hadith baginda Rasulullah SAW untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita lebih sedar dan ingat tentang mati. Maaf sebab saya lupa matan hadith ini. Mohon sesiapa yang tahu, share kt sini.

3 perkara yang akan ikut kita ke kubur, 2 darinya akan pulang semula dan satu daripadanya akan tinggal bersama-sama kita dan menemani kita.

Ajaibnya sedekah

Ni sambung dari artikel yang lepas. Pada mulanya saya ingin mencantumkannya namun kekangan masa menyebabkan saya terpaksa menulis secara berasingan. Apabila kita bercakap tentang sedekah atau pun hadiah, kita akan terbayang harta atau sesuatu milik kita akan berpindah ke tangan orang lain dan kita rugi. Ini kerana harta kita dilihat semakin berkurangan. Ya, sudah pasti kita akan mendapat ganjaran di akhirat nanti, tapi sebelum itu, di dunia lagi kita mendapat berkat darinya.

Jika kita bersedekah, harta yang kita keluarkan itu tidak hanya berhenti terhadap penerimanya sahaja, bahkan dari penerimanya akan berpindah kepada orang lain, seterusnya kepada orang-orang lain dan akhirnya akan kembali kepada kita semula. Ianya seperti satu kitaran bahkan mungkin kita akan mendapat lebih lagi. Harta yang hanya ada pada kita tanpa sedekah, tidak akan bertambah dan bergerak dalam kitaran itu pasti statik saja sifatnya.
Rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita bukan milik kita keseluruhannya. Ianya juga rezeki orang lain yang Allah berikan melalui kita untuk menambahkan pahala kita. Allah boleh berikan rezeki itu terus kepada orang itu, namun Allah memberinya melalui kita untuk memberi manfaat kepada kita. Contohnya apabila kita belanja kawan kita makan, usah kita terlalu bangga dengannya kerana itu memang rezekinya yang Allah berikan kepada kita untuk menambah pahala kita. Begitu juga jika orang belanja kita makan atau beri sesuatu hadiah, jangan cepat ucap terima kasih tetapi dahulukan ucapan itu dengan Alhamdulillah sebelum terima kasih. Allah yang memberi rezeki, namun melalui rakan kita. Saya ada beberapa kisah menarik mengenainya. Mari sama-sama kita hayati :)

21 Dis 2010

Tahniah adindaku

Alhamdulillah. Puja dan puja hanya pada Allah. Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, adik saya dipilih untuk belajar di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman (MTSNA) selepas berjaya dalam temuduga yang dihadiri beliau tempoh hari. Moga beliau berjaya menjadi saintis atau ulama yang hafiz al-quran.

Sebenarnya agak bimbang kerana sewaktu ujian lisan, beliau tidak dapat menghafal dengan sempurna dan beberapa kali ditegur oleh sang ustaz. Namun alhamdulillah mungkin markah temuduga dan ujian bertulis banyak membantu. Walaupun sewaktu melawat Maahad tersebut sewaktu ujian hari itu, saya melihat bangunannya masih belum siap sempurna namun inshaAllah semua itu tidak menjadi halangan.

Beliau adalah yang pertama dalam keluarga kami yang akan belajar di Maahad Tahfiz selepas saya gagal melakukannya dulu kerana 'halangan'. Ketika itu Maahad Tahfiz Sains belum ada, yang ada hanyalah Maahad Tahfiz wal Qiraat. Walaupun saya mendapat sokongan dan galakan penuh dari sahabat saya yang merupakan senior di sana, namun ada 'halangan' yang menjadi penghalang. Beliau agak kecewa kerana saya tidak hadir temuduga walaupun berkeyakinan saya mampu melepasinya, namun apa boleh buat saya tiada daya untuk menentang 'halangan' itu. Saya hanyalah anak kecil yang usai UPSR dan belum mengerti apa-apa. Mungkin ada sebab yang menyebabkan saya tidak dipilih untuk mengisi dada saya dengan ayat-ayat cinta-Nya. Bila diingat kembali 'halangan' itu, saya jadi sedih sendiri.

Apabila usai tingkatan 5, saya cuba berdikari dan melepaskan diri dari 'halangan' itu. Saya mencari ruang dan peluang untuk menjadi seorang al-hafiz namun tidak berjaya. Ada satu peluang untuk mengikuti Pensijilan Tahfiz di Darul Quran namun ketika itu tempatnya sangat terhad. Saya difahamkan ketika itu mereka hanya menyediakan 3 tempat untuk setiap negeri sedangkan yang hadir untuk ujian adalah lebih 50 orang semuanya dari sekolah yang hebat seperti Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Naim lilbanat dan sebagainya. Pengetahuan Bahasa Arab mereka amat hebat sehingga mereka menghafal al-quran sekejap saja dengan menggunakan tafsir. Tiada daya untuk saya mengatasi mereka. Apa yang saya tahu mereka yang terpilih adalah dari Maahad Muhammadi.

Mengingati kisah ini menyebabkan saya senyum sendiri. Ada kisah suka dan dukanya. Moga adik saya akan berjaya menghabiskan hafalannya di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails