BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


26 Jan 2011

Ada hikmahnya

Tok penghulu dgn anaknya membela seekor kuda.Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke hutan yg berhampiran. Orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.......

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah, mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu.Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dgn membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung", begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil menggembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada suatu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib Tok.Baru dapat nikmat,sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok penghulu tersenyum dan berkata: "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian,kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka terkenal zalim dan tidak berkeperimanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan!Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!", arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!", kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."


SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR.

Cerita di atas menunjukkan setiap dugaan, kepahitan, ujian, mehnah dan tribulasi yang Allah berikan kepada kita, mesti ada hikmahnya. Mesti ada manisnya. Cuma terpulang kepada kita samada hendak lihat dengan mata kasar atau dengan mata hati. yang paling penting, orang beriman sentiasa melihat sisi yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sisi Allah.



" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah : ayat 216)

Sumber : SOLUSI ISU#19..(M/S 108)

**Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini.  Things happen for reasons. InshaAllah, sama-sama muhasabah diri dan bersangka baik pada Allah.

24 Jan 2011

Cium adik perempuan

Ada yang bertanya pandangan, apakah boleh seorang abang mencium adik perempuannya atau kakaknya. Sudah pasti yang ditanya ini adalah tentang adik dan kakaknya yang sebenar dan sudah menginjak usia remaja samada di sekolah menengah atau mahasiswi IPT.

Apa yang saya tahu, hukum asal bagi perbuatan itu adalah harus, namun kita perlu melihat kepada diri dan situasi ketika itu apakah boleh mendorong kepada fitnah atau pun akan menimbulkan perasaan 'tidak enak' dalam diri. Anda mampu menjawabnya namun tidak semua berperasaan begitu. Kadang-kadang sifat malu yang menghalang dari seorang abang mencium adiknya. Samada malu itu dari adik atau abangnya sendiri itu persoalan lain. Ada yang sudah biasa tetap melakukannya tapi ada juga yang tidak biasa berasa janggal untuk melakukannya walaupun dengan ayah dan ibu sendiri.

Ya, tidak ramai muslimat mencium ayah, mereka hanya bersalaman dan mencium tangan sahaja kerana tidak biasa dan malu namun apabila dengan ibu, bukan main lagi mereka bersalaman dan memeluk cium ibu. Muslimin pula langsung hanya mencium tangan ayah dan ibu mereka kerana mereka malu untuk melakukan lebih dari itu. Barangkali dilihat tidak macho.hehe. Jika dengan ibu dan ayah pun malu, apalagi dengan adik dan kakak.


Bagaimana saya? 

Hampir semua adik saya adalah perempuan dan semuanya sudah melepasi bangku sekolah rendah kecuali si bongsu. Dengan ibu dan ayah alhamdulillah saya tidak bermasalah untuk mencium mereka samada semasa raya mahupun bermusafir, tetapi dengan adik perempuan saya sendiri malu melakukannya malah tidak terfikir untuk melakukannya kecuali dengan si bongsu yang manja itu. Bagi saya, cukuplah mereka mencium tangan saya semasa hari raya, ke sekolah, bermusafir mahupun usai solat jemaah keluarga.

Saya akui, zaman sekarang banyak berlaku perkara sumbang sekalipun di dalam keluarga dan perlakuan ini jika dilakukan di luar rumah pasti menimbulkan fitnah. Justeru terpulang kepada individu itu untuk menilai perbuatan mereka itu. Saya yakin dan percaya, kebanyakan sahabat-sahabat yang sering ke sini adalah yang baik-baik dan berilmu justeru bijak untuk menilai apa yang ingin saya katakan.

Bagi sahabat-sahabat yang malu untuk mencium ibu dan ayah, nasihat saya hanyalah satu, kita hanya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu sahaja di dunia ini. Usah malu untuk memeluk cium mereka kerana mereka pasti bangga dan gembira. Selagi ada umur, lakukanlah kerana bila mereka sudah pergi, kita tidak lagi ada peluang untuk melakukannya. Ya, kadang-kadang apa yang ada di hadapan kita,jarang kita syukuri dan hargai sehinggalah mereka pergi dan hilang dari sisi kita. 

Terima kasih atas kunjungan ke sini dan saya amat berbesar hati jika ada yang ingin kongsikan pengalaman sendiri. Saya juga memohon teguran jika ada sebarang kesilapan di dalam penulisan ini.

Jazakumullahu khairan kathira.

21 Jan 2011

Jadilah isteri solehah

Selamat menjalani ibadah di penghulu segala hari ini. Seperti biasa, rutin harian saya pada hari ini adalah ke Medan Ilmu bagi mendengar kuliah jumaat yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar. Kuliah tafsir Tok Guru sangat menusuk dan menyentuh sanubari para pendengar dan perumpamaan yang digunakan beliau sangat kena dengan konteks semasa dan mudah difahami.

Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang kuliah jumaat atau pengisian yang saya dapat dari sana pada hari ini. InshaAllah akan datang kalau berkesempatan saya cuba kongsikan kuliah tafsir itu. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah tentang pengisian dari radio IKIM yang saya dengar dalam perjalanan ke Medan Ilmu pagi tadi.

Saya kurang pasti siapakah nama ustazah yang menjadi tetamu pagi tadi namun saya amat tertarik dengan perumpamaan yang beliau gunakan dalam menghuraikan slot beliau. Saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya slot itu namun sedikit sebanyak saya cuba kongsikan apa yang saya dengar. Jika ada sahabat lain yang mendengarnya, sudilah kiranya menambah atau pun jika ada kesilapan atau kesalahfaham saya dalam memetik ilmu, silakan berkongsi di sini.Ia berkenaan tentang seorang isteri yang mempunyai suami yang tidak baik.

19 Jan 2011

Saya dan rokok : episode 1

Jika kita bertanya kepada perokok sebab mereka merokok pasti kita akan mendengar pelbagai sebab dan alasan. Nak hilang lugar, untuk kepuasan, lambang kemachoan, bergaya dan berbagai lagi boleh diberikan namun paling utama adalah disebabkan ketagihan dan berkenalan mereka dengan rokok adalah disebabkan oleh pengaruh dan faktor ingin mencuba.

Saya tidak ingin bercakap tentang kandungan rokok secara khusus dan kesan-kesan serta akibat buruk dari merokok kerana ianya boleh didapati dengan mudah di internet dan website Kementerian Kesihatan Malaysia, namun apa yang ingin saya tekankan adalah pengalaman dan kisah hidup saya bersama golongan yang merokok.

Anak seorang perokok

18 Jan 2011

Cikgu Mala, saya kagum dengan cikgu

CORETAN SANTAI SEORANG CIKGU


Ini bukan artikel politik kampungan, bukan juga artikel politik jumud dan rigid tetapi artikel tentang seorang guru yang hebat. Tontonlah video ini secara bijaksana, bacalah artikel ini dan nilailah dari kaca mata seorang berpendidikan. Nilailah secara profesional. 

Tahniah juga kepada cikgu Makrof kerana mempunyai isteri yang hebat. Bukan hanya berguna untuk keluarga bahkan boleh dimanfaatkan oleh ummah. Oh, saya juga mahu jadi hebat seperti mereka.

Seorang guru, isteri dan ibu hebat seperti beliau pastu turut dicorak oleh suami yang hebat. Tiba-tiba teringin mempunyai isteri seorang aktivis ummat sepenuh masa.

Berbanggalah wanita, cikgu Mala adalah ikon seorang Muslimah yang meletakkan kepentingan pejuangan 
melebihi kepentingan sendiri kerana sanggup meletak jawatan sebagai guru untuk berbakti kepada ummah.

Guru bukan hanya kerjaya di sekolah semata-mata tetapi lebih dari itu. Duhai rakyat Johor, berbanggalah memiliki warga yang hebat ini dan manfaatkanlah.

17 Jan 2011

Antara kasih dan kasihan : Mana patut didahulukan?

Terlebih dahulu saya nak minta maaf kepada para penanya soalan di formspring di sidebar sebelah. Saya tidak dapat memberikan jawapan sebagaimana yang dikehendaki. Ada yang saya abaikan soalan tanpa jawapan dan ada juga saya jawab secara umum lebih-lebih lagi soalan yang berkaitan dengan biodata lengkap saya. Cukuplah rasanya serba sedikit yang saya ceritakan di sini. Adapun soalan-soalan yang berkaitan hukum hakam, saya bukan seorang ustaz, saya hanya membantu mencari link dari org yang berautoriti untuk menjawab. Soalan tentang pandangan, saya cuba kongsikan namun ianya bukanlah mewakili kaum lelaki atau kaum guru dan sebagainya tetapi hanya mewakili diri saya sendiri. Mohon kemaafan sekali lagi dari sahabat-sahabat. Kadang-kadang ada yang saya tinggalkan untuk dijawab dalam bentuk artikel.

Antara kasih dan kasihan?

Mengapa perlu dipisahkan antara keduanya? Bukankah keduanya saling berkaitan? Mana mungkin datangnya kasihan kalau tidak ada kasih, tetapi kadang kala mungkin hanya ada kasihan tetapi kasih tidak ada. Susah kan nak faham kalau tidak diberikan contoh. Sebenarnya apabila menyebut tentang kasih, kita kalau boleh jangan menyempitkan kasih itu hanya untuk pasangan lelaki dan perempuan. Ia luas dan lebih dari itu.

Apakah makna kasih pada kita? Seorang ayah yang melihat anaknya tidur di pagi hari tidak sanggup mengejutkan untuk solat subuh, apakah itu kasih atau kasihan? Sebenarnya itu adalah kasihan bukan kasih.

Seorang ibu yang melihat anaknya yang sudah menjangkau usia terbaring keletihan kerana lesu berpuasa sepanjang hari, apakah mahu kasihan kepadanya dengan memberi makanan ataupun memujuknya bertahan yang secara langsung menunjukkan kasihnya untuk melihat anaknya ke syurga.

Begitulah kadang kala kita tidak dapat membezakan antara kasih dan kasihan sehingga kita keliru mana satu yang perlu didahulukan.

Jika bercakap tentang hubungan lelaki dan perempuan pula, pada saya seorang lelaki tidak pantas mengahwini perempuan itu hanya disebabkan rasa kasihan dan simpati semata-mata. Ini secara tidak langsung pasti akan menyeksa perempuan itu apabila bergelar isterinya nanti.

Saya teringat kisah seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita untuk menutup aib wanita itu yang mengandung anak rakannya tanpa nikah. Saya tidak berniat utk membincangkan isu sah atau tidak nikah tersebut , cuma perkahwinan atas dasar kasihan ini membawa kepada kemudaratan kepada isteri apabila suami gagal mencintai isterinya.

Dari kasih timbulnya rasa kasihan tetapi tidak sewajarnya rasa kasihan itu menelan rasa kasih tersebut. Umpama contoh yang saya berikan di atas. Seorang ibu kasih kepada anaknya yang sedang nyenyak tidur, lantas menimbulkan rasa kasihan untuk mengejutkannya. Tidak boleh melayan rasa kasihan itu sehingga menelan rasa kasih tersebut. Rasa kasih untuk membawa anak ke syurga.

Ringkasnya mudah, rasa kasih akan membawa ke syurga tetapi rasa kasihan hanya akan membawa kepada tak sampai hati sahaja. jadi perlu dibezakan antara kasih dan kasiha namun tidak boleh dipisahkan. Rasa kasih boleh membawa kepada kasihan lantas akan menimbulkan rasa tak sampai hati. Dengan kata lain, rasa kasih itu perlu di dasari dengan keimanan. Ya, perlu didahului kasih namun tidak semestinya sampai kepada kasihan.

Soalan seterusnya soal beza suka, kasih, cinta dan sayang. InshaAllah saya cuba menjawab di artikel akan datang. Setiap orang bebas mengemukakan pandangan. Perbezaan pandangan tidak salah, yang salah adalah tidak mahu mendengar pandangan orang lain dan mendakwa hanya pandangannya yang benar.

12 Jan 2011

Muhasabah cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... 
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... 
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

lirik disalin tampal dari sini. 
Hayati liriknya. Moga beroleh manfaat

Mendengar alunan lagu ini mengingatkan saya kepada allayarhamah adinda yang tersayang yang pergi meninggalkan kami pada tahun lepas. Berkali-kali allayarhamah mendengar lagu dan setiap kali itulah juga allayarhamah mengatakan lagu ini sesuai dengan keadaanya. Allayarhamah agak lama sakit namun saya sebagai abang kagum dengan kekuatan yang ada padanya. Saya sendiri tidak pasti apakah saya akan sesabarnya.

Inilah dendangan dan halwa telinga yang memujuk dirinya di kala sudah kekeringan air liur membaca kalam Allah dan bergurau senda dengan adik-adiknya yang lain. Sesekali mengadu kepada saya  tentang sahabat-sahabatnya yang tidak bertanyakan khabar walaupun  seringkali juga saya melihat sahabat-sahabatnya datang. Bahkan keluarga kami mengenali latar belakang sahabat-sahabatnya secara lengkap sehingga ada yang memanggil bonda dan ayahanda saya, sebagaimana saya memanggil.

Banyak mutiara-mutiara hikmah dan nasihat-nasihat dititipkan buat adinda-adindanya yang lain sebelum pergi. Antaranya adalah harapan beliau kepada adindanya yang ini. Walaupun terlantar sakit, namun allayarhamah masih menguatkan diri untuk bangun dan berjalan sendiri menggunakan tongkatnya. Pernah juga cuba menjodohkan saya dengan sahabatnya tetapi saya tidak mengambil serius kerana mereka semua seperti adik-adik saya juga. Banyak sebenarnya rahsia yang kami kongsikan bersama. Saat dia pergi meninggalkan kami, saya tiada di sisi, namun saya redha dengan ketentuan Illahi walaupun air mata mencurah-curah tanpa sedar. Allayarhamah sudah lama bersabar dengan sakitnya lalu Allah yang Maha Penyayang mengambilnya kembali ke Rahmat-Nya. Dalam sedih saya tetap bersyukur kerana allayarhamah pergi dengan tenang.

Moga kita akan bertemu lagi di syurga kelak.

Duhai diriku, saban hari kamu melihat berita kematian, bagaimana kamu begitu yakin giliran kamu bukan selepas ini. Giliran kamu bila-bila saja. Bersedialah dengan pelawat yang datang melawat kamu 70 kali sehari itu.

11 Jan 2011

Saya ada pelawat setiap hari‏

Mohon maaf kerana kurang memberi perhatian semenjak dua menjak ini. Pada perkiraan saya, saya mampu untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari namun saya silap, saya tidak mampu melakukanya. namun saya akan cuba untuk terus istiqamah bagi memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.""

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

wAllahua'lam..

Ini satu lagi tazkirah yang saya perolehi dari email. Saya memohon maaf kerana masih tidak sempat untuk menulis sendiri samada peringatan atau isu semasa yang best. Kalau ada pun tentang banjir di kampung halaman yang sahabat-sahabat boleh dapati dari media massa. Itu pun banjir sudah beransur pulih dan kehidupan inshaAllah akan kembali seperti sedia kala.

Sahabat-sahabatku, pernahkah kita peduli tentang pelawat yang sentiasa menziarahi kita ini? Apa yang pasti suatu kehadiran pelawat ini bukan saja-saja bahkan untuk menjemput kita bersamanya. Cuma waktu dan ketikanya tidak kita ketahui. Setiap kali pelawat kita datang, apakah kita bersedia untuk mengikutinya atau bagaimana cara kita 'melayannya'?

Kita tidak tahu bila kita akan mati, justeru persiapan perlu lah kita buat bermula sekarang. Syarat mati bukan semestinya sakit. Ada orang mati sewaktu sihat walafiat. Syarat untuk mati bukan mesti tua kerana berapa ramai orang muda yang mati. Bahkan ada yang masih bayi atau kanak-kanak pun mati samada didera atau sebagainya.

Bila menyebut tentang dera, saya teringat berita semalam tentang kanak-kanak yang mati dengan 73 kesan penderaan. Kecederaan dalaman termasuk kerosakan organ yang teruk dipercayai didera walaupun laporan awal yang dibuat kononnya kanak-kanak itu lemas. Apa mungkin ibu tiri yang kejam itu tidak sedar perlakuannya itu diperhatikan oleh pelawatnya?

Moga semasa pelawat itu datang menjemput kita, kita dalam keadaan sedia dan cukup segala amalan sebagai bekalan di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails