BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


23 Nov 2011

Perjalanan yang jauh

Alhamdulillah. Selamat sampai ke kampung halaman jam 1pagi tadi. Awal pagi Rabu baru sampai ke kampung halaman sedangkan sekolah sudah mula bercuti sejak Sabtu yang lepas. Kelewatan pulang ke kampung halaman kerana hari Ahad ada kenduri sahabat di Balik Pulau. Boleh saja pulang pada Ahad malam, tetapi ditangguhkan kerana ingin mengikuti kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Negeri P.Pinang pada malam itu.

Berjaya mengajak 3 orang sahabat guru yang lain dan turut membawa seorang anak murid yang sangat konsisten dalam belajar mengaji Al-Quran.
(Sesungguhnya saya malu pada rakyat Negeri Pulau Pinang kerana UAI dibenarkan memberi kuliah di Masjid Negeri yang besar itu dinegeri mereka sedangkan di negeri Kelantan, UAI tidak dibenarkan berkuliah di masjid atas arahan MAIK. Oleh itu, kuliah yang sepatutnya diadakah di Masjid wakaf Bharu pada Khamis ini ditukarkan ke Gelanggang Futsal Arena di Pengkalan Chepa)

Hajat untuk pulang pada Hari Isnin terbantut apabila bonda dan ayahanda sahabat ini meminta saya bermalam di rumah mereka semalam dua. Saya hanya mampu bermalam semalaman sahaja sebelum pulang pada hari Selasa bersama 2 orang sahabat yang lain.

Kami bertolak usai solat asar kerana menunggu seorang daripada kami masih mempunyai urusan di sekolah. Perjalanan lancar sehinggalah sampai di Tasik Banding, beliau diSMS tentang satu tugasan yang belum disiapkan. Bayangkan dalam keadaan pulang ke kampung masih lagi diburu.huhu.
Perjalanan diteruskan hingga kami tiba ke puncak Banjaran Titiwangsa jam 8.15 malam. Suasana hujan lebat dan kabus yang tebal menyukarkan perjalanan kami. Kami mengambil keputusan untuk berehat di sana sambil membantu sahabat tadi menyiapkan tugasan yang diSMS tadi. Kedinginan malam di puncak banjaran Titiwangsa amat mencengkam jiwa. Sangat sejuk umpama di musim salji apalagi saya hanya memakai t-shirt dan lupa membawa pulang sweater.

Usai menyiapkan kerja, masalah lain timbul apabila tidak dapat membuat sambungan internet kerana beliau tidak menjelaskan bil Celcom. Saya sendiri tidak mempunyai broadband selepas menamatkan perkhidmatannya  awal tahun yang lalu kerana menggunakan streamyx di rumah. Kami melihat masalah ini sebagai masalah bersama apalagi kami sama-sama cikgu. Kami bergegas meneruskan perjalanan sehingga ke Tanah Merah untuk mencari kedai yang mempunyai wifi percuma. Alhamdulilah, restoran Ed'de Chicken Chop ada menyediakan wifi, sambil beliau emelkan kerja tersebut, kami mengalas perut. Kami di sana agak lama sehingga jam 11 malam.

Perjalanan diteruskan mengikut jalan short cut ke Tumpat dari Pasir Mas melalui Meranti. Kami resah apabila air sudah melintasi jalan di pertengahan jalan dan tiada kenderaan lain yang lalu, namun setelah diteliti, rupanya hanya air hujan yang bertakung, bukan air sungai atau bendang. Di pertengahan jalan, kami terpaksa berpatah balik ke bandar Pasir Mas keadaan minyak kereta yang tidak mengizinkan untuk terus melalui jalan tersebut. stesen minyak yang terletak di jalan itu sudah tutup.

Alhamdulillah, selepas beberapa stesyen yang kami temui tutup walaupun ada orang, ada satu stesyen minyak yang masih buka. Menjadi masalah apabila tiada pekerja yang kelihatan, kami hampir putus asa sehingga terlihat kelibat seorang manusia sedang tidur terbaring di luar stesyen minyak. Rupanya beliau adalah petugas yang kebosanan tiada pelanggan.

Ringkas cerita jam 1 pagi lebih, saya sampai di rumah. Sebaik membuka pintu, bonda dilihat tertidur di sofa ruang tamu bersama 2 orang adinda sementara ayahanda di bilik. Usai bersalaman dengan bonda, kami bersembang lama sehingga ayahanda keluar jam 3 pagi ke dapur. Tetiba banyak topik yang dibincangkan. Ayahanda turut serta dalam bicara awal pagi. Adinda bongsu terbangun apabila kami berbicara tentangnya. Rupanya sudah lama beliau memasang telinga mendengar perbualan kami. Jam 4 pagi saya sudah tidak berani untuk tidur walaupun bonda menyuruh berehat. Bimbang sukar untuk bangun subuh kerana keletihan.
Bonda dan ayahanda ke bilik solat sementara saya ke bilik untuk refresh diri.

Azan subuh saya longlai sebelum diingatkan oleh bonda, "tadi kata taknak tidur sb takut susah bangun, ni dah azan baru nk tidur". Alhamdulillah, menang pertarungan dengan syaitan untuk membawa ayahnda dan bonda ke surau dengan menaiki kereta walaupun hujan.

Usai solat subuh, keadaan lemah. Cuba hidupkan laptop untuk menulis namun laptop tetiba rosak. Alhamdulillah, sekarang dan boleh guna walaupun nampak tanda-tanda awal kerosakan motherboard. Mudah-mudahan  tidak berpanjangan supaya perkongsian dapat diteruskan sepanjang cuti sekolah.

Akhirulkalam. Selamat bercuti untuk semua guru dan adik2 yang bersekolah mahupun bermaktab :D

21 Nov 2011

Nama saya Osman

Hari tu saya ada menulis tentang apabila non-muslim memberi makanan di artikel ini, namun sebenarnya ianya belum lengkap kerana kesuntukan masa. Saya ingin menyambung sedikit lagi untuk melengkapkannya. Ada kisah yang agak memalukan diri saya sendiri di sebalik kisah itu.
 Kisah 2

... Usai memberikan makanan tersebut kepada pak Guard itu, saya cuba bersikap peramah. Oleh kerana Deepavali baru saja lepas, saya bertanya kepada beliau,


"Deepavali hari tu ada ktmana?".


"Saya tak sambut Deepavali, bang. Saya Muslim, nama saya Osman", jawabnya.

Bagaikan terkena renjatan elektrik (mungkin la, sb saya takpernah rasa renjatan) saya terdiam seketika dan tak tahu apa nak dibuat. Nak ambik balik, bekas tadi sudah ditangannya. Buruk siku kang, naya je.

"err,..", dengan perasaan bersalah, saya cuba mnyusun kata untuk mengambil balik bekas tersebut. Bimbang beliau terluka dengan kata-kata saya tadi. Sudahlah menyangka beliau bukan Islam, diberi pula makanan yang diri sendiri rasa syubhah nak makan.

"sebenarnya bang, makanan tu diberi oleh bukan Islam, jadi saya tak tahu halal ke tak, jadi saya bagila kat abang sb...", saya cuba menerangkan dengan berhati-hati.

"tak apa, bang", pintasnya lalu menyambung, "dalam bab makanan ni, kita jangan was was bang. Kita makan je. tak apa, abang bagi je kat saya".

"pulak", hati saya bermonolog. Mudahnya abang ni berfikir. "kalau begitu tak apa la, bang. Saya pergi dulu. Maaf ye. Assalamu'alaikum", balas saya lalu pergi meninggalkannya.

Huh, punyalah hari-hari bersua muka, mengangkat tangan bila berjumpa, pernah juga bersembang sewaktu beliau meronda, tidak kusangka beliau rakan seakidah.

18 Nov 2011

Ragam pelajar dan ibu bapa

Kringggg!!!

Dengan deringan loceng jam 1205 tengahari tadi, maka berakhirlah waktu persekolahan rasmi untuk tahun ini. Bunyi loceng, disambut oleh laungan kegembiraan oleh pelajar umpama mereka terbebas dari penjara. Panjang umur, berjumpa lagi pada sesi tahun hadapan pada 040112. Namun untuk cikgu, bukan tarikh itu. paling lewat, 271211 dah kena hadir ke sekolah. Itu tidak masuk waktu bertugas sewaktu cuti sekolah. Belum masuk yang menjaga peperiksaan SPM dan STPM. Habis macamtu je cuti. Jadi, siapa yang cakap cikgu banyak cuti itu, pasti mereka bukan dari bidang pendidikan.

Hari ini suasana sekolah agak kalut. Cikgu-cikgu paling sibuk untuk menguruskan perkara yang belum selesai sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2011. Di kelas, murid-murid dengan telatah masing-masing. Bermain Dam aji, ular dan tangga, monopoli, kad UNO, catur dan sebagainya. Adakalanya cikgu perlu masuk campur bila keadaan tidak terkawal. Sebenarnya pada minggu ini mood belajar mereka sudah hilang, cuma hari ini kebebasan saya berikan sepenuhnya kepada mereka.

Mujur juga pemberian duit RM100 seperti yang diumumkan dalam bajet 2012 baru-baru tidak dilakukan pada hari ini. Jika tidak, pasti suasana lebih kalut. Sekolah saya menetapkan ibu bapa yang perlu datang mengambilnya supaya duit itu tidak disalahgunakan atau dicuri ataupun mengelakkan ugutan murid lain. Jika ibu bapa tidak dapat datang, maka tiada plihan kecuali terpaksa menyerahkan kepada murid itu sendiri.

Jadi mana-mana ibu bapa yang datang mengambil duit, mereka diizinkan untuk menjemput anak mereka pulang awal supaya tidak menyusahkan untuk mereka datang sekali lagi. Ada beberapa situasi yang mencuit hati saya. Bagi ibu bapa yang datang mengambil duit dan menjemput anak mereka, mereka pulang tanpa sebarang masalah. Namun,...

Situasi 1

Usai mengambil duit, seorang bapa meminta untuk membawa anaknya pulang, lalu cikgu meminta beliau mengisi borang dan seterusnya membenarkannya, namun anaknya pula tidak mahu pulang. Puas memujuk, akhirnya si bapa mengalah dan pulang sendirian.

"kenapa tidak mahu pulang?", tanya cikgu selepas si bapa keluar.

"taknak, cikgu. Mak saya kat rumah tu suka membebel. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Nak bercakap pun tak boleh. Boringlah duk rumah", jawabnya.

"kat sekolah pun tak boleh bercakap. Kalau nak duk sini, kena diam", balas cikgu.

"mak saya rotan saya. cikgu tak rotan saya", jawabnya lagi.

Situasi 2

Melihat kawan-kawannya dijemput pulang, seorang pelajar mengikut ayahnya untuk pulang selepas ayahnya mengambil wang RM100.

"hang tak payah balik. duk di sini", arah ayahnya selepas melihat anaknya memikul beg untuk pulang. Si anak patuh, meletak kembali beg dan duduk di kerusi.

"dia kalau balik rumah, duk kacau adik dia. Kalau dia kat sini, senang sikit mak dia nak jaga seorang adiknya. Kalau ada dua-dua kat rumah, kecoh abis", jelas si ayah kepada cikgu.

dalam hati cikgu,"abis tu kalau dua org kat rumah dah kecoh, kat kelas ni 40 orang kita nak panggil apa ye... 40x kecoh?". hehe.

Situasi 3
Seorang bapa datang ke kelas untuk mengambil anaknya.

"cikgu, saya datang nak jemput anak saya pulang", pinta seorang bapa selepas mengetuk pintu.

Saya ke pintu dan bersalaman dengan beliau."anak encik nama apa?", tanya saya.

"Zed zaide (bukan nama sebenar)", jawab beliau. Saya mengerutkan dahi.

"Mana Zed?", tanya saya kepada murid-murid.

"Zed tak datang hari ni, cikgu", jawab mereka beramai-ramai.

Saya berpaling kepada bapa berkenaan. Kelihatan beliau menggaru kepala.

"err..tak apa cikgu. Terima kasih, cikgu. Nanti saya tanya mak dia", ucap si bapa sambil mengeluarkan handphone dan berlalu pergi.

Banyak ragam mereka sebenarnya namun saya rangkumkan ke dalam 3 situasi ini saja. Kadang-kadang lawak pun ada. Macam-macam jenis manusia kita jumpa. Satu kelas 40 orang, 40 perangai kita jumpa. Kalau 5 kelas, 200 murid. erm...

12 Nov 2011

Ada apa dengan 11.11.11?

Tahun lalu, saya ada menulis tentang ada apa dengan 101010?, tahun ini pengisiannya masih sama dan valid. Moga perkongsian ini bermanfaat.

Ini membuktikan tarikh ini hanyalah satu tarikh biasa yang kita lalu, jangan terlalu taksub dengan angka tersebut. Juga, kemalangan ini bukanlah kerana tarikh 11.11.11 walaupun semasa 10.10.10 juga berlaku kemalangan maut.

Awas, jangan kerana tarikh ini, kita terjeremus ke dalam kesyirikan.


Soalan : 11.11.11 bersamaan berapa hijrah? Sila jawab tanpa rujuk kalender.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails