![]() |
| gambar ihsan google |
Alkisah ada 2 orang pemuda yang sedang bersembang tentang jodoh. Kata seorang pemuda kepada sahabatnya.
"Mengapa belum berkahwin?", tanya beliau.
"Saya mencari yang solehah", jawab sahabatnya.
"Dulu saya sudah bertemu yang bijak dan cantik, namun saya terpaksa melupakannya kerana meyedari akan kesombongannya", sambung sahabatnya lagi.
"Apakah sekarang kamu belum menemukannya lagi?", tanya beliau lagi.
"Aku teruskan pencarianku lagi namun ada saja kekurangan yang aku temui sehingga akhirnya aku temui seorang wanita yang sempurna pada pandanganku", jawab sahabatnya.
"Jadi? Mengapa tidak kamu kahwini saja muslimah itu?", soal beliau kebingungan.
"Wanita itu juga sedang mencari yang sempurna untuk dijadikan suami", jawab sahabatnya.
Pengajaran ; Semua yang berkunjung ke sini, bijak-bijak semua dah kan. So, pandai-pandai lah menilai dan membuat kesimpulan sendiri ye :-D

6 ulasan:
tiada manusia yang sempurna, setiap pasangan suami isteri itu saling melengkapi.
kalau nak mencari sempurna itu, bukan aku.
bole gitu? hehe
Assalamualaikum wr. wbt..
Niat ati nok jupo teeer...ejah biar bleh jupo lah syeikh..
~Muslimah Optimis~
Betul. ketidaksempurnaan itu yang perlu disempurnakan.
~dee~
Jika ingin yang sempurna, tunggulah di syurga kelak.
~MUHAMMAD SUKRI SUPI~
Waalaikumussalam.
Haha, demo gak, buke crito pasal ambo nih... ni kisah yg ambo bagi persegaran balik dari artikel lamo.
Isteri cerdik yang solehah
Catat Ulasan