
Lebih kurang pukul 3 saya tiba di JKR10, pengawal seolah-olah tahu saya ingin menghantar borang lalu menunjukkan tempat yang perlu saya tuju tanpa saya bertanya kepadanya. Saya ingat saya paling lambat, rupanya ramai yang menuju ke tempat itu sambil membawa borang permohonan. Sesampai di kaunter, saya menyerahkan borang dan melihat bersusun borang yang baru diterima oleh petugas kaunter untuk petang itu sahaja. Semasa sedang menyerahkan borang, ada beberapa orang datang dan bertanya borang untuk dibeli.
Aik, hari ni kan tarih tutup. Kata mereka kepada petugas, mereka nak isi dan hantar sekarang. Huh, rupanya mereka dah bawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Aduhai, berapa puluh ribu pemohon ni dan berapa orang pegawai pula yang mereka nak?
Masa saya datang beli dulu pun dah berapa ramai yang saya jumpa yang datang untuk hantar borang dan beli borang. Ingatkan dah lewat hantar ni dah tak jumpa sesiapa dah, rupanya lagi ramai. Memang rezeki betullah sesiapa yang dapat tu. Dah la dapat kerja di Klate. Bila la agaknya saya dapat pulang berkhidmat di sini?
...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Harapnya pemilihan dan temuduga ini dibuat secara adil dan saksama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan