
Ustaz Azhar Idrus sangat diminati oleh anak muda. Semasa kehadiran beliau di Penang, Masjid Negeri Pulau Pinang gagal menampung kehadiran yang jemaah yang sangat ramai. Walaupun masjid tersebut 2 tingkat dan sangat besar pada perkiraan saya, jemaah tetap melimpah ruah. Menurut imam masjid, inilah sejarah kehadiran jemaah teramai. Kalah solat hari raya, solat tarawih, apalagi solat jumaat.
Sayang sekali ustaz ini tidak berkesempatan muncul di kaca televisyen. Yang ada pun, hanya baru-baru ini menerusi rancangan KEmah keming di Astro Oasis. Itupun ianya hanyalah rakaman semula. Anak muda pelbagai latar belakang meminati beliau, bahkan non-Muslim juga suka akan kuliah beliau.
Saya melihat ada pembaharuan pada kuliah kali ini iaitu UAI membuka sesi soal jawab lisan di akhir ceramah iaitu usai membaca soalan yang ditulis oleh para hadirin. Moga UAI sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan terus memberi kepada ummah. INshaAllah kuliah ini akan disambung semula di masjid kubang kerian pada tarikh yang akan dimaklumkan. MInta-minta dalam cuti ini juga.
INshaAllah, esok akan bersama adinda sekali lagi mendengar ceramah UAI & Akhil Hayy di Balai Islam Lundang jam 9pagi. Dan seterusnya melawat Istana Negeri bagi melihat ekspo yang hangat diperkatakan.
2 ulasan:
Salam perkenalan.. memang UAI ni menjadi fenomena sekarang.. anak-anak muda sudah mula tertarik kepada agama melalui ceramah2 beliau.. UAI memang terbaik!!!
Terima kasih add saya dalam blogroll awak.
Salam perkenalan.
Ya, beliau mampu menarik pelbagai latar belakang manusia, dari kaki masjid hingga lah mat rempit, semua berminat kepada agama.
Sama-sama, blog yang baik perlu dikongsi
Catat Ulasan