BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


24 Nov 2012

Petua awet muda

Saya bukanlah cikgu yang terbaik. Bukan juga guru agama atau pun ustaz namun saya cuba sedaya upaya menerapkan ad-dien dalam pengajaran saja. Bukan agama, malah subjek-subjek lain turut saya masukkan dalam kelas saya sehingga ada pelajar yang bertanya "cikgu, sekarang ni waktu Bahasa Melayu ke?".

Selain mengajar matematik, saya juga dituagaskan mengajar subjek Pendidikan Sivik walaupun PSK itu bukan opsyen saya. Sedaya upaya menekankan aspek sivik dalam diri mereka. Menyentuh tajuk pengurusan diri dan masa, saya meminta mereka menulis aktiviti atau diari mereka pada hujung minggu bermula dari bangun tidur hingga waktu tidur mereka, lalu mereka bermasalah untuk menulisnya.

"cikgu, saya bangun pukul 9pagi, jadi kena mula tulis pukul 9 ke?", tanya seorang dari mereka.
"cikgu, kalau lepas subuh saya tidur balik dan bangun waktu tengah hari macam mana nak tulis?" soal seorang dari mereka.

Aduh, susah juga ye. Lalu saya menyuruh mereka menulis rutin yang baik untuk mereka ikut. Saya terfikir, jika mereka bangun lewat pada hujung minggu, apakah mereka tidak solat subuh? Nak tanyalah...

"Ok kelas. Siapa yang tak solat subuh pagi tadi?" saya bertanya. Lebih dari separuh mengangkat tangan.

"Kenapa tak solat subuh?", tanya saya kepada seorang murid perempuan.

"Saya tak tau baca doa qunut macam mana nak solat subuh, cikgu", jawabnya selamba.

"takpe. Solat je subuh. Tak payah baca doa qunut dulu", balas saya.

"Owh, xpe ke cikgu?", soalnya.

"Takpe, yang penting kamu solat subuh. Bila dah pandai doa qunut, baru baca.", jelas saya.

"Kalau tak pandai sampai bila-bila?", soalnya lagi. Hampeh betul budak ni.

"Lama-lama belajar pandai lah. Baca doa qunut tu sunat je", jawab saya.

Saya beralih kepada murid yang lain pula.

"Kenapa tak solat subuh?"

"Lupa cikgu", tersengih-sengih dia menjawab soalan saya.

"Makan sarapan tak tadi?", saya mengalihkan topik.

"Makan", jawabnya ringkas.

"Makan nasi tak lupa pulak", kata saya kepadanya yang masih tersengih-sengih. Saya menasihati dia supaya tidak mengabaikan solat subuh dan lain-lain solat. Kemudian beralih kepada murid yang lain.

"Kenapa tak solat subuh?"

"Bangun lambat, cikgu",katanya.

"Bangun pukul berapa?", tanya saya.

"6.45", jawabnya.

"Sempat lagi tu nk solat subuh",ujar saya.

"Nanti lambat nak g sekolah, cikgu", katanya lagi.

Aiseh, mai sekolah lambat, terasa 'berdosa'. Tak solat subuh, rileks je ye. Saya bertanya lagi kepada murid yang lain.

"Kenapa tak solat subuh?"

"Saya bangun lewat cikgu. 7.15 pagi saya bangkit.", jawabnya.

"Kenapa lewat sangat, lain kali suruh la mak ayah kejut awal", tegas saya kepadanya.

"Mak ayah saya pun bangun lambat,cikgu", jawabnya selamba. Speechless.

"Cikgu, saya solat subuh pagi tadi cikgu", tiba-tiba seorang murid lain mengangkat tangan dan bangun.

"Kalau saya tak solat, ayah saya akan rotan saya", sambungnya lagi.

"Bagus-bagus", saya memujinya.

Sebenarnya saya nak kongsikan satu petua awet muda yang sangat mudah untuk diamalkan iaitu mandi sebelum subuh. Cuba amalkan dan inshaAllah ianya berkesan. Mula-mula memang rasa susah bagi yang tidak pernah melakukannya, namun bila dah amalkan rasa mudah je. Bangun pagi dalam keadaan segar bugar dan ketenangan waktu dinihari dapat dinikmati. Cubalah, tak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk melakukannya.

Tidak perlu berbelanja besar membeli produk kecantikan untuk kelihatan awet muda. Selamat tinggal Tia Amelia. :)

# tulisan ini sebenarnya saya tulis hampir 2 bulan lepas, tp terperuk di dalam draft. Baru hari ini saya siarkannya.

6 ulasan:

dee berkata...

saya tido pukul 2/3 pagi cikgu. bangun pukul 6.30 pagi cikgu. hari2, kecuali hari sabtu ahad. hehehe tapi bab nak kena mandi tu, saya takut cikgu nak pergi toilet awal2, takde oranggggg... zzzzzzzz

wansyu berkata...

Assalamualaikum

Jawapan yg sama juga diberikan oleh pelajar saya..xsolat subuh sebab xtau baca qunut..

Selalunya jika diorg buat perangai pelik2 atau nakal sy akan tanya dah solat subuh ke tak?..jwapanya pasti tak...sebab tu diorg agak nakal...

Benar, solat mencegah kejahatan yang lain..untuk didik dan bentuk akhlak sebenarnya bermula dengan solat

Al - Mu'allim berkata...

~dee~

lewat juga tidur. Tidur awal, bangun awal lebih bagus sebenarnya.

Kalau takut, buka semua lampu. Kalau takut juga, tu maksudnya takut kat bayang sendiri sebab bila buka lampu ada bayang kita. :)

Al - Mu'allim berkata...

~wansyu~

Waalaikumussalam.

Memang ada benarnya jg, akhlak murid dapat dibentuk melalui solat.

Jangan jemu untuk terus menasihati mereka.

alFarafisyah berkata...

As salam.

Saya juga ada menyentuh soal solat dalam kelas. Terutamanya dalam kelas saya sendiri.

Suatu hari saya memanggil seorang pelajar lelaki kerana mendapat laporan dari seorang guru dia ponteng kelas. Saya bersembang dengannya dan cuba memberikan nasihat. kemudian, saya bertanya tentang solat. ternyata pelajar itu jarang sekali menunaikan solat 5 waktu. Sedih sekali apabila memikirkan pelajar tingkatan 5 seusianya masih meninggalkan solat...

~Semoga Allah terus memberikan kita kekuatan jiwa untuk terus mendidik anak-anak ini menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Kalaupun dia lemah akademiknya, kita berusaha supaya anak-anak ini menjadi insan yang indah akhlaknya.Ameen.

Al - Mu'allim berkata...

~afFarafisyah~

Wassalam...

Nabi suruh ajar anak solat sejak umur 7 tahun lagi, rotan umur 10 tahun. Didikan bermula dari rumah. Yang sedih kalau ibu bapa pun tak solat. Sukar namun kita perlu hadapinya.

Tak berjaya dalam exam belum tentu tak berjaya dalam hidup.tp

Kalau tak solat sudah pasti kita bermasalah di alam sana. Wallahu a'lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails